PETUA : AIR KENCING HILANGKAN PUTIH SUSU DI LIDAH BAYI

BENARKAH AIR KENCING BAYI BOLEH HILANGKAN PUTIH SUSU ATAU KULAT SUSU DI LIDAH BAYI?


by MummySayf



Pernah tak anda dengar petua yang air kencing bayi boleh hilangkan putih susu dilidah bayi?? Sebenarnya ini kali pertama Fuzza dengar petua sebegini. Dan tindakan reflex pertama ialah yuckksss!!! Air kencing adalah najis, tidak kiralah walaupun ia air kencing bayi lelaki yang minum susu ibu sepenuhnya pun ia dikira sebagai najis mukhaffafah (najis ringan). Bagaimana mungkin ingin menyapukan air kencing kedalam mulut bayi anda???

Bukan semua tips dan petua boleh diikuti secara sembrono tau!! Kita perlu mencari ilmu yang secukupnya dan bertindak menggunakan akal fikiran yang diberikan olehNYA. So, apa sebenarnya putih dilidah bayi ini? Dan bagaimana cara mengatasi putih susu dilidah bayi anda?


PUTIH SUSU DILIDAH BAYI


Putih susu dilidah bayi juga dikenali sebagai kulat susu atau thrush. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulat susu pada bayi. 


Ianya sebenarnya berasal dari kulat yang biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia. Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi. Tapi ia adalah tidak bahaya sebenarnya. Ia akan semakin membiak bila bayi belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri


Selain itu, penggunaan antibiotik atau ubatan herba dan jamu yang diamalkan oleh ibu menyusu juga perlu berhati-hati kerana ia boleh dipindahkan kepada bayi melalui breastfeeding atau susu ibu.


Dan yang paling penting mommies perlu tahu ialah, bila bayi anda dijangkati kulat ini, ibu juga boleh dijangkiti terutama pada ibu yang menyusu badan. Kulat dari mulut bayi akan menjangkiti puting susu ibu. Adakalanya jangkitan itu akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan pada putingnya namun ada setengah ibu tidak mengalami apa-apa kesakitan. Tidak semua bayi yang dijangkiti kulat akan menyebarkan pada ibunya pula.

BAGAIMANA UNTUK ANDA MENGENAL PASTI IANYA THRUSH ATAUPUN TIDAK?



Agak sukar untuk membezakan dengan mata kasar samaada keputihan dalam mulut bayi adalah thrush ataupun hanya saki baki susu. Cuma apa yang anda boleh perhatikan ialah, jikalau ianya thrush ia akan berada bukan sahaja diatas lidah malah diseluruh kawasan mulut termasuk lelangit dan juga di kawasan dalam pipi.

Selain itu anda juga boleh mencuba teknik ini, dengan mengambil sapu tangan yg dibasahkan dan alihkan keputihan itu. Jikalau ianya thrush ia susah untuk dihilangkan dan jikalau hilang pun kemungkinan akan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.

BAGAIMANA CARA MERAWAT KULAT SUSU ATAU THRUSH



Jikalau keputihan itu hilang, maka tak perlulah anda risau ya. Just berikan lebih banyak air masak kepada anak dan in shaa Allah ia akan hilang secara perlahan. Namun, jikalau anda mengenalpasti ianya adalah thrush, maka segeralah berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberikan ubat titis anti fungal yang selamat buat bayi anda.





CARA UNTUK MENGELAKKAN BAYI DIJANGKITI KULAT SUSU


Walaupun jangkitan kulat ini boleh terkena melalui "terowong kelahiran", namun ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai ibu bapa untuk mencegah bayi daripada terkena jangkitan kulat ini. Antaranya ialah::


  • mengelakkan diri dari pengambilan JAMU dan Antibiotik tanpa pengetahuan doktor terutama bagi breastfeeding moms
  • memberikan air masak kepada anak selepas meyusukannya kerana saki baki susu boleh memudahkan jangkitan kulat juga
  • bagi ibu breastfeeding pastikan mommies membersihkan puting sebelum menyusu
  • jikalau bayi anda sakit, bawalah berjumpa doktor dan jangan hanya mengambil ubat daripada farmasi
Tips yang Fuzza amalkan sejak bayi dilahirkan ialah semasa memandikan bayi, Fuzza akan menggosok lidah dengan kain bersih ataupun berus gigi bayi seperti dibawah ini. Alhamdulillah, Sayf sudah berusia 2 tahun stgh dan tidak mengalami masalah ini. Dan sebelum berusia 1 tahun Fuzza banyak praktiskannya meminum air masak. In Shaa Allah, baby Zara pun akan ikut jejak abangnya.


Semoga entry Fuzza kali ini dapat membantu mommies yang bingung dan mempunyai masalah begini. Banyakkan membaca dan tambah ilmu. In Shaa Allah kita mampu mendidik anak-anak sebaiknya. Diharap anda yang membaca entry ini dapat kongsikannya dengan orang lain juga!!

Sharin is caring!! Lets make this world a better place for our kids...=)

Anda mungkin juga meminati:




 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

1 comment:

  1. ade jugak yang buat perkara yang xmasuk dek akal nie... sedih...

    ReplyDelete