MENGAWAL KENCING MANIS BAGI IBU MENGANDUNG

MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL | DIABETES GESTASI


cara atasi diabetes ibu hamil


Biasa anda dengar ibu hamil kena minum AIR GULA?? Itu adalah salah satu cara bagi doktor untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. So, boleh lah ibu hamil yang disahkan kencing manis itu mengawalnya. Perkara utama yang Fuzza ambil berat semasa hamil juga adalah pengambilan gula dalam makanan seharian...(takuttt....huhu)

Kenapa perlu mengawal kencing manis semasa hamil ini ya?? haaa...jangan pandang remeh atau buat tak tahu saja ya. Jikalau anda menghidap kencing manis semasa hamil, silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya. Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan dan membahayakan keadaan ibu dan bayi. 

BAGAIMANA IBU HAMIL MENGHIDAP KENCING MANIS?



KAWAL KENCING MANIS HAMIL

Mesti mommies nak tahu bagaimana ibu hamil ini boleh menghidap kencing manis kan?? Actually, semasa hamil, badan ibu sepatutnya menghasilkan kadar insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutama di trimester 2 dan 3. Jika kadar insulin yang dihasilkan kurang, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah terlalu banyak. Itulah yang menyebabkan kencing manis bagi ibu hamil ini.

Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar

KESAN PENAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • sering membuang air kecil secara sedikit
  • luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • dahaga yang melampau
  • rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • penglihatan yang kabur

CARA MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL


Apa yang paling utama semasa anda hamil adalah apa yang anda makan. Selalu tak dengar istilah "makan untuk dua orang"? Kebanyakan dari kita selalu mengambil kesempatan dari istilah itu. Mengikut pengalaman Fuzza sendiri, semasa hamil Fuzza akan ambil berat dengan kadar kandungan gula yang diambil. Contohnya, kurangkan air yang manis, kurangkan pengambilan manisan seperti kek, ice-cream or candy. Pengambilan nasi atau karbohidrat lain pun sy ambil seperti biasa sahaja. 

Apa yang Fuzza lakukan ketika lapar sebelum tiba the next meal ialah Fuzza akan mengambil buah-buahan atau salad. Yang ini memang item wajib yang akan ada semasa hamil. Selain itu Fuzza akan kunyah kurma, kismis atau membancuh oats untuk lapik perut. 

Senaman juga penting bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini. Senaman dapat membantu untuk membakar kalori berlebihan dalam badan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting untuk menutupi kekurangan nutrien dalam badan.

Antara supplemen yang Fuzza amalkan sepanjang kehamilan adalah SET HAMIL SHAKLEE yang organik dan semulajadi and its drug free!!

Namun bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis, supplemen yang utama yang perlu anda amalkan ialah seperti berikut:



ESP Soy Protein Isolate Powder sangat sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis atau diabetes. Ini kerana Index Glisemik nya sangat rendah iaitu hanya 39 dan lebih rendah dari beras perang. Dengan pengambilan ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. ESP dapat memberi rasa kenyang dan juga tenaga berpanjangan.


B-Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap bersama FOLIC ACID. Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.


Vita-Lea adalah multivitamin lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. 
Ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

Mesti mommies biasa dengar mencegah adalah lebih baik dari merawat kan? So, adalah lebih baik jika kita memastikan tahap gula dalam darah dikawal dengan baik sebelum hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi.


Anda mungkin meminati::


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

4 comments:

  1. Saya pun gdm mase pregnant ke2...Mmg leceh sbb kene g klinik 2 mggu skali...bahaya tuk bby n ibu kalau tk kawal...

    bondaseri.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bahaya bagi ibu hamil yang mengalami kencing manis ni ye, baru tahu.tq

    ReplyDelete
  3. Cara pemakanan kyang agak susah untuk ibu mengandung kawal bila ada kencing manis.
    Alahai..
    tapi kena ambil suplemen kawal bacaan gula.

    ReplyDelete