KHASIAT AIR BARLI YANG TAK PERNAH ANDA SANGKA!!

KHASIAT AIR BARLI | MENURUNKAN KOLESTROL | MASALAH KENCING KOTOR



Pernah merasai air barli?? Mungkin air barli adalah minuman favorite ada diantara anda...betul tak? Actually, Fuzza pun suka Air Barli. Pagi tadi pun baru rebus barli dan minum bersama sedikit brown sugar dan juga lemon. Sedap tau!! Kadang kala Fuzza mix bersama madu juga. Boleh diminum panas atau sejuk. Bagi anda yang belum pernah merasainya, hari ini Fuzza nak share kenapa anda perlu minum air barli??

Untuk pengetahuan, barli actually adalah sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat iaitu serat mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Apa yang menarik disini, Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini tau!! 

Bagi anda yang sedang mencari jalan untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah, ada berita baik buat anda tau. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat telah membuktikan serat daripada barli ini dapat merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut pula adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Selain itu, air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. So, bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga. Ia juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam. 

Sekarang ini kan musim cuaca panas, so siapa nak join Fuzza minum air barli ?? Cara nak buatnya dirumah pun senang sahaja. Anda cuma perlu membeli bijirin barli. Banyak dijual di pasaraya atau kedai runcit. Kalau dapat cari yang organik lagi bagus. Fuzza memang beli yang organik. kemudian cuci barli dan isikan air filter. Rebus diatas api bersama daun pandan untuk dapatkan bau yang wangi. Kemudian bila barli dah kembang dan empuk bolehlah tutup api. Bila nak minum boleh tambah dengan gula jika suka. Bagi pesakit kencing manis, lebih baik elakkan gula. 

Jom minum air barli yok!!  =)






Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

1 comment: