expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

ATASI SAKIT TEKAK TANPA UBAT ANTIBIOTIK

Salam sayang buat semua pembaca blog Fuzza yg dikasihi.

Apa khabar anda semua? Dikala musim panas ini ramai yang diuji sedikit dari segi kesihatan termasuklah saya. Semalam terasa seperti ada bebola besar di anak tekak Fuzza ni. Rasa perit yang teramat sehinggakan nak makan pun rasa tak lalu. Terasa ingin ke klinik namun difikirkan semula kalau pergi dan dapat antibiotik pun Fuzza memang jenis tak suka nak makan. So hati ini kata takpelah, kita tunggu dulu. Kalau esok masih tak ok baru nak ajak husban pergi ke klinik.



Berada dirumah Fuzza cuba amalkan beberapa perkara seperti berikut dengan harapan tak mahu ke klinik dan semoga sakit tekak ini hilang terus. Antara yg Fuzza amalkan semalam ialah:

1. Minum air madu suam. Yang ini dapat melegakan sedikit bila lalu di anak tekak.

2. Amalkan 2 biji Sustained Release Vitamin C

3. Amalkan 1 sachet Nutriferon

4. Dan akhir sekali Fuzza naikkan dosage Garlic, 2biji dimakan 2 kali (pagi dan malam)

Alhamdulillah, bangun pagi tadi rasa sakit tekak dah hilang. Kenapa kali ini Fuzza tekankan mengambil dosage Garlic yang lebih? Ini kerana Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat utk kegunaan jangka panjang. Dengan pengambilan garlic ini dapat meningkat sistem imun dan melawan penyakit berjangkit seperti sakit tekak ini.

Bagi anda yang tidak mempunyai Garlic Tablet ini dirumah, tidak mengapa. Anda boleh mengambil 4 ulas bawang putih mentah yang dicincang, diketuk atau ditumbuk. Hanya dengan makan cara ini sahaja anda dapat mengekalkan khasiat dan manfaat Allicin Aktif yg terdapat dalam bawang putih.

JANGAN MASAK BAWANG PUTIH !!


Khasiat allicin dalam bawang putih akan hilang pabila ia dimasak. Tapi tak ramai yang sanggup nak makan bawang putih mentah kan??

Saya pun sama. Memang tak sanggup nak telan bawang putih mentah macam tu ja. So, salah satu alternatif yang boleh diambil adalah Garlic Tablet ini yang dijamin dari bawang putih segar yang ditanam secara organik lagi.

Kelebihan Garlic Shaklee



  • Kelebihan bawang putih garlic shaklee ini adalah ia ditanam secara organik dan 100% tanpa racun perosak.
  • Pembuatan Garlic Complex Shaklee dilakukan pada suhu bilik untuk mengekalkan paras allicin 100% tanpa kerosakan (tidak semua garlic yang dijual di pasaran mengekalkan allicin ini).
  • Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic - bau garlic dikawal.
  • Perisa semujadi dari Spearmint dan Rosemary.
  • Mengandungi Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan garlic ke tubuh badan
  • Setiap 2 tablet bersamaan dengan 1000mg garlic iaitu bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.
  • Ia merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan berkesan.


Untuk tempahan boleh whatsapp Fuzza di 017-6961509 . Semoga ianya bermanfaat buat anda dan keluarga.

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
________________________________________________________________




Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



ATASI MASALAH KEJANG KAKI SEMASA HAMIL....Peritnyaaaa!!

PUNCA DAN CARA MENGATASI MASALAH KEJANG KAKI SEMASA HAMIL

Wanita hamil, selain daripada terkenal dengan morning sickness, salah satu isu yg selalu bermain diminda wanita hamil adalah kekejangan kaki atau leg cramp. Ada juga yang memanggilnya simpul biawak. Ya!! Ia sangat menyakitkan tau...especially kalau anda terkena kejang kaki ini apabila sedang elok tidur. Dan selalunya ia akan kerap terjadi apabila kandungan semakin besar.

simpul biawak


Suamilah tempat berpaut dan mengadu nasib ketika kejadian disebabkan kaki sudah tidak mampu lagi untuk bergerak. Alhamdulillah...dipinjamkan oleh Allah swt suami yg sangat memahami keadaan isterinya. 

Punca Kejang Kaki atau Simpul Biawak Ketika Hamil


Kebanyakan wanita hamil yang Fuzza jumpa rata-rata mengalami masalah ini. Cuma ada yang kerap dan ada yang tidak. Dan kekerapan akan bertambah apabila masuk trimester kedua dan ketiga. 

Puncanya adalah disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah juga adalah salah satu daripada punca terjadinya kejang kaki ini. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan olehnya daripada simpanan kalsium dalam badan kita.

Dan lebih bahaya jika simpanan nutrisi pula tidak cukup di badan anda. Haaa...bukan sahaja badan anda lebih berisiko terdedah kepada penyakit tulang seperti osteoporosis tau tetapi nutrisi yang diperlukan bayi juga akan terjejas. (jangan ambil ringan ya!)

Apa yang Perlu Dilakukan Ketika Diserang Kejang Kaki ?


Apabila kejang kaki menyerang anda disaat anda lena dibuai mimpi, yang pertama sekali cuba relax. Jangan paksa untuk menggerakan kaki anda. Tetapi cuba untuk membuat regangan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. 

Anda juga boleh melakukan urutan secara perlahan keatas otot yang kejang itu. Kemudian bangun secara perlahan dan cuba untuk berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan itu benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Semestinya dengan bantuan suami, ianya akan anda dapat lalui dengan lebih mudah, In Shaa Allah =)

Cara untuk Mengelakkan Kejang Kaki Ketika Hamil


Kalaulah Fuzza diberikan pilihan, sudah tentunya taknak merasa kejang kaki atau simpul biawak ini ketika hamil. Sebabnya ada ibu hamil yang mengalami masalah sukar tidur malam atau insomnia. Kadang kala ambil masa beberapa jam baru boleh lena. Baru tidur sejam terjaga pula akibat kejang kaki. Kesian kan??

Oleh kerana punca kejang kaki ini adalah disebabkan kekurangan kalsium dan magnesium, maka anda perlulah menambah keperluan kalsium dan magnesium ini. Ada diantara anda sudah sememangnya pengambil susu tegar. Tapi perlu diingat bahawa kejang kaki ini adalah indicator bahawa anda kurang menyalurkan nutrisi kepada bayi dan disebabkan itu bayi terpaksa menyedut nutrisi itu dari simpanan anda. Bukan sahaja efek kepada bayi malahan badan ibu juga akan lemah apabila kandungan semakin membesar.

Jangan sesekali kita memandang remeh pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil kerana takut ia boleh menyebabkan fizikal bayi terjejas. Anda boleh mengambil supplemen Shaklee OsteMatrix yang mengandungi kalsium, magnesium, boron dan lain-lain nutrien untuk menyokong keperluan kehamilan anda dan tulang yang sihat. In Shaa Allah ia dapat membantu mengurangkan masalah kejang kaki yang anda alami. 

Jika anda atau isteri anda mengalami masalah ini, cubalah ikhtiar supaya ia tidak berterusan menganggu hidup anda. Jangan biarkan isyarat yang diberikan itu pergi tanpa kita mengambil ikhtiar untuk mengatasinya. Kita pasti inginkan kesihatan yang baik buat diri dan bayi yang bakal dilahirkan bukan??

Jaga pemakanan dan amalkan supplemen lengkap semasa dalam kehamilan anda!!


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
________________________________________________________________




Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"


2 SEBAB KENAPA SENAMAN KAGEL PENTING UNTUK KAUM WANITA

CARA SENAMAN KAGEL ATAU KEMUTAN | KEPENTINGAN SENAMAN KAGEL


Hari ini Fuzza nak kongsikan sedikit tips khas buat kaum wanita. Tips ini Fuzza dapati semasa satu menghadiri satu Talk khas untuk orang perempuan sahaja di sekolah menengah dulu. Masa tu buat di dewan tutup semua pintu taknak bagi student lelaki dengar...huhu

ketatkan vagina

During that Talk, penceramah ada menerangkan satu senaman yang amat penting dan berguna bagi wanita. Senaman Kagel atau Kemutan ini sangat penting untuk kaum wanita kerana 2 sebab utama :

1. Untuk mengurangkan dan mengatasi sakit Sengugut

2. Untuk mengatasi "kelonggaran" bagi wanita yang sudah berkahwin dan bersalin

Tidak kiralah anda sudah berkahwin atau belum, anda haruslah mengamalkan senaman kagel ini sekerap yang boleh. Ia adalah senaman untuk membantu menguatkan otot-otot rahim. Bagi anak-anak dara yang mengalami masalah senggugut boleh cuba amalkan senaman ini dan bagi mak-mak anda lagilah wajib mengamalkan supaya kesihatan rahim kita ini terjaga rapi bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk suami tercinta. Selain itu ia juga dapat membantu mengatasi masalah kerap terkencing.

CARA BUAT SENAMAN KAGEL ATAU KEMUTAN



1. Sebelum anda memulakan senaman, apa yang paling utama adalah untuk mengetahui dimanakah lantai pelvik. Untuk mengenalinya mudah sahaja, bila anda rasa nak terkencing, cuba tahan aliran kencing. Haaa....disitulah lantai pelvik kita. Mudah kan??



2. Tumpukan perhatian hanya kepada lantai pelvik anda. Otot-otot lain seperti peha, punggung atau perut perlu relax ya. Letakkan satu tangan pada perut untuk memastikan perut adalah dalam keadaan relax. 



3. Baring dalam keadaan yang selesa seperti dalam gambar diatas ya. Pastikan anda baring dalam keadaan rata dan tangan disisi. Relaxkan otot perut dan punggung. 


4. Seperti rajah diatas, anda boleh mulakan kemutan dengan kiraan 5saat. Kalau anda rasa 5saat itu lama boleh mulakan dengan 2-3saat ya.



5. Setelah kemut selama 5 saat, lepaskan otot anda selama 10 saat. Kemudian ulangi latihan ini sebanyak 10 kali utk satu set. Dan dalam masa sehari buatlah 3-4 set bagi mendapatkan hasil yang marvelos!!!



6. Anda busy sepanjang hari dipejabat? Usah risau anda juga boleh melakukan senaman dengan cara berdiri dan tiada siapa akan mengetahuinya. Anda boleh melakukannya semasa anda duduk di meja anda di pejabat anda, makan tengah hari dengan rakan-rakan anda, atau hanya bersantai di sofa selepas hari yang panjang di tempat kerja.

AMARAN!!!

Jangan melakukan senaman ini semasa pundi kencing penuh. Sila kosongkan pundi kencing anda sebelum melakukan senaman ini ya. Kalau tak ia akan melemahkan otot anda pula.

Thanks to Dr Arnold Kegel yang telah memperkenalkan senaman ini pada 1948. Semoga sedikit perkongsian Fuzza ini dapat membantu anda menjaga asset yang berharga. 

Jom Kagel yukkk!!

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
________________________________________________________________




Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

RASA LOYA NAK MUNTAH SELEPAS AMBIL VITAMIN SHAKLEE?

vitamin shaklee ibu hamil

Topik hari ini yang Fuzza nak share dgn anda semua adalah antara soalan yang paling kerap Fuzza dapat samada pm or whatapp. Kebanyakan mengalami masalah loya dan muntah selepas ambil Vita-Lea dan B-Complex Shaklee. Apakah sebab nya? Adakah vitamin ini tidak sesuai dengan anda?

Haaa...ini yang Fuzza nak kongsikan sebenarnya. Bagi anda yang tidak tahu, Vita-Lea adalah multivitamin produk Shaklee dan ia adalah multivitamin yang pertama didunia yang dicipta oleh Dr Forest Shaklee pada tahun 1905. Tahun ini dah genap 100 tahun usia produk Shaklee ini. Dan pelbagai kajian dibuat dari masa ke semasa untuk menambahbaik formulanya supaya ia dapat menjadi vitamin yang terbaik buat pengguna. Maka anda tak perlu rasa risau jikalau merasa loya atau nak muntah selepas mengambil Vita-Lea ya!!

multivitamin shaklee


Anda hanya perlu menukar waktu pengambilan. Ambil Vita-Lea selepas anda mengambil makanan yang berat atau erti kata lain anda berasa kenyang betul. Jikalau skrg ini anda ambil selepas sarapan, cuba ambil selepas makan nasi tengahari. Kerana dalam Vita-Lea ini ada iron atau zat besi dan kalau diambil dgn perut yg kosong itu yang menyebabkan anda berasa loya dan nak muntah. Lebih-lebih lagi jika anda mengandung...lagi laa selalu perut rasa kosong ja kan. 

Fuzza dah kongsikan tips ini dengan anda. Cubalah amalkan. Semoga anda mendapat khasiat dan kebaikan darinya. Dan satu lagi sebelum makan jangan lupa baca Bismillah ya =)

Anda nak tahu cara mendapatkan FREE VITA-LEA ?? Boleh hubungi Fuzza sekarang whatsapp 017-6961509 kerana masa sangat terhad!!!

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

CHEESY BAKED MACARONI YANG CREAMY DAN YUMMY

Salam sayang buat semua yang setia membaca blog Fuzza ini. Syukur Alhamdulillah dgn nikmat kesihatan yang diberikan olehNya. Maka hari ini dapatlah Fuzza kongsikan sedikit ilmu buat rakan-rakan semua. Semalam pagi celik-celik mata ja suami ajak pergi picnic. uhhh....perkara pertama yang bermain difikiran "nak masak apa?"

Mentol lampu didalam otak terus bernyala dan terpikir nak cuba resepi makaroni bakar tapi kali ni nak cuba yang jenis creamy and cheesy so anak-anak pun boleh join makan sekali. So dengan pantas Fuzza pun masuk dapur tang tung tang dan akhirnya terjadilah resepi ini. Semestinya ia mudah dan berkhasiat. Lengkap dengan sayur, protein dan karbo. 

RESEPI CHEESY BAKED MACARONI


Bahan-bahan Cheese Sauce

1 sdb butter
1 sdb tepung
1 cwn fresh milk
1 sdk mustard powder
cheddar cheese
garam dan pepper

Bahan-bahan Lain

Makaroni yang telah direbus
Isi Ayam
Cendawan Button
Carrot di parut
Bawang besar
Bawang putih
Butter utk menumis
Oregano
Serbuk Cili
Lada Hitam
Mozarella Cheese
White sauce

Cara Membuatnya

Pertama sekali kita buat cheesy sauce. Ambil periuk panaskan dan masukkan butter. Kemudian masukkan tepung dan kacau terus dgn cepat dan masukkan susu. Kacau sehingga tepung tidak berketul. Lebih mudah menggunakan whisk. Kemudian bila sauce dah agak pekat sedikit masukkan mustard powder dan cheese. Perisakan dgn sedikit garam dan pepper. Berhati-hati ketika letak garam sebab cheese pun sudah ada garam ya!!



Kemudian ambil kuali panaskan sedikit butter dan tumis bawang besar dan bwg putih yang dipotong dadu. Kemudian masukkan ayam, carrot dan cendawan. Tumis sehingga naik bau dan masukkan cili serbuk, oregano dan lada hitam. Kemudian masukkan makaroni dan kacau rata. Selepas itu masukkan cheese sauce dan kacau rata. Perisakan dgn garam secukupnya. Boleh tambah daun parsley dan tutup api.


Masukkan makaroni tadi kedalam dulang pembakar. Disini Fuzza tambahkan white sauce di atasnya sebab nak lebih creamy. Kalau takda pun takpe ya. Boleh terus taburkan mozarella cheese dgn bnyknya. Kemudian bakar suhu 180 celcius dalam 20 min atau sehingga masak depends pada oven masing-masing ya.


Tadaaaa!! Sedia untuk di ngappp ngappp..... makan sambil menikmati pemandangan laut cantik ciptaanNya sungguh mendamaikan.





Lepas picnic Fuzza terus pergi COD set berpantang untuk customer yang sedang tunggu masa nak bersalin. Semoga segala urusan dipermudahkan buatnya.

Kongsikan artikel ini buat rakan-rakan anda. Sila Klik SHARE button.

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"