BAYI MELECUR DI RUMAH PENGASUH

BAYI MELECUR DI RUMAH PENGASUH


Melaka: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu.

Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya. 

Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu. 

“Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah.


KEADAAN punggung bayi dipercayai didera pengasuhnya.

“Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak,” katanya, di sini, semalam.


Ini adalah berita yang Fuzza dapat pabila duk baca berita sebelum tidur. Sedihkan?? Tak terbayang perasaan ibu dan ayah si comel ini pabila melihat keadaan anak mereka yang paginya dihantar sihat namun di petang hari jadi sesuatu yang tidak disangka. Kalau melihat dari gambar ini memang seperti suatu kecuaian yang tidak dapat dimaafkan. Sangat tidak boleh diterima akal....menitis air mata mengenangkan kesakitan yang dilalui bayi ini.

Syukur ya Allah, diri ini diberikan rezeki untuk menjaga anak-anak sendiri didepan mata. Dan impian saya adalah untuk membantu lebih ramai kaum ibu diluar sana yang ingin menjana pendapatan dari rumah. Happy to be a Work at Home Mom (WAHM)!


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

MENGAWAL KENCING MANIS BAGI IBU MENGANDUNG

MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL | DIABETES GESTASI


cara atasi diabetes ibu hamil


Biasa anda dengar ibu hamil kena minum AIR GULA?? Itu adalah salah satu cara bagi doktor untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. So, boleh lah ibu hamil yang disahkan kencing manis itu mengawalnya. Perkara utama yang Fuzza ambil berat semasa hamil juga adalah pengambilan gula dalam makanan seharian...(takuttt....huhu)

Kenapa perlu mengawal kencing manis semasa hamil ini ya?? haaa...jangan pandang remeh atau buat tak tahu saja ya. Jikalau anda menghidap kencing manis semasa hamil, silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya. Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan dan membahayakan keadaan ibu dan bayi. 

BAGAIMANA IBU HAMIL MENGHIDAP KENCING MANIS?



KAWAL KENCING MANIS HAMIL

Mesti mommies nak tahu bagaimana ibu hamil ini boleh menghidap kencing manis kan?? Actually, semasa hamil, badan ibu sepatutnya menghasilkan kadar insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutama di trimester 2 dan 3. Jika kadar insulin yang dihasilkan kurang, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah terlalu banyak. Itulah yang menyebabkan kencing manis bagi ibu hamil ini.

Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar

KESAN PENAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • sering membuang air kecil secara sedikit
  • luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • dahaga yang melampau
  • rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • penglihatan yang kabur

CARA MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL


Apa yang paling utama semasa anda hamil adalah apa yang anda makan. Selalu tak dengar istilah "makan untuk dua orang"? Kebanyakan dari kita selalu mengambil kesempatan dari istilah itu. Mengikut pengalaman Fuzza sendiri, semasa hamil Fuzza akan ambil berat dengan kadar kandungan gula yang diambil. Contohnya, kurangkan air yang manis, kurangkan pengambilan manisan seperti kek, ice-cream or candy. Pengambilan nasi atau karbohidrat lain pun sy ambil seperti biasa sahaja. 

Apa yang Fuzza lakukan ketika lapar sebelum tiba the next meal ialah Fuzza akan mengambil buah-buahan atau salad. Yang ini memang item wajib yang akan ada semasa hamil. Selain itu Fuzza akan kunyah kurma, kismis atau membancuh oats untuk lapik perut. 

Senaman juga penting bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini. Senaman dapat membantu untuk membakar kalori berlebihan dalam badan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting untuk menutupi kekurangan nutrien dalam badan.

Antara supplemen yang Fuzza amalkan sepanjang kehamilan adalah SET HAMIL SHAKLEE yang organik dan semulajadi and its drug free!!

Namun bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis, supplemen yang utama yang perlu anda amalkan ialah seperti berikut:



ESP Soy Protein Isolate Powder sangat sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis atau diabetes. Ini kerana Index Glisemik nya sangat rendah iaitu hanya 39 dan lebih rendah dari beras perang. Dengan pengambilan ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. ESP dapat memberi rasa kenyang dan juga tenaga berpanjangan.


B-Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap bersama FOLIC ACID. Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.


Vita-Lea adalah multivitamin lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. 
Ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

Mesti mommies biasa dengar mencegah adalah lebih baik dari merawat kan? So, adalah lebih baik jika kita memastikan tahap gula dalam darah dikawal dengan baik sebelum hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi.


Anda mungkin meminati::


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

PENGAT PISANG BUAT TERUNA KU SAYANG

RESEPI PENGAT PISANG | SERAWA PISANG | BUBUR PISANG


Sejak dua menjak habis berpantang ni, rajin pulak Fuzza nak masuk dapur. Mungkin kerana dah lama tak beraksi didapur. Rasa rindulah pulak...hehe!! Dalam entry sebelum ini Fuzza ada kongsikan Resepi Kek Pisang Moist yang sedap tau. Pisang ni memang favorite anak teruna Fuzza, Sayf. Memang pantang nampak pisang depan mata, confirm licin nanti. So, fikir-fikir nak buat bubur pisang lah sebab lama dah tak buat. Dengan harapan Sayf akan menyukainya...huhu

Alhamdulillah selesai saja masak, cuba bagi dia rasa. Memang licin.....bahagianya hati mak ni apabila melihat anak makan masakan air tangan kita. Seronok dan teruja tengok dia makan....kawan-kawan pun boleh lah cuba ya nanti!! Fuzza kongsikan disini resepinya yang sangat mudah. Selamat mencuba!!

RESEPI PENGAT PISANG


Bahan-bahannya


5-6 biji Pisang (sy guna pisang berangan)
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan susu full cream/santan cair
4 sudu besar biji sagu halus (nak tambah pun boleh ikut suka)
4 sudu besar gula (kalau guna gula melaka lagi best)
2 helai daun pandan (cuci, koyak memanjang dan ikat)
Secubit garam


Cara-caranya




Dalam periuk, masukkan air, susu/santan cair, daun pandan, pisang yang dipotong dan gula. Masak diatas api sederhana. Pisang boleh dipotong ikut suka. Fuzza suka pisang dipotong kecil sedikit. Bila dah mula mendidih, boleh masukkan biji sagu. Bila pisang dan sagu dah separuh masak boleh masukkan santan pekat dan garam. Time ni kena kacau selalu sebab bubur akan menjadi agak pekat dan bila dah mendidih bolehlah tutup dapur dan hidangkan ya. 

Inilah hasilnya yang nyum nyum... Sayf makan sampai dua mangkuk tau. Selamat mencuba!!!


Sumber: www.dapurmummysayf.blogspot.com

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

PETUA ATASI KEPUTIHAN SEMASA HAMIL

PETUA ATASI KEPUTIHAN SEMASA HAMIL | BAGAIMANA MEMBEZAKAN CECAIR YANG KELUAR ADALAH KEPUTIHAN ATAU AIR KETUBAN?


Keputihan adalah perkara yang normal terutama bagi ibu-ibu yang sedang hamil. Namun apa yang perlu dirisaukan adalah keputihan yang banyak dan berlebihan semasa hamil. Kerana apabila keputihan itu terlalu banyak ia boleh menyebabkan infection. Mommies tahu tak macam mana nak membezakan sama ada cecair yang keluar dari faraj itu adalah keputihan atau air ketuban yang telah pecah?? Nak-nak kalau first time mengandung dan berada di akhir kehamilan, mesti risau kan?


Kenali Perbezaan Keputihan Atau Air Ketuban


PERBEZAAN DIANTARA KEPUTIHAN DAN AIR KETUBAN


Keputihan adalah antara masalah utama yang dialami oleh ibu hamil. Bezanya masalah keputihan atau lelehan pada faraj adalah lebih banyak berbanding dengan wanita yang tak mengandung. Petanda yang menunjukkan lelehan tersebut adalah sihat ialah warna putih seperti susu dan sedikit cair.

Jika mommies mengalami simptom seperti lelehan pekat seperti krim berwarna putih, berasa gatal dan merah sekeliling faraj atau bahagian punggung, berasa sakit dan tak selesa apabila berhubungan seks dengan suami serta rasa sakit ketika membuang air kecil, adalah tanda-tanda mommies mengalami jangkitan. Segeralah berjumpa dengan doktor anda kerana lelehan dari faraj boleh disebabkan oleh keputihan ataupun kemungkinan air ketuban telah pecah!! 

ATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA HAMIL

Sebab utama ibu hamil mengalami keputihan adalah kerana perubahan hormon yang dialami ketika hamil. Perubahan hormon ini akan menyebabkan kawasan sekitar faraj menjadi lebih mesra bakteria dan merangsang pertumbuhan kulat. Oleh sebab inilah menyebabkan pengeluaran cairan putih dan berbau.

Jangkitan daripada bakteria dan kulat ini berisiko menyebabkan kematian bayi dalam kandungan tau. So, mommies semua jangan ambil mudah ya!!!


ATASI KEPUTIHAN DENGAN SHAKLEE GARLIC COMPLEX



Bawang putih adalah item wajib di dapur Fuzza tau. Memang kalau masak apa saja termasuk mee maggie, wajib letak bawang putih...hehe. Banyak khasiat bawang putih untuk wanita hamil. Antaranya ialah:::

  • membantu melancarkan peredaran darah
  • menurunkan tekanan darah
  • mengurangkan tahap kolesterol
  • berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung
  • berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus (kajian Universiti Maryland Medical Center)
  • berpotensi dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung (kajian University of Pittsburgh Medical Center)

SHAKLEE GARLIC COMPLEX BERFUNGSI SEPERTI ANTIBIOTIK SEMULAJADI DAN MEMUSNAHKAN BAKTERIA PENYEBAB KEPUTIHAN!




Shaklee Garlic Complex dibuat dari bawang putih jenis premium bebas dr racun perosak dan ditanam secara organik di US. Dihasilkan secara eksklusif pd suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Bukan semua garlic tablet dipasaran ada Allicin aktif tau. So anda kena bijak memilih!!

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan banyak faedahnya. Allisin tidak terdapat dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Setiap tablet Shaklee Garlic Complex mengandungi 500mg ekstrak garlic tulen yg menyamai 1 ulas bawang putih segar. 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Jangan ambil mudah masalah keputihan semasa hamil ya mommies. Anda pasti mahukan yang terbaik buat si comel tersayang....untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Fuzza ya!! 

Anda mungkin meminati::

-Sukar Hamil Kerana Berat Badan Berlebihan
Turun 3kg dalam Masa 10 hari
Tips Ibu Menyusu Kuruskan Badan
Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
COD :: Gombak, Batu Caves, UIA, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

BUDU CEGAH KANSER PAYUDARA

BUDU CEGAH KANSER PAYUDARA | KHASIAT & KEBAIKAN BUDU

khasiat dan kebaikan budu


BUDU!!! Makanan yang paling glamor bagi orang Kelantan. Kalau sebut pasal Kelantan mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah Budu. Walaupun Fuzza ni orang dari Selatan, tapi still pandai makan budu tau!! Nasi Kerabu my favorite...=)

Semalam sambil duk membelek majalah Harmoni, adalah artikel pasal Budu Mencegah Kanser Payudara. Eh?? Biar betul ni? Fuzza bukan sahaja agen atau pengedar sah shaklee je, Fuzza ala-ala agen FBI tau...huhu. So apalagi, google lah sedikit info berkenaan benda ini. Waahhh.... Budu rupanya bukan sahaja boleh mencegah kanser payudara malah rupanya banyak khasiat budu yang Fuzza tak tahu rupanya lagi. 

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUDU


  • Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit. 
  • Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". 
  • Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan. 
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita cirit-birit kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat. 
  • Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Anda mungkin meminati:
Tips Meningkatkan Kesuburan

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

SHAKLEE HQ TELAH BERPINDAH KE TEMPAT BARU

SHAKLEE HQ TELAH BERPINDAH KE TEMPAT BARU YANG LEBIH BEST!!


Hari ini Fuzza ingin membuat sedikit hebahan. Haaa...hebahan mengenai office Shaklee HQ telah berpindah ke tempat yang baru dan lebih menarik. Sebelum ini Shaklee HQ terletak di Empire Shopping Gallery Subang, tetapi kini telah berpindah ke Sunway Pinnacle yang berdekatan dengan Sunway Hotel Resort & Spa dan Sunway Pyramid. 

BAGAIMANA MAHU KE SANA??


Senang sahaja untuk kesana. Zaman sekarang kan canggih manggih. Semua ada GPS atau google maps atau Waze kan?? hehe... So, bolehlah masukkan alamat office Shaklee HQ di bawah ni =)

Alamat lengkap Shaklee HQ yang baru adalah:

Sunway Pinnacle
Level 9, Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Boleh juga rujuk gambar ini juga.

shaklee branch

Inilah rupa bentuk Office Shaklee HQ yang baru. Cantik, besar, selesa. Siap ada tempat kanak-kanak riang dan juga surau. So, sementera mak-mak menguruskan sesi urusniaga boleh lah kanak-kanak riang bermain-main. Selain itu ada bilik diskusi, meeting room dan macam-macam lagi. Memang best sangat. Alhamdulillah...betapa pihak Shaklee ingin memberikan kemudahan yang terbaik buat distributor mereka. 



Jadi bagi anda yang ingin membeli produk shaklee, anda boleh dapatkan harga ahli dengan hanya MENJADI AHLI SHAKLEE atau anda boleh hubungi Fuzza terus. Jangan segan silu k!!

Anda berminat untuk memulakan bisnes Shaklee sekarang?


Mudah sahaja. Boleh ikut langkah-langkah seperti dibawah::

1. Hubungi Fuzza, Pengedar Sah Shaklee anda sms@whatsapp 017-6961509
2. Buat pilihan samaada ingin mendaftar keahlian secara berbayar iaitu RM65 atau keahlian percuma. Buat pembayaran dan Fuzza akan uruskan registration keahlian anda
4. Selepas itu, anda akan dapat ID dan password untuk login sebagai Ahli Shaklee
5. Anda adalah Pengedar Sah Shaklee dan akan dijemput dalam group Eksklusif di FB 
6. Anda boleh memulakan bisnes Shaklee anda sekarang!!!

Ya.....semudah itu sahaja untuk memulakan bisnes Shaklee ini tau !!!

Sediakan sekeping hati yang kental dan tanpa alasan untuk berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Setiap satu akan kami ajari dan yang penting tiada alasan jika ingin berjaya!!! Percaya sebelum berjaya... in shaa Allah anda mampu mengubah hidup dan berjaya bersama Shaklee.

BERMINAT NAK DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE HARI INI?


 KLIK LINK INI ataupun hubungi Fuzza terus di 017-6961509 !!!



Saya nantikan anda dengan tangan terbuka untuk menjadi sebahagian keluarga besar Shaklee kami!!



Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"


GLA COMPLEX PUNCA RAHIM BENGKAK ??

GLA COMPLEX PUNCA RAHIM BENGKAK


Viral di FB sejak kebelakangan ini, isu GLA Complex dikaitkan dengan menjadi punca rahim menjadi bengkak. Betul ke?? Apa kata kita baca sendiri advise dari seorang doktor berkenaan hal ini. Semoga pemahaman kita lebih jelas Sebab dan Punca Rahim Bengkak ini. So, disini Fuzza copy paste entry Dr Malinda dari pagenya berkenaan isu ini. Semoga bermanfaat buat kita semua ya!!!

Kenapa Rahim Bengkak?


Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.


Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Gambar ketumbuhan yang putih dalam gambar diatas ini adalah fibroid

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan


- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan


Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

  • phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
  • racun serangga (pesticides)
  • tobacco by products


3. Obesiti


- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

obesiti dan kanser

4. Genetik


- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP FIBROID ATAU CYST


Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

CARA MENCEGAH DARI FIBROID DAN CYST


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.


APAKAH HUBUNGAN SOYA DAN WANITA?


Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

VITAMIN ATAU SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA YANG MENGHIDAP CYST DAN FIBROID


Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

** ESP Soy Protein Isolate Powder adalah soya yang mengandungi Isoflovinoid dan ia adalah soya NON-GMO. Jom baca Khasiat dan Kelebihan ESP Soy Protein Berbanding Soya Biasa di pasaran.


Anda mungkin meminati:
Tips Meningkatkan Kesuburan

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

RESEPI KEK PISANG IBU BERPANTANG

RESEPI KEK PISANG IBU BERPANTANG




Pisang oh pisang!!! Pisang ni adalah buah favorite Fuzza dan family. Dalam pantang ni memang hari-hari makan pisang kerana ia adalah fiber semulajadi untuk elak dari sembelit. Sayf pun memang sangat suka pisang. Sehari dia boleh makan pisang non stop sampai kami terpaksa nyorokkan pisang dari dia...huhu 

Pisang ni banyak khasiatnya dan kaya dengan pottasium. Ia boleh memberi tenaga segera dan boleh mencegah sembelit. Bayi seawal 6bulan dah boleh diberi makan pisang. Buah pisang ini pun boleh dibuat pelbagai juadah. Pisang goreng, cucur pisang, pancake pisang, bubur pisang, banana split dan macam-macam lagi lah!! Oleh kerana ada kelebihan pisang kat rumah last weekend, Fuzza pun buatlah Kek Pisang Moist. Sangat senang dan simple sehinggakan ibu dalam pantang pun boleh buat tau...!! Hehe....

So, harini Fuzza nak kongsikan Resepi Kek Pisang Moist ni dengan anda semua. Jom kita lihat resepinya seperti dibawah::

Bahan-bahannya


Bahan A

2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam

Bahan B 

4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula

4 biji pisang berangan (dilenyekkan)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar essen vanilla

Cara-caranya


Ayak bahan A dan ketepikan. Masukkan bahan B dalam blender dan blend dalam 3-4 minit. Kemudian masukkan essen vanilla, pisang yg telah dilenyekkan dan cuka kedalam bahan B. Gaul rata. Kemudian masukkan bahan A kedalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan sehingga tidak berketul. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dan bakar selama 45minit suhu 160 darjah.

Tadaaa!!! Siap sudah Kek Pisang yang lembap dan sedap...hehe

Selamat Mencuba!!!



Anda mungkin juga meminati::

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"