PENGAT PISANG BUAT TERUNA KU SAYANG

RESEPI PENGAT PISANG | SERAWA PISANG | BUBUR PISANG


Sejak dua menjak habis berpantang ni, rajin pulak Fuzza nak masuk dapur. Mungkin kerana dah lama tak beraksi didapur. Rasa rindulah pulak...hehe!! Dalam entry sebelum ini Fuzza ada kongsikan Resepi Kek Pisang Moist yang sedap tau. Pisang ni memang favorite anak teruna Fuzza, Sayf. Memang pantang nampak pisang depan mata, confirm licin nanti. So, fikir-fikir nak buat bubur pisang lah sebab lama dah tak buat. Dengan harapan Sayf akan menyukainya...huhu

Alhamdulillah selesai saja masak, cuba bagi dia rasa. Memang licin.....bahagianya hati mak ni apabila melihat anak makan masakan air tangan kita. Seronok dan teruja tengok dia makan....kawan-kawan pun boleh lah cuba ya nanti!! Fuzza kongsikan disini resepinya yang sangat mudah. Selamat mencuba!!

RESEPI PENGAT PISANG


Bahan-bahannya


5-6 biji Pisang (sy guna pisang berangan)
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan susu full cream/santan cair
4 sudu besar biji sagu halus (nak tambah pun boleh ikut suka)
4 sudu besar gula (kalau guna gula melaka lagi best)
2 helai daun pandan (cuci, koyak memanjang dan ikat)
Secubit garam


Cara-caranya




Dalam periuk, masukkan air, susu/santan cair, daun pandan, pisang yang dipotong dan gula. Masak diatas api sederhana. Pisang boleh dipotong ikut suka. Fuzza suka pisang dipotong kecil sedikit. Bila dah mula mendidih, boleh masukkan biji sagu. Bila pisang dan sagu dah separuh masak boleh masukkan santan pekat dan garam. Time ni kena kacau selalu sebab bubur akan menjadi agak pekat dan bila dah mendidih bolehlah tutup dapur dan hidangkan ya. 

Inilah hasilnya yang nyum nyum... Sayf makan sampai dua mangkuk tau. Selamat mencuba!!!


Sumber: www.dapurmummysayf.blogspot.com

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment