BUDU CEGAH KANSER PAYUDARA | KHASIAT & KEBAIKAN BUDU
BUDU!!! Makanan yang paling glamor bagi orang Kelantan. Kalau sebut pasal Kelantan mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah Budu. Walaupun Fuzza ni orang dari Selatan, tapi still pandai makan budu tau!! Nasi Kerabu my favorite...=)
Semalam sambil duk membelek majalah Harmoni, adalah artikel pasal Budu Mencegah Kanser Payudara. Eh?? Biar betul ni? Fuzza bukan sahaja agen atau pengedar sah shaklee je, Fuzza ala-ala agen FBI tau...huhu. So apalagi, google lah sedikit info berkenaan benda ini. Waahhh.... Budu rupanya bukan sahaja boleh mencegah kanser payudara malah rupanya banyak khasiat budu yang Fuzza tak tahu rupanya lagi.
KHASIAT DAN KEBAIKAN BUDU
- Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.
- Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".
- Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.
- Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita cirit-birit kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.
- Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Anda mungkin meminati:
- Tips Meningkatkan Kesuburan
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment