HEMOGLOBIN (HB) MENINGKAT DALAM TEMPOH SEMINGGU?

Hemoglobin (HB) rendah atau anemia adalah masalah yang seringkali di alami oleh ibu hamil. Tahukah anda setiap seorang daripada tiga orang ibu mengandung menghadapi masalah anemia atau HB rendah. 

Anemia during Pregnancy
Apa itu ANEMIA? Anemia adalah sejenis penyakit yang mengalami kurang kepekatan darah merah daripada biasa. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia. Antara sebab-sebab punca kurang darah adalah kerana ibu kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi, ibu yang kerap bersalin dan pendarahan dari faraj. 

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA ANEMIA


Apabila seseorang itu mengalami masalah kurang kepekatan darah, biasanya akan kelihatan lemah dan lesu. Ibu hamil juga akan mengalami sesak nafas terutama apabila memasuki trimester 2 dan 3 kerana perut pun semakin membesar. Selain itu ibu hamil mungkin akan berasa pitam bila bangun dan sentiasa rasa pening.
Simptom Anemia
Ibu mengandung boleh mengesan awal penyakit anemia ini apabila melakukan pemeriksaan bulanan di hospital atau klinik-klinik kesihatan. Di mana setiap bulan mereka akan melakukan pemeriksaan darah atau "full blood count" dan apabila paras HB kurang daripada 11g dalam sel darah merah. 

RISIKO DAN BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL


Apabila menghadapi masalah anemia semasa hamil jangan dianggap suatu perkara yang "biasa" dan jangan dipandang remeh. Banyak risiko yang akan dihadapi dan antaranya ialah:
  • Kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan
  • Mungkin mengalami risiko keguguran
  • Bayi meninggal didalam perut
  • Bayi kecil atau tidak cukup berat badan
  • Risiko yang sangat tinggi mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Mudah mendapat penyakit berjangkit
  • Anemia yang teruk boleh mengancam nyawa ibu dan bayi


ATASI ANEMIA



Bagi mengatasi masalah anemia, ibu hamil perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah buah kurma, kismis, sayuran hijau spt sayur peria, sawi, bayam, biji-bijian, daging, ayam, ikan dan kerang. Rehat dan tidur yang mencukupi juga sangat penting. Selain itu, pengambilan supplemen Zat Besi/ Iron juga dapat membantu sebagai pelengkap untuk mencukupi kekurangan yang dialami.


CADANGAN SUPPLEMEN IBU HAMIL



Fokus utama untuk mengatasi masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum. 

Jom kita baca apa kata mereka yang sudah mencuba:



Berikan yang terbaik untuk diri dan bayi anda...=)

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

No comments:

Post a Comment