Showing posts with label Vita-lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-lea. Show all posts

RASA LOYA NAK MUNTAH SELEPAS AMBIL VITAMIN SHAKLEE?

vitamin shaklee ibu hamil

Topik hari ini yang Fuzza nak share dgn anda semua adalah antara soalan yang paling kerap Fuzza dapat samada pm or whatapp. Kebanyakan mengalami masalah loya dan muntah selepas ambil Vita-Lea dan B-Complex Shaklee. Apakah sebab nya? Adakah vitamin ini tidak sesuai dengan anda?

Haaa...ini yang Fuzza nak kongsikan sebenarnya. Bagi anda yang tidak tahu, Vita-Lea adalah multivitamin produk Shaklee dan ia adalah multivitamin yang pertama didunia yang dicipta oleh Dr Forest Shaklee pada tahun 1905. Tahun ini dah genap 100 tahun usia produk Shaklee ini. Dan pelbagai kajian dibuat dari masa ke semasa untuk menambahbaik formulanya supaya ia dapat menjadi vitamin yang terbaik buat pengguna. Maka anda tak perlu rasa risau jikalau merasa loya atau nak muntah selepas mengambil Vita-Lea ya!!

multivitamin shaklee


Anda hanya perlu menukar waktu pengambilan. Ambil Vita-Lea selepas anda mengambil makanan yang berat atau erti kata lain anda berasa kenyang betul. Jikalau skrg ini anda ambil selepas sarapan, cuba ambil selepas makan nasi tengahari. Kerana dalam Vita-Lea ini ada iron atau zat besi dan kalau diambil dgn perut yg kosong itu yang menyebabkan anda berasa loya dan nak muntah. Lebih-lebih lagi jika anda mengandung...lagi laa selalu perut rasa kosong ja kan. 

Fuzza dah kongsikan tips ini dengan anda. Cubalah amalkan. Semoga anda mendapat khasiat dan kebaikan darinya. Dan satu lagi sebelum makan jangan lupa baca Bismillah ya =)

Anda nak tahu cara mendapatkan FREE VITA-LEA ?? Boleh hubungi Fuzza sekarang whatsapp 017-6961509 kerana masa sangat terhad!!!

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

MENGAWAL KENCING MANIS BAGI IBU MENGANDUNG

MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL | DIABETES GESTASI


cara atasi diabetes ibu hamil


Biasa anda dengar ibu hamil kena minum AIR GULA?? Itu adalah salah satu cara bagi doktor untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. So, boleh lah ibu hamil yang disahkan kencing manis itu mengawalnya. Perkara utama yang Fuzza ambil berat semasa hamil juga adalah pengambilan gula dalam makanan seharian...(takuttt....huhu)

Kenapa perlu mengawal kencing manis semasa hamil ini ya?? haaa...jangan pandang remeh atau buat tak tahu saja ya. Jikalau anda menghidap kencing manis semasa hamil, silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya. Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan dan membahayakan keadaan ibu dan bayi. 

BAGAIMANA IBU HAMIL MENGHIDAP KENCING MANIS?



KAWAL KENCING MANIS HAMIL

Mesti mommies nak tahu bagaimana ibu hamil ini boleh menghidap kencing manis kan?? Actually, semasa hamil, badan ibu sepatutnya menghasilkan kadar insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutama di trimester 2 dan 3. Jika kadar insulin yang dihasilkan kurang, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah terlalu banyak. Itulah yang menyebabkan kencing manis bagi ibu hamil ini.

Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar

KESAN PENAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • sering membuang air kecil secara sedikit
  • luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • dahaga yang melampau
  • rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • penglihatan yang kabur

CARA MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL


Apa yang paling utama semasa anda hamil adalah apa yang anda makan. Selalu tak dengar istilah "makan untuk dua orang"? Kebanyakan dari kita selalu mengambil kesempatan dari istilah itu. Mengikut pengalaman Fuzza sendiri, semasa hamil Fuzza akan ambil berat dengan kadar kandungan gula yang diambil. Contohnya, kurangkan air yang manis, kurangkan pengambilan manisan seperti kek, ice-cream or candy. Pengambilan nasi atau karbohidrat lain pun sy ambil seperti biasa sahaja. 

Apa yang Fuzza lakukan ketika lapar sebelum tiba the next meal ialah Fuzza akan mengambil buah-buahan atau salad. Yang ini memang item wajib yang akan ada semasa hamil. Selain itu Fuzza akan kunyah kurma, kismis atau membancuh oats untuk lapik perut. 

Senaman juga penting bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini. Senaman dapat membantu untuk membakar kalori berlebihan dalam badan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting untuk menutupi kekurangan nutrien dalam badan.

Antara supplemen yang Fuzza amalkan sepanjang kehamilan adalah SET HAMIL SHAKLEE yang organik dan semulajadi and its drug free!!

Namun bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis, supplemen yang utama yang perlu anda amalkan ialah seperti berikut:



ESP Soy Protein Isolate Powder sangat sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis atau diabetes. Ini kerana Index Glisemik nya sangat rendah iaitu hanya 39 dan lebih rendah dari beras perang. Dengan pengambilan ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. ESP dapat memberi rasa kenyang dan juga tenaga berpanjangan.


B-Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap bersama FOLIC ACID. Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.


Vita-Lea adalah multivitamin lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. 
Ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

Mesti mommies biasa dengar mencegah adalah lebih baik dari merawat kan? So, adalah lebih baik jika kita memastikan tahap gula dalam darah dikawal dengan baik sebelum hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi.


Anda mungkin meminati::


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

BENARKAH SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU MUDAH HAMIL?

BENARKAH SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU MUDAH HAMIL DAN SEGERA DAPAT ZURIAT?


Jikalau anda mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau sudah lama mendirikan rumahtangga dan sedang cuba untuk mendapatkan anak, namun sehingga sekarang masih belum berjaya hamil, apa kata anda mencuba supplemen Shaklee untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri??

Fuzza sarankan anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ini bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja isteri malahan untuk suami juga.

Kenapa anda perlu mencuba Set Kesuburan Shaklee ini?? Haa....Fuzza kongsikan disini himpunan Testimoni Pengguna Set Kesuburan Shaklee yang telah berjaya hamil. Tidak salah mencuba kan kerana ramai yang telah berjaya dan ini adalah salah saty ikhtiar kita disamping terus menerus berdoa memohon dari Nya dikurniakan cahaya mata.


TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN SHAKLEE


Dibawah ini antara sebahagian testimoni customer yang telah berjaya hamil setelah menggunakan Set Kesuburan Shaklee.









Anda teruja nak mencuba Set Kesuburan Shaklee?? Haa....disini Fuzza nak share pula supplemen apa yang terdapat dalam Set Kesuburan Shaklee ini dan fungsi-fungsinya.


SUPPLEMEN CADANGAN SET KESUBURAN SHAKLEE


testimoni set kesuburan shaklee

UNTUK ISTERI


1. SHAKLEE GLA COMPLEX

  • merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E
  • membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan hormon yang tidak stabil
  • menstabilkan dan menyeimbangkan hormon
  • membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini amat penting kerana ia akan mengangkut sperma untuk berenang ke uterus dan seterusnya ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. 
  • mengatasi masalah senggugut


  • membantu mengatasi masalah stress dan kemurungan (anti stress)
  • membantu untuk menstabilkan hormon
  • mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon

  • dikenali sebagai "vitamin cinta"
  • membantu mengatasi masalah keputihan yang banyak melanda dikalangan wanita
  • membantu mengatasi rasa sakit "ketika bersama"
  • membantu mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan senggugut
  • membantu meningkatkan libido dan bertindak sebagai kacip fatimah

  • pengambilan Vitalea dapat memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh dapat dipenuhi
  • mengandungi iron formula yang sangat diperlukan dan penting untuk tubuh

UNTUK SUAMI


  • kekurangan Zink dalam tubuh juga dikatakan salah satu punca kemandulan atau ketidaksuburan
  • Zink dapat memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormon tiroid, prostat dan tiroid yang tidak aktif
  • ia dapat meningkatkan bilangan sperma (sperm count)
  • kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang tinggi didalam air mani juga berkadar terus dengan tahap zink yang tinggi.
  • beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mengamalkan supplemen zink dapat memperelokkan kualiti sperma, meningkatkan jumlah bilangan sperma, membantu pergerakkan sperma dan keupayaan mensenyawakan ovum oleh sperma.


  • Kajian awal menunjukkan pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan kesuburan.
  • Vitamin E bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan kepada sperma akibat gejala radikal bebas.
  • Vitamin E Shaklee diperkaya dengan Selenium dan Grape Seed Extract
  • Lelaki yang mengamalkan Selenium menunjukkan bahawa ianya dapat memperbaiki daya gerak sperma

Tidak rugi mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat selain daripada kita terus berdoa memohon dikurniakan rezeki cahaya mata!! Hubungi Fuzza, pengedar sah shaklee anda dengan kadar segera untuk sebarang konsultasi secara percuma. In Shaa Allah saya akan membantu anda!!


Anda mungkin meminati:
Tips Meningkatkan Kesuburan

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

AKTOR TERKENAL ASHRAF MUSLIM AMALKAN SHAKLEE !!!

Wahhh!!! Siapa tak kenal aktor tanah air kita yang handsome ni kan??? Ashraf Muslim yang sejuk mata memandang pun sudah amalkan Shaklee!! Semakin hari Shaklee semakin glamor dikalangan selebriti tanah air. Belum lagi nak cerita pasal aktor luar negara...=) 

Sebelum ini rahsia kecantikan Ayu Raudhah yang comel gebu itu dah tersebar dengan mengamalkan VIVIX secara konsisten. Kemudian Rita Rudaini pula memberi MEALSHAKES buat anak-anak tersayang. Kini terbongkar pulak rahsia Ashraf Muslim mengamalkan Shaklee...=) Apa pun mereka semua ni manusia biasa juga yang perlu mengamalkan supplemen dalam kehidupan seharian.

Ashraf Muslim mengamalkan VITALEA dan B-COMPLEX Shaklee. Kedua-dua vitamin ini adalah vitamin asas dalam keperluan seharian apatah lagi yang baru hendak mencuba sepertinya. Jom kita lihat video ini dan dengar sendiri testimoni dari Ashraf Muslim =)


klik di sini untuk melihat: http://youtu.be/Fb6hLg7VG-Y

Ashraf Muslim mengatakan selepas beliau mengamalkan  Vitalea badannya rasa lebih bertenaga dan segar. Selepas bangun Subuh dah tak rasa letih. B Complex pula bantu perjalanan darahnya lebih lancar. Waduh...waduh... inilah penangan Vitalea dan B Complex ye... patutlah Ashraf Muslim ni makin handsome berseri-seri gitu...=)

Anda berminat nak join team biz kami? Ingin mencuba produk Shaklee tapi tak tahu nak beli dari mana? Tak tahu nak makan produk apa? Mudah saja.... boleh contact mummysayf terus. Jangan segan silu ye...free consultation just for you!!!


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

VITAMIN PENYEBAB BAYI DALAM KANDUNGAN BESAR?


Ramai dikalangan ibu-ibu hamil diluar sana yang mempunyai anggapan bahawa apabila mengamalkan vitamin pre-natal akan menyebabkan saiz baby yang besar dari usia kandungan dan susah untuk bersalin? Benarkah size baby menjadi besar sebab makan vitamin/supplemen? Adakah ia mitos atau fakta? Jom kita lihat apa kata Dr Hamid Arshat, Pakar O&G.


"Ramai wanita yg salah anggap multivitamin spt obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita."

So, ibu-ibu hamil diluar sana janganlah takut untuk mengamalkan vitamin/supplemen semasa hamil ye. Baby anda besar bukanlah kerana vitamin yang anda makan. Jom kita lihat antara penyebab bayi besar dari usia kandungan dan cara untuk mengelakkannya.

Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

  • Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis


Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

  • Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
  • Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
  • Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi etc.
  • Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan

Ibu hamil perlu lebih rajin menjaga pemakanan dan mengamalkan supplemen tambahan kerana semasa hamil ibu-ibu memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih dari biasa untuk melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Supplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid mencadangkan agar supplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita. Jom makan vitamin!!! =)


CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL / IBU MENGANDUNG


Supplemen Ibu Hamil Shaklee

  • Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi Iron Formula (Zat Besi) yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah. 
  • Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.
  • Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
  • Dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
  • Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
  • Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.

4. OSTEMATRIX

  • OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
  • Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
  • Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

5. OMEGAGUARD

  • OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
  • Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
  • Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
  • Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara.

Anda mungkin meminati:



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

BERPANTANG DENGAN JAMU ATAU VITAMIN?

Salam sayang to all my blog readers...

Apabila hampir sampai ke Expected Due Date (EDD), salah satu item atau produk yang dicari oleh ibu-ibu adalah makanan tambahan semasa berpantang. Ada yang memilih untuk mengamalkan jamu dan ada juga yang memilih vitamin atau supplemen.


Perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin sewaktu dalam berpantang?


Jamu juga adalah sejenis makanan tambahan tetapi terdapat sesetengah kandungan jamu yang masih tidak dapat diketahui dengan lengkap. Badan kita akan mengambil masa yang agak lama menguraikan jamu berbanding vitamin. Dengan pengambilan air yang mencukupi, vitamin lebih mudah dan akan diserap dengan baik oleh badan.

Bagi ibu yang menyusu badan, adalah lebih baik tidak mengamalkan jamu kerana risiko untuk mendapat penyakit demam kuning atau jaundice adalah sangat tinggi. Jikalau ingin mengamalkan jamu pun hendaklah menunggu selepas 2 minggu bersalin. Berbeza dengan pengambilan vitamin yang boleh diambil sejurus selepas bersalin dan tiada risiko untuk penyakit jaundice.

Selepas bersalin, adalah amat penting untuk ibu-ibu mengamalkan makanan seimbang yang kaya dengan zat besi, zink, asid folik dan vitamin C. Ini adalah penting untuk membina sel darah yang telah banyak kehilangan semasa kelahiran dan juga menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Maka, dengan pengambilan vitamin semasa dalam pantang dapat membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat.

Apa pun, jamu atau vitamin, pilihan adalah ditangan anda. Pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian badan anda dan juga bayi anda. Disini mummysayf ingin kongsikan kegembiraan salah seorang customer yang berpuashati dengan SUPPLEMEN BERPANTANG/BERSALIN SHAKLEE ....happy sangat apabila dapat share benda berfaedah buat ibu-ibu diluar sana...hehe! sampai nurse pun terkejut luka cepat kering!!! so, anda yang masih tercari-cari makanan tambahan semasa berpantang, bolehlah mencuba supplemen Shaklee!!!!





CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE SEMASA BERPANTANG/ SELEPAS BERSALIN





VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon

VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika bersalin.

ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim)Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

Supplemen tambahan lain yang boleh diambil ialah OSTEMATRIX (gabungan Kalsium/Magnesium/Vit D dan lain-lain) dan Soy Protein Isolate Powder (ESP). Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan penyusuan susu ibu.



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

TIPS BAGAIMANA INGIN MENINGKATKAN KESUBURAN/ MENDAPATKAN ANAK

Ada yang sudah lama berkahwin dan masih belum menimang cahaya mata. "Kenapa saya lambat dapat anak? Sedangkan apabila check saya dan suami tiada apa-apa masalah. Apa yang perlu saya buat?" Ini antara persoalan yang timbul di benak setiap pasangan yang masih belum menimang cahaya mata. Perlu diingat, rezeki adalah di tangan Allah. Namun, kita sebagai manusia perlu sentiasa berusaha dan terus berusaha tanpa putus asa. Berusaha dari segi mental, fizikal dan juga amalan rohani. Berdoa tanpa putus asa InsyaAllah.....



Selain itu, bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan mungkin boleh mengamalkan tips berikut:

1. Tukar Gaya Hidup Anda. Amalkan gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi lengkap. Pemakanan amat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan dan juga memberi tenaga. Selain itu, jika pasangan itu merokok, sila BERHENTI MEROKOK serta merta. Ini kerana "sperm count" akan berkurangan jikalau anda adalah seorang perokok.

2. Sperma lebih bertenaga dan sihat di waktu pagi selepas Subuh. Seeloknya, cuba berhubungan pada waktu pagi sehari sebelum ovulasi/ waktu subur bagi wanita.

3. Hindari penggunaan pencuci faraj dan juga wangian faraj. Ini kerana ia akan menyukarkan sperma untuk hidup dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian untuk hamil.

4. Dapatkan berat badan yang Ideal. Cuba check BMI anda dan jikalau anda dalam kategori obesiti, sila mengambil langkah-langkah untuk menurunkan berat badan.

5. Bagi suami, pemakaian boxer adalah lebih baik daripada 'brief' kerana ia boleh menghasilkan "sperm count" yang lebih baik.

6. Pastikan haid anda teratur. Jika haid anda tidak teratur akan menyukarkan kehamilan. Perbetulkan hormon supaya haid anda akan teratur dan merancang kehamilan akan menjadi lebih mudah.

CADANGAN SUPPLEMEN / VITAMIN YANG BOLEH DI AMBIL UNTUK KESUBURAN




CARA RAWATAN BAGI WANITA/ ISTERI

  • Amalkan pemakanan yang sihat. Diet yang seimbang amat penting untuk meningkatkan kesuburan. Pengambilan protein daripada tumbuhan adalah lebih baik dari haiwan kerana tiada lemak tanpa kolestrol. Shaklee Soy Isolate Protein Powder (ESP) adalah contoh sumber protein daripada tumbuhan soya yang baik. 
  • Pengambilan vitamin / supplemen pre-natal adalah bagus untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Antara vitamin pre-natal yang boleh di ambil ialah Shaklee B-Complex with Asid Folik, Shaklee Sustained Released Vitamin C dan multivitamin Vita-Lea with Iron Formula.
  • Bagi wanita, pengambilan supplemen/ vitamin seperti EPO yang mengandungi GLA boleh meningkatkan 'cervical mucus'. Ianya akan memberi satu keadaan bagi memudahkan penempelan sperma pada ovum. Selain itu ia dapat menstabilkan hormon. Contoh GLA yang baik adalah Shaklee GLA Complex.
CARA RAWATAN BAGI LELAKI/ SUAMI

  • Gaya hidup dan persekitaran yang dipenuhi toksik pada masa kini menganggu kesihatan dan kualiti sperma. Masalah biasa yang menganggu kesuburan lelaki ialah "low sperm count" dan juga "motality".
  • Bahan kimia seperti klorin dan clorox bleach juga akan memberi kesan kepada kualiti sperma.
  • Pengambilan Vitamin C dapat melindungi sperma dari kerosakan akibat proses oksidasi dan memulihkan kualiti sperma terutamanya bagi perokok. Sesetengah lelaki mengalami masalah sperma yang melekat di antara satu sama lain membentuk ketulan (agglutinasi) dan ia akan menjejaskan kesuburan. Vitamin C didapati berupaya mengurangkan masalah agglutinasi sperma. Contoh Vitamin C terbaik adalah Shaklee Sustained Released Vitamin C.
  • Kekurangan Zink dapat mengurangkan bilangan sperma dan meyebabkan masalah mati pucuk.  Beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mengamalkan supplemen zink dapat memperelokkan kualiti sperma, meningkatkan jumlah bilangan sperma, membantu pergerakkan sperma dan keupayaan mensenyawakan ovum oleh sperma. Contoh supplemen zink ialah Shaklee Zinc Complex.
  • Kajian awal menunjukkan pengambilan Vitamin E untuk lelaki dan wanita berupaya meningkatkan kesuburan. Vitamin E bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan kepada sperma akibat gejala radikal bebas. Contoh Vitamin E terbaik ialah Shaklee Vita-E Complex with Selenium. Daripada kajian menunjukkan Selenium dapat membantu "motality" atau daya gerak sperma.
Berusahalah dan berdoalah untuk mendapatkan cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Bagi yang berminat untuk mendapatkan set kesuburan dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh lah contact mummysayf. Konsultasi percuma akan diberikan. Mummysayf sentiasa mendoakan agar anda berjaya dalam journey to be a parent...InsyaALLAH.....

Anda mungkin meminati:
- Tips Kesuburan Kaum Adam
- 9 Zat Penting Untuk Lelaki


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

URUT SEMASA HAMIL

Kehamilan membuatkan wanita merasai pelbagai perubahan dari segi fizikal, mental dan juga emosi. Sesetengahnya akan mengalami sakit belakang, sakit kepala dan etc. Ketegangan yang dialami oleh ibu-ibu ini boleh dikurangkan dengan urut semasa hamil.


MENGAPA PERLUNYA URUTAN SEMASA HAMIL?


Urutan yang dilakukan dengan teknik yang betul membantu wanita hamil yang mengalami masalah pada sistem peranakannya misalnya kedudukan bayi songsang serta membetulkan kedudukan otot pelviks yang rendah. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil tidak selesa dan mudah terkencing. Urutan juga membantu mengatasi masalah sembelit pada wanita hamil. 

Melalui urutan, saraf dan otot yang menegang dapat dilembutkan malah ia juga sebahagian daripada persediaan ibu hamil untuk medapatkan susu badan dengan lebih banyak kelak. Urutan juga membuatkan emosi ibu hamil lebih tenang dan relax serta kesihatan tubuh yang lebih baik.

Kajian yang dijalankan Dr. Tiffany Field di University of Miami menunjukkan urutan dapat mengurangkan hormon tekanan yang ada didalam tubuh. Sentuhan begitu penting kepada wanita hamil, terutama ia memberi kelegaan emosi dan fizikal kerana terpaksa melalui perubahan sebaik sahaja disahkan hamil. Tubuh wanita hamil akan mengalami perubahan yang ada kalanya perubahan itu memberi tekanan perasaan kepada mereka. Urutan dengan teknik yang betul ini juga membolehkan bakal ibu ini lebih relax sepanjang mengandungkan janin yang membesar di dalam rahim.

SELAMATKAH URUTAN PRENATAL KEPADA IBU HAMIL?


Kebanyakan urutan untuk wanita hamil ini selamat. Tetapi, sebelum memulakan urutan beritahu ahli terapi tentang masalah dan komplikasi yang anda alami. Namun begitu ada beberapa keadaan yang tidak membenarkan ibu hamil melakukan urutan seperti:
  • Berlaku pendarahan
  • Kencing manis
  • Kesakitan yang berpanjangan
  • Demam
  • Muntah-muntah keterlaluan
  • Kesakitan yang luar biasa
  • Preeklampsia
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Morning sickness


CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL / IBU MENGANDUNG


Supplemen Ibu Hamil Shaklee

  • Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi Iron Formula (Zat Besi) yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah. 
  • Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.
  • Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
  • Dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
  • Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
  • Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.

4. OSTEMATRIX

  • OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
  • Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
  • Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

5. OMEGAGUARD

  • OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
  • Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
  • Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
  • Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara.
Anda mungkin meminati:
- Hemoglobin (HB) rendah?

*Sumber: Mingguan Wanita

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

PERLUKAH BERPANTANG SELEPAS BERSALIN?


Berpantang hanya diikut berasaskan kepercayaan masing-masing. Ibu yang menyusukan bayi dinasihatkan jangan mengambil makanan daripada satu jenis kumpulan sahaja. Ibu menyusu dan selepas bersalin perlu mempelbagaikan makanan secara seimbang dan sihat terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

Secara tradisinya, para ibu akan mengelak daripada mengambil makanan yang sejuk dan digalakkan mengambil makanan yang panas semasa berpantang. Antara makanan yang dikategorikan mengikut kepercayaan:
  • Makanan sejuk: kangkung, taugeh, kobis, timun, betik, nangka.
  • Makanan panas: telur, ayam, daging, organ dalaman spt hati, peparu.
  • Makanan berangin: teh, sayuran berkanji.
  • Makanan tajam: nenas.
  • Makanan beracun: makanan laut dan kebanyakan jenis ikan.

Setiap individu mempunyai amalan dan cara berpantang mengikut kepercayaan dan tradisi masing-masing. Apa pun yang penting adalah mengamalkan diet yang seimbang setiap hari mengikut porsi yang dicadangkan didalam piramid makanan. Minumlah air yang banyak semasa berpantang untuk mengelakkan sembelit yang sering berlaku selepas bersalin dan juga untuk penyusuan susu ibu. 

Selain itu, terdapat supplemen tambahan seperti jamu atau vitamin untuk membantu membaikpulih badan selepas bersalin. 

CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE SEMASA BERPANTANG/ SELEPAS BERSALIN





VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon

VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika bersalin.

ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

Supplemen tambahan lain yang boleh diambil ialah OSTEMATRIX (gabungan Kalsium/Magnesium/Vit D dan lain-lain) dan Soy Protein Isolate Powder (ESP). Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan penyusuan susu ibu.

Supplemen ini boleh diambil seawal hari pertama kelahiran dan tidak perlu menunggu sekurang-kurangnya seminggu seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice kepada baby. 

Set ini juga boleh menjadi alternatif kepada ibu-ibu yang tidak gemar jamu pahit...=) 



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

PEMAKANAN IBU MENYUSU

Salam sayang mommies....=) Mummysayf support "Human Milk for Human Babies

Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi anda. Susulah bayi dengan susu ibu secara ekslusif sehingga 6 bulan pertama kelahiran dan diteruskan sehingga 2 tahun atau lebih. Pemakanan yang diterima oleh anak anda 6 bulan pertama sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Maka, adalah sangat penting bagi ibu menyusu mengamalkan diet yang seimbang, betul dan sihat. 

Ibu menyusu tidak digalakkan menghadkan pengambilan makanan semata-mata untuk kurus.Secara semulajadi, menyusu bayi dapat menurunkan berat badan dan mengikut kajian lebih kurang 500 kalori dibakar setiap hari bagi ibu menyusu. Pengamalan diet yang sihat menjamin kualiti susu ibu serta mengekalkan kesihatannya serta memberi tenaga untuk menjaga bayi anda. Ini secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.


KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI


  • Untuk membekalkan diet/nutrien yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurangan semasa menyusu bayi
  • Bagi mengalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal (iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan seterusnya boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi.

PANDUAN ASAS DIET/PEMAKANAN IBU MENYUSU


Kebiasaannya ibu menyusu memerlukan penambahan 500 kalori sehari untuk 6 bulan pertama dan untuk 7-12 bulan, penambahan tenaga bergantung kepada jumlah susu yang dihasilkan. Antara panduan asas yang boleh diikuti ibu menyusu ialah:

  • Kepelbagaian - mengambil makanan dari kesemua kumpulan makanan yang terdiri daripada zat dan nutrien di dalam piramid makanan.
  • Mengikut Porsi - si ibu hendaklah meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan alkohol.
  • Aktiviti - seimbangkan aktiviti fizikal dengan pengambilan diet harian anda.
Selain penjagaan diet dan makanan seimbang, mummysayf juga mengamalkan supplemen/vitamin Shaklee. Ini kerana, dikala kesibukan dengan aktiviti harian dan penjagaan babysayf, kadangkala diri ini terlupa akan diri sendiri. Sometimes breakfast pun tak sempat kerana asik melayan kerenah babysayf yang semakin aktif....=) So, rakan-rakan seperjuangan ibu menyusu bolehlah mengamalkan supplemen ini...InsyaAllah memang sangat berbaloi....ia dapat membantu kita untuk lebih fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa!

CADANGAN SUPPLEMEN IBU MENYUSU

Cadangan Supplemen Penyusuan Shaklee


VITALEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON
Untuk memastikan keperluan vitamin dan galian harian dipenuhi. Pada masa kini, pengambilan makanan seharian tidak dapat memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh. Apa uniknya Vitalea Shaklee ini? Ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B-COMPLEX
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.

ALFALFA
Si Raja Herba, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Meningkatkan khasiat dalam susu ibu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat . Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.

OSTEMATRIX/KALSIUM

Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari simpanan tubuh ibu.
Jika kalsium ini tidak digantikan maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sakit kaki dan belakang, mudah letih dan lesu. Sesetengah ibu akan mengalami kerunduman susu semasa haid, dan ini adalah kerana ibu kekurangan kalsium.

ESP – SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein juga diperlukan untuk membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu. Selain itu dapat membantu menahan rasa lapar kerana ibu menyusu akan kerap berasa lapar dan memberi tenaga berterusan.

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

HEMOGLOBIN (HB) MENINGKAT DALAM TEMPOH SEMINGGU?

Hemoglobin (HB) rendah atau anemia adalah masalah yang seringkali di alami oleh ibu hamil. Tahukah anda setiap seorang daripada tiga orang ibu mengandung menghadapi masalah anemia atau HB rendah. 

Anemia during Pregnancy
Apa itu ANEMIA? Anemia adalah sejenis penyakit yang mengalami kurang kepekatan darah merah daripada biasa. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia. Antara sebab-sebab punca kurang darah adalah kerana ibu kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi, ibu yang kerap bersalin dan pendarahan dari faraj. 

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA ANEMIA


Apabila seseorang itu mengalami masalah kurang kepekatan darah, biasanya akan kelihatan lemah dan lesu. Ibu hamil juga akan mengalami sesak nafas terutama apabila memasuki trimester 2 dan 3 kerana perut pun semakin membesar. Selain itu ibu hamil mungkin akan berasa pitam bila bangun dan sentiasa rasa pening.
Simptom Anemia
Ibu mengandung boleh mengesan awal penyakit anemia ini apabila melakukan pemeriksaan bulanan di hospital atau klinik-klinik kesihatan. Di mana setiap bulan mereka akan melakukan pemeriksaan darah atau "full blood count" dan apabila paras HB kurang daripada 11g dalam sel darah merah. 

RISIKO DAN BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL


Apabila menghadapi masalah anemia semasa hamil jangan dianggap suatu perkara yang "biasa" dan jangan dipandang remeh. Banyak risiko yang akan dihadapi dan antaranya ialah:
  • Kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan
  • Mungkin mengalami risiko keguguran
  • Bayi meninggal didalam perut
  • Bayi kecil atau tidak cukup berat badan
  • Risiko yang sangat tinggi mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Mudah mendapat penyakit berjangkit
  • Anemia yang teruk boleh mengancam nyawa ibu dan bayi


ATASI ANEMIA



Bagi mengatasi masalah anemia, ibu hamil perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah buah kurma, kismis, sayuran hijau spt sayur peria, sawi, bayam, biji-bijian, daging, ayam, ikan dan kerang. Rehat dan tidur yang mencukupi juga sangat penting. Selain itu, pengambilan supplemen Zat Besi/ Iron juga dapat membantu sebagai pelengkap untuk mencukupi kekurangan yang dialami.


CADANGAN SUPPLEMEN IBU HAMIL



Fokus utama untuk mengatasi masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum. 

Jom kita baca apa kata mereka yang sudah mencuba:



Berikan yang terbaik untuk diri dan bayi anda...=)

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf