Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

MENGAWAL KENCING MANIS BAGI IBU MENGANDUNG

MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL | DIABETES GESTASI


cara atasi diabetes ibu hamil


Biasa anda dengar ibu hamil kena minum AIR GULA?? Itu adalah salah satu cara bagi doktor untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. So, boleh lah ibu hamil yang disahkan kencing manis itu mengawalnya. Perkara utama yang Fuzza ambil berat semasa hamil juga adalah pengambilan gula dalam makanan seharian...(takuttt....huhu)

Kenapa perlu mengawal kencing manis semasa hamil ini ya?? haaa...jangan pandang remeh atau buat tak tahu saja ya. Jikalau anda menghidap kencing manis semasa hamil, silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya. Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan dan membahayakan keadaan ibu dan bayi. 

BAGAIMANA IBU HAMIL MENGHIDAP KENCING MANIS?



KAWAL KENCING MANIS HAMIL

Mesti mommies nak tahu bagaimana ibu hamil ini boleh menghidap kencing manis kan?? Actually, semasa hamil, badan ibu sepatutnya menghasilkan kadar insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutama di trimester 2 dan 3. Jika kadar insulin yang dihasilkan kurang, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah terlalu banyak. Itulah yang menyebabkan kencing manis bagi ibu hamil ini.

Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar

KESAN PENAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • sering membuang air kecil secara sedikit
  • luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • dahaga yang melampau
  • rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • penglihatan yang kabur

CARA MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL


Apa yang paling utama semasa anda hamil adalah apa yang anda makan. Selalu tak dengar istilah "makan untuk dua orang"? Kebanyakan dari kita selalu mengambil kesempatan dari istilah itu. Mengikut pengalaman Fuzza sendiri, semasa hamil Fuzza akan ambil berat dengan kadar kandungan gula yang diambil. Contohnya, kurangkan air yang manis, kurangkan pengambilan manisan seperti kek, ice-cream or candy. Pengambilan nasi atau karbohidrat lain pun sy ambil seperti biasa sahaja. 

Apa yang Fuzza lakukan ketika lapar sebelum tiba the next meal ialah Fuzza akan mengambil buah-buahan atau salad. Yang ini memang item wajib yang akan ada semasa hamil. Selain itu Fuzza akan kunyah kurma, kismis atau membancuh oats untuk lapik perut. 

Senaman juga penting bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini. Senaman dapat membantu untuk membakar kalori berlebihan dalam badan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting untuk menutupi kekurangan nutrien dalam badan.

Antara supplemen yang Fuzza amalkan sepanjang kehamilan adalah SET HAMIL SHAKLEE yang organik dan semulajadi and its drug free!!

Namun bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis, supplemen yang utama yang perlu anda amalkan ialah seperti berikut:



ESP Soy Protein Isolate Powder sangat sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis atau diabetes. Ini kerana Index Glisemik nya sangat rendah iaitu hanya 39 dan lebih rendah dari beras perang. Dengan pengambilan ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. ESP dapat memberi rasa kenyang dan juga tenaga berpanjangan.


B-Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap bersama FOLIC ACID. Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.


Vita-Lea adalah multivitamin lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. 
Ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

Mesti mommies biasa dengar mencegah adalah lebih baik dari merawat kan? So, adalah lebih baik jika kita memastikan tahap gula dalam darah dikawal dengan baik sebelum hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi.


Anda mungkin meminati::


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

BENARKAH SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU MUDAH HAMIL?

BENARKAH SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU MUDAH HAMIL DAN SEGERA DAPAT ZURIAT?


Jikalau anda mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau sudah lama mendirikan rumahtangga dan sedang cuba untuk mendapatkan anak, namun sehingga sekarang masih belum berjaya hamil, apa kata anda mencuba supplemen Shaklee untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri??

Fuzza sarankan anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ini bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja isteri malahan untuk suami juga.

Kenapa anda perlu mencuba Set Kesuburan Shaklee ini?? Haa....Fuzza kongsikan disini himpunan Testimoni Pengguna Set Kesuburan Shaklee yang telah berjaya hamil. Tidak salah mencuba kan kerana ramai yang telah berjaya dan ini adalah salah saty ikhtiar kita disamping terus menerus berdoa memohon dari Nya dikurniakan cahaya mata.


TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN SHAKLEE


Dibawah ini antara sebahagian testimoni customer yang telah berjaya hamil setelah menggunakan Set Kesuburan Shaklee.









Anda teruja nak mencuba Set Kesuburan Shaklee?? Haa....disini Fuzza nak share pula supplemen apa yang terdapat dalam Set Kesuburan Shaklee ini dan fungsi-fungsinya.


SUPPLEMEN CADANGAN SET KESUBURAN SHAKLEE


testimoni set kesuburan shaklee

UNTUK ISTERI


1. SHAKLEE GLA COMPLEX

  • merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E
  • membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan hormon yang tidak stabil
  • menstabilkan dan menyeimbangkan hormon
  • membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini amat penting kerana ia akan mengangkut sperma untuk berenang ke uterus dan seterusnya ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. 
  • mengatasi masalah senggugut


  • membantu mengatasi masalah stress dan kemurungan (anti stress)
  • membantu untuk menstabilkan hormon
  • mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon

  • dikenali sebagai "vitamin cinta"
  • membantu mengatasi masalah keputihan yang banyak melanda dikalangan wanita
  • membantu mengatasi rasa sakit "ketika bersama"
  • membantu mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan senggugut
  • membantu meningkatkan libido dan bertindak sebagai kacip fatimah

  • pengambilan Vitalea dapat memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh dapat dipenuhi
  • mengandungi iron formula yang sangat diperlukan dan penting untuk tubuh

UNTUK SUAMI


  • kekurangan Zink dalam tubuh juga dikatakan salah satu punca kemandulan atau ketidaksuburan
  • Zink dapat memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormon tiroid, prostat dan tiroid yang tidak aktif
  • ia dapat meningkatkan bilangan sperma (sperm count)
  • kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang tinggi didalam air mani juga berkadar terus dengan tahap zink yang tinggi.
  • beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mengamalkan supplemen zink dapat memperelokkan kualiti sperma, meningkatkan jumlah bilangan sperma, membantu pergerakkan sperma dan keupayaan mensenyawakan ovum oleh sperma.


  • Kajian awal menunjukkan pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan kesuburan.
  • Vitamin E bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan kepada sperma akibat gejala radikal bebas.
  • Vitamin E Shaklee diperkaya dengan Selenium dan Grape Seed Extract
  • Lelaki yang mengamalkan Selenium menunjukkan bahawa ianya dapat memperbaiki daya gerak sperma

Tidak rugi mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat selain daripada kita terus berdoa memohon dikurniakan rezeki cahaya mata!! Hubungi Fuzza, pengedar sah shaklee anda dengan kadar segera untuk sebarang konsultasi secara percuma. In Shaa Allah saya akan membantu anda!!


Anda mungkin meminati:
Tips Meningkatkan Kesuburan

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

CARA MENJAGA KESIHATAN RAMBUT AGAR SIHAT MENAWAN | RAMBUT MAHKOTA WANITA

CARA MENJAGA KESIHATAN RAMBUT | VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAMBUT SIHAT MENAWAN



Rambut dengan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Betul tak?? Walaupun bertudung namun rambut adalah sangat penting dan sensitif buat wanita. Sebab itulah ia dipanggil Rambut Mahkota Wanita.

Ramai yang mempunyai masalah seperti rambut berkelemumur, beruban, bercabang, rambut gugur dan yang paling teruk botak diusia muda. Dan selalunya bila terjadi masalah seperti ini, kita lebih cenderung dapatkan rawatan dari segi luaran. Walhal, yang paling utama adalah cara pemakanan dan mineral yang penting untuk kesihatan rambut. 

So, hari ini Fuzza nak share dengan anda semua vitamin dan mineral untuk rambut yang sihat dan cantik.



CADANGAN VITAMIN UNTUK RAMBUT YANG SIHAT


VITAMIN A


Vitamin A adalah salah satu vitamin yang penting dan sumber yang utama untuk mengekalkan kesihatan rambut. Anda boleh mendapatkannya dari sumber pemakanan seperti tembikai, berdaun gelap sayuran hijau dan daging. Namun pada kebiasaannya ia tidak akan mencukupi menurut standard USRDA. Maka pengambilan Vitamin A dalam bentuk pil adalah satu alternatif.

Bagaimana rambut anda kekal cantik dengan Vitamin A

  • Ia mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melembapkan sebum di kulit kepala.
  • Ia akan melawan radikal bebas dari pencemaran. Hasilnya, rambut anda akan berasa lebih ringan dan mempunyai badan yang lebih baik.
  • Ia akan memperkukuhkan dan menebalkan rambut anda supaya lebih kuat sehingga ke akar




VITAMIN B-COMPLEX & ASID FOLIK


B-Complex dan Asid Folik pun salah satu vitamin yang penting untuk mendapatkan rambut yang sihat tau. Nak tahu apa hasil yang akan anda dapat selepas amalkan B-Complex bersama Asid Folik?? Haa....hasilnya seperti dibawah:

  • Pengurangan keguguran rambut.
  • Rambut akan lebih lambat beruban kerana Vitamin B melambatkan proses penuaan rambut.
  • Rambut akan tumbuh lebih panjang dan cepat.
  • Rambut akan kelihatan lebih bersinar.
  • Struktur rambut akan lebih tebal dan berkilat.

Dan yang paling penting anda kenalah pandai memilih Vitamin B yang lengkap termasuk vitamin B6, B12 dan Biotin. Barulah complete Vitamin B-Complex yang anda ambil. 

Pilihlah Vitamin B-Complex Shaklee kerana ianya Vitamin B-Complex yang lengkap dan semulajadi =)



VITAMIN E


Vitamin E sinonim dengan kulit kan?? Namun tahukah anda Vitamin E sebenarnya penting untuk kesihatan rambut juga tau. Ia membantu peredaran darah yang akan membawa kepada kulit kepala yang sihat. Apabila kulit kepala anda sihat, anda akan memperoleh:

  • Rambut yang lebih lembut dan terurus.
  • Masalah rambut bercabang dapat diatasi.
  • Masalah rambut kering dan kusut dapat diatasi.

Vitamin E Shaklee dipanggil Shaklee Vita-E Complex kerana ia ditambah dengan Grape Seed Extract dan Selenium untuk kesihatan dan penyerapan yang menyeluruh.


ZINC 


Zinc adalah vitamin dan mineral yang paling penting untuk merawat rambut gugur. Ia membantu mengawal hormone dalam badan sekaligus berfungsi menyelenggara kelenjar minyak yang dirembes oleh kulit kepala.

Shaklee Zinc Complex telah diformulasi baru tanpa Gluten.





Hubungi Fuzza, pengedar Sah Shaklee Anda untuk mengetahui harga mampu milik dan mendapatkan Set Penjagaan Rambut Shaklee anda hari ini !!! Konsultasi akan diberikan secara percuma buat customer Fuzza yang tersayang  =)

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
COD :: Gombak, Batu Caves, UIA, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

LOYA DAN MUNTAH SEMASA HAMIL? ATASI MORNING SICKNESS ANDA !!

CARA MENGATASI MORNING SICKNESS | BERITA BAIK BAGI IBU YANG MABUK HAMIL

IBU MABUK HAMIL

Loya dan muntah semasa hamil trimester 1?? Biasanya orang akan panggil Morning Sickness atau Mabuk Hamil. Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah ini semasa di awal kehamilan dan biasanya akan berlarutan sehingga ke 16 minggu. Namun ada juga yang tidak langsung mengalami masalah ini atau ada juga yang mengalami mabuk hamil sehingga nak bersalin tau... apa pun rezeki masing-masing. Setiap ibu mempunyai pengalaman mengandung yang berbeza =)

Sebenarnya, morning sickness ini bukan semuanya negatif tau. Ada banyak kelebihan kenapa kebanyakan wanita mengalami mabuk hamil ini. Nak tahu?? Jom terjah !!!


KELEBIHAN MORNING SICKNESS ATAU MABUK HAMIL


1. Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguran adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.

2. Mengurangkan risiko kelahiran pra matang atau bayi tidak cukup bulan.

3. Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.

4. Hormon Hcg semasa hamil akan meningkatkan dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.

5. Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan bayinya.

6. Ukuran placenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu sendiri tidaklah naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada placenta menambahkan ukurannya! Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.

CARA MENGATASI MORNING SICKNESS


Haa...mesti anda tak sangka kan yang morning sickness ini pun ada kebaikannya kan?? Fuzza sendiri mengalami Morning Sickness yang agak teruk di awal kehamilan semasa mengandung anak pertama. Muntah, loya, mual, pening dan badan akan rasa sungguh tak selesa. Nak makan pun tak lalu. Nak buat apa pun rasa macam takde mood tau!! Namun, Alhamdulillah semasa mengandung anak kedua ini, morning sicknessnya tidaklah seteruk yang pertama. Fuzza masih lagi dalam keadaan terkawal dan mampu melakukan aktiviti harian dan menjaga anak. Tidaklah seteruk yang pertama dahulu.

Nak tahu rahsianya?? Haaa....inilah yang Fuzza amalkan!!! B-COMPLEX dan PEPPERMINT-GINGER PLUS =) Inilah peneman saya di awal kehamilan. Walaupun morning sickness itu tidaklah hilang terus namun ia banyak membantu dalam memberi kelegaan dan mengurang rasa loya dan mual. 

IBU HAMIL MABUK
B-COMPLEX & PEPPERMINT-GINGER PLUS ATASI MORNING SICKNESS

BAGAIMANA SHAKLEE B-COMPLEX & PEPPERMINT-GINGER PLUS MEMBANTU ATASI MORNING SICKNESS??


KHASIAT B-COMPLEX


Di bawah adalah pengalaman seorang ibu yang mengamalkan B-Complex sepanjang kehamilannya ::

" For my first 2 pregnancies I had terrible morning sickness. I was constantly woosey and generally did not feel well.. I on;y puked a few times, but constantly wished I did hoping I would feel better. At about 12 weeks for baby #2 my CNM suggested taking a B complex with B6. I purchased a bottle of super B complex with B6, B12 & a variety of other Bs. I immediately got better; however I attributed this to being at 12 weeks.

Now at baby #3 I started taking a B Complex with B6, B12 & a variety of other things from the beginning. I felt 100 % better than my previous 2 babies combined. I had to take the vitamins several times a day and would start feeling really bad if I went too long. After my first bottle was gone I purchased a bottle of B Complex without B12, and it did not help as much. Once I switch backed to a B Complex with B12 I felt better once again.

Bottom line, B Complex with B6 & B12 made me feel much better. B Complex with out B12 did not improve my state of well being as much. I needed to take the supplements to week 17."

Ini dia pengalaman ibu lain yang mengamalkan B-Complex untuk mengatasi morning sickness nya::

"choose the title of my post carefully because after six pregnancies I still haven’t found out to get rid of morning sickness completely (I know….boo! hiss!). Some women do find complete relief in one way or another, but for most of us it’s a matter of learning how to cope until the tincture of time works its magic. All I can offer here are tips on managing morning sickness.

Here’s my list of “remedies” that actually did provide some relief:
B6 and Unisom Combo: This is a “Class A” remedy that many doctors and midwives suggest to expectant mothers in lieu of expensive prescription medication. Here’s the regimen my midwife assigns me. Go to the pharmacy and buy several packages of generic Unisom (doxylamine) tablets and a big bottle of B-Complex which contains about 25 mg of B6 in each tablet."

Apa yang Fuzza dapat simpulkan selepas membaca pengalaman mereka adalah, B-Complex yang lengkap dengan B6 dan B12 dapat membantu mengurangkan dan melegakan morning sickness. Cuba anda tengok ni. B-Complex Shaklee memang vitamin B yang lengkap! Bukan itu saja, saintis Shaklee telah mencipta asid folik pertama didunia secara semulajadi dengan penyerapan yang sangat tinggi dan berkualiti.


                         


KHASIAT PEPPERMINT-GINGER PLUS


Shaklee Peppermint-Ginger Plus ini mengandungi bahan semulajadi Pudina dan Halia yang telah digunakan sejak zaman berzaman lagi secara tradisional. Semasa mabuk hamil, mommies akan berasa loya, mual nak muntah kan? Pudina dan halia ini dapat melegakan rasa ketidakselesaan perut dan usus, loya mual ketika hamil dan juga melegakan pedih ulu hati yang kerap dialami ibu hamil di awal kehamilan. Dalam pantang pun mommies boleh amalkan tau...ia membantu untuk membuang angin dari badan!! =)

Bagi mommies yang ingin mendapatkan B-Complex dan Peppermint-Ginger Plus ini boleh hubungi Fuzza, Pengedar Sah Shaklee anda!!!

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

KECACATAN BAYI AKIBAT KEKURANGAN ASID FOLIK

KECACATAN BAYI AKIBAT KEKURANGAN ASID FOLIK | KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL


Biasa dengarkan ASID FOLIK ini ?? Hari ini Fuzza nak berkongsi dengan anda kepentingan asid folik ini terutama bagi ibu yang sedang hamil. Pil ini biasa dibekalkan oleh doktor semasa ibu hamil pergi check up di hospital. Walaupun pil ini kecil sahaja, tapi jangan pandang remeh tau !! Ia ala-ala kecil-kecil cili padi. Kalau tidak cukup keperluan asid folik ini, maka risiko untuk bayi mendapat kecacatan adalah sangat tinggi.


APAKAH ITU ASID FOLIK?




asid folik shaklee
Shaklee B-Complex


Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli.

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 

Sebenarnyaa pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan sebelum kita merancang untuk mengandung. Dan diteruskan lagi sehingga habis trimester pertama. 



APAKAH KEPENTINGAN ASID FOLIK INI?



Pernah dengar tentang Kecacatan Tiub Neural??

Kecacatan tiub neural ni sangat berkait rapat dengan kekurangan asid folik. Sedihkan jikalau bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan disebabkan kecuaian ibu yang mengabaikan pengambilan vitamin semasa hamil. Risikonya adalah pada anak. 


Ibu yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi yang dikandung mengalami kecacatan tiub neural berbanding mereka yang mengambilnya. 


"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."

Ngerikan bila difikirkan? Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.








Ibu-ibu yang sedang hamil jangan ambil ringan ya !!! Pastikan bekalan asid folik yang cukup untuk anak anda. Cegah ia sebelum terjadi!!!


Ketahui perbezaan antara Asid Folik Semuljadi dan Asid Folik Sintetik


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

SENGGUGUT SEMASA HAID & CARA MENGATASINYA

Senggugut semasa datang haid berlaku kepada kebanyakkan remaja perempuan dan kaum wanita. Adakah ia perkara biasa atau sesuatu yang perlu diberi perhatian?? Jom kita lihat apa itu senggugut dahulu.

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua. 

  • Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. 
  • Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.
So girls, jangan dianggap senggugut itu sesuatu yang biasa-biasa sahaja. Kerana sesuatu "luar biasa" mungkin menanti anda. Berjumpalah dengan doktor pakar dan buatlah pemeriksaan lanjut. 


SIMPTOM-SIMPTOM PMS ATAU SENGGUGUT

Ada wanita yang sebelum dan semasa kedatangan haidnya akan tergolek-golek diatas katil. Walaupun ada yang menganggapnya normal, namun ia menganggu kehidupan seharian. Dibawah adalah antara simptom-simptom yang biasa dialami wanita semasa haid::



  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot, kekejangan dibawah perut

ANTARA CARA-CARA YANG BOLEH MELEGAKAN DAN MENGATASI SIMPTOM SENGGUGUT DAN PMS



  • Gunakan hot water bag dengan menuam di bahagian bawah perut anda.
  • Boleh mengurut secara perlahan-lahan di kawasan bawah perut.
  • Panaskan badan dengan minum minuman yang panas seperti teh o dan boleh ditambahkan dengan halia kerana halia bantu membuang angin, melancarkan pengaliran darah dan juga memberi kehangatan pada tubuh.
  • Elakkan minuman bergas dan berais.
  • Anda boleh cuba tidur di dalam posisi berbaring di sebelah badan dengan lutut dibengkokkan.
  • Mandi dengan air panas or suam.
  • Berjalan atau bersenam, termasuk senaman pelvik.
  • Kurangkan berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan melalui diet yang sihat dan juga melakukan aktiviti bersenam.
  • Selain itu, dari segi perubatan moden, anda boleh mengambil pain killer seperti paracetamol ataupun ibuprofen. Pengambilannya boleh diambil sehari sebelum kedatangan haid dan semasa hari-hari pertama haid. Namun, pengambilan ubatan yang mempunyai drugs ini kemungkinan menganggu hormon anda.

Bagi mereka yang tidak mahu mengambil ubat-ubatan ini, anda boleh mengamalkan makanan tambahan atau supplemen yang lebih selamat. Antara CADANGAN SUPPLEMEN SEMASA SENGGUGUT ini, boleh mengamalkan GLA COMPLEX , OSTEMATRIX dan B-COMPLEX



  • Shaklee GLA Complex - mengandungi minyak borage, vitamin e dan juga minyak biji bunga matahari. Ia diformulasi dengan kaedah mudah diserap. Ia dapat menstabilkan hormon, membantu mengurangkan simptom PMS dan juga bagus utk wanita yang mengalami simptom menopause. Wanita yang mengalami masalah senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.
  • Shaklee OsteMatrix - Sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium dalam tubuh akan mulai menurun yang menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom seperti kekejangan dan rasa bisa-bisa. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan dan simptom-simptom lain.
  • Shaklee B-Complex - telah terbukti menghasilkan kesan terbaik keatas senggugut. Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ia diperlukan oleh kelenjar adrenal. Vitamin B juga membantu meringankan tekanan, mencegah anemia dan ianya diperlukan utk semua fungi tubuh.

Jom kita lihat apa kata mereka yang dah mencuba !!


Testimoni Set Shaklee Melegakan Senggugut

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan produk ini dan info lanjut, boleh terus contact sy seperti dibawah =)


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


 Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"