5 PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN SUPAYA ANDA TAK PERLU TOP UP SUSU FORMULA


Sering kali rakan- rakan minta Fuzza share Petua Tambah Susu Badan. Alhamdulillah, Allah swt beri Fuzza rezeki untuk menyusukan Sayf selama 2thn 2bulan dan sekarang ini continue menyusu baby Zara yang hari ini genap berusia 5 bulan. Mommies nak tahu apa petua mudah yang Fuzza amalkan sejurus selepas bersalin untuk membantu tambah susu badan? Teruskan membaca entry Fuzza ini tau!

Kebanyakkan Ibu-ibu terutama "first time mothers" mengalami banyak masalah dalam penyusuan susu ibu ini. Antara yang sering kali terdengar  di kalangan ibu baru bersalin adalah tentang susu badan yang sikit dan semakin berkurangan. Breastfeeding bila disebut nampak mudah dan ia juga kelihatan begitu mudah. Betul ke ianya sangat mudah? Dan kalau mudah kenapa masih ramai ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan anaknya mengikut tuntutan agama selama 2thn? 

ILMU. Penyusuan susu ibu memerlukan Ilmu. Semasa mengandungkan Sayf, Fuzza banyak membaca tentang kehamilan, penyusuan dan juga penjagaan bayi. Namun selepas bersalin, Fuzza masih tidak berjaya menyusukan Sayf secara direct sejurus selepas bersalin malah di top up pula dengan susu formula kerana susu ibu tidak mencukupi. Dan pada ketika itu rasa sakit, sedih, stress, down dan macam-macam lagi. Nasib baik tak meroyan...hehe

Tapi, Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Fuzza mempunyai suami dan ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Mereka tidak beri pressure tapi membantu secara positif. Dan seperti biasa Fuzza masih mencari Ilmu penyusuan tanpa putus asa sehinggakan Fuzza berjaya menyusu Sayf secara direct selepas sebulan bersalin. Mengalir air mata pada saat Sayf berjaya direct feeding. Syukur tak terhingga. Dan dalam entry kali ini Fuzza ingin kongsikan dengan mommies semua sedikit Petua Mudah Tambah Susu Badan yang saya amalkan sehingga sekarang.

5 PETUA TAMBAH SUSU BADAN


1. Kerap menyusu


Ini adalah Petua yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu. 




Jadi ibu-ibu semua jangan komplen ye bila bayi sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on "demand and supply". Kalau baby nak menyusu, bagi saja....=)

2. Amalan tradisi


Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.


Ikan yu ini adalah Milk Booster untuk Fuzza. Alhamdulillah, kalau makan ikan yu putih ni, memang dapat membantu menambah penghasilan susu ibu. Ikan yu ini boleh dimasak apa sahaja. Kalau goreng biasa pun sedap dimakan. 


3. Makanan herba


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.




Semasa dalam pantang Fuzza mengamalkan minum air halba + kunyit + gula melaka. Bukan saja dikatakan bagus untuk menambah susu badan tetapi juga untuk atasi sakit belakang...cubalah!!

4. Minum air ikut keperluan




Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.


Dapatkan tips minum air masak 3 liter sehari DI SINI.

5. Posisi yang betul


Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. Dapatkan teknik penyusuan susu ibu DISINI.


Ini adalah antara 5 Petua Mudah Tambah Susu Badan yang Fuzza amalkan. Semoga ia bermanfaat buat anda semua. Yang paling utama adalah jaga pemakanan kita, kerana apa yang kita makan itulah yang anak kita akan dapat. Dalam perihal susu ibu, kandungan utama dalam susu ibu adalah protein, kalsium dan air. Maka banyakkan pengambilan protein, kalsium dan air dalam diet seharian.

Macam mak Fuzza semasa dalam pantang wajib masak satu ekor ayam kampung sehari dan kena habiskan tau. Sebab mak cakap protein penting untuk menambah susu ibu. Tapi lama-lama rasa boring sebab kena makan banyak sangat. Maka, Fuzza mencari alternatif lain yang lebih mudah dan juga berkhasiat. Fuzza telah berkenalan dengan ESP Soy Protein Isolate Powder. Dan Alhamdulillah, selepas seminggu mengamalkan ESP, Sayf dah tak perlu top up susu formula lagi dah!!! Kerana susu ibu sudah mencukupi untuk Sayf pada saat itu.

Dan bermula saat itulah Fuzza rasakan pengambilan supplemen adalah penting bagi ibu menyusu kerana apabila ibu sihat, penghasilan susu ibu bertambah dan anak pun ceria. Di bawah ini Fuzza kongsikan antara supplemen ibu menyusu yang Fuzza amalkan. So, bagi anda yang mengalami masalah penyusuan, jangan segan silu untuk contact Fuzza dan sharing masalah dan dilema yang dialami anda. In shaa Allah, Fuzza akan cuba membantu anda sebaiknya. 



CADANGAN SUPPLEMEN IBU MENYUSU


Cadangan Supplemen Penyusuan Shaklee

VITALEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON
Untuk memastikan keperluan vitamin dan galian harian dipenuhi. Pada masa kini, pengambilan makanan seharian tidak dapat memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh. Apa uniknya Vitalea Shaklee ini? Ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B-COMPLEX
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.

ALFALFA
Si Raja Herba, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.Meningkatkan khasiat dalam susu ibu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat . Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.

OSTEMATRIX/KALSIUM


Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari simpanan tubuh ibu.
Jika kalsium ini tidak digantikan maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sakit kaki dan belakang, mudah letih dan lesu. Sesetengah ibu akan mengalami kerunduman susu semasa haid, dan ini adalah kerana ibu kekurangan kalsium.

ESP – SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein juga diperlukan untuk membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu. Selain itu dapat membantu menahan rasa lapar kerana ibu menyusu akan kerap berasa lapar dan memberi tenaga berterusan.

Jangan berfikir panjang dan membiarkan anak anda tidak dapat merasai susu yang paling berkhasiat di dunia ini. Berilah anak-anak kita susu yang terbaik didunia iaitu susu ibu. Menyusulah anak-anak sehingga 2thn. In Shaa Allah Fuzza doakan kejayaan anda dalam breastfeeding journey ini!!

Coppp!! Sebelum itu jom tengok video #shakleeeffect ini, bagaimana Puan Fara Wahida telah jatuh cinta dan mendapat kesan yang sangat positif setelah menggunakan set penyusuan shaklee ini.


Happy Breastfeeding Mommies!!


Anda mugkin juga meminati:
- Supplemen untuk ibu menyusu
- Tips atasi masalah penyusuan susu ibu

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

17 comments:

  1. Adakah sesuai untuk ibu yg dlm pantang?

    ReplyDelete
  2. Halba tu memang makan metah gitu je lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rebus dan blender pastu minum =)

      Delete
  3. oh xpernah lg minum air kunyit + halba + gula melaka..mcmna ye rasanya...

    ReplyDelete
  4. untuk saya, susu kambing bertindak sebagai milkbooster..pagi2 bancuh dgn vico:))..Saya juga mengamalkan hababtus sauda, alfalfa, ostematrix (kalsium), vitamin c, ESP (sumber protein) dan air suam 2-3 liter sehari...Alhamdulillah susu meriah..yang penting ikut konsep demand and supply.

    ReplyDelete
  5. mak sy pun cakap ikan yu banyakkan susu juga

    ReplyDelete
  6. susu saya sangat meriah waktu berpantang dengan amalan yg betul. syok sangat.

    ReplyDelete
  7. Salam,saya baru lepas bersalin,anak saya asyik menangis sebab susu yg dia dapat tak cukup..saya sampai sedih sbb tgk si kecil tu menangis je nak susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba tips2 spt diatas dear...

      Delete
  8. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Susu Ibu

    ReplyDelete
  9. Info yang baik..susu saya pernah drop..tenkiu sangat.

    ReplyDelete
  10. mcm mne nk sediakn halba+ kunyit+ gula mlaka tu,, rebus skali gus then kne blend ke?

    ReplyDelete
  11. Minum air kunyit + halba dlm pantang baby tak kena demam kuning or cirit birit ke?

    ReplyDelete
  12. Terima kasih berongsi tips susu badan ini. Tips yang lengkap.

    ReplyDelete