QUICK TIPS TAMBAH SUSU IBU

SUSU IBU KURANG? | QUICK TIPS TAMBAH SUSU IBU 


Salam my deary readers... today mummysayf nak bagi quick tips untuk tambah susu ibu or susu badan. Setiap mommies mesti berhajat supaya dapat breastfeed baby especially baby sulung. Tapi tahukah kita caranya? Apa yang perlu dibuat? Bagaimana tekniknya? Masa mummysayf preggy pun sama...confident je cakap nak breastfeed, tapi tak belajar apa pun. Ingat senang ke breastfeeding ni? Nampak je senang...belum cuba belum tahu...huhu!! So, mommies diluar sana yang tengah preggy ni...cepat-cepat cari ilmu breasfeeding. Menyusulaa dengan ilmu...itu yang penting =)


Tips Menambah Susu Badan or Susu Ibu


1. Tingkatkan kekerapan menyusu direct feed/mengepam

Konsep susu ibu ni konsep demand and supply. Lebih banyak pam/direct feed lebih banyak susu ibu akan terhasil. Oleh itu mommies semua, silalah menyusu atau pam susu 2-3 jam di siang hari. Pada waktu malam jika baby tidur lebih dari 4 jam...kejutkan baby untuk menyusu. Pam lah susu sekitar jam 12am - 6am kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah tinggi.

2. Teknik Power Pumping

Mummysayf selalu mengingatkan rakan-rakan seperjuangan yang mengalami masalah kurang susu untuk buat power pumping ni. So mommies jangan lupa yee...kalau tak mampu nak buat setiap hari, buatla power pumping seminggu sekali. Time yang paling sesuai especially from 12am-6am. Ada mommies yang tak tahu power pumping? Jom Baca... SINI

3. Minum banyak air

Jadikanlah air sebagai teman sejati mommies semua... minumlah 2-3 liter air sehari. Minum air terutama sebelum dan selepas pam. Ada jugak mommies yang tanya camne ye nak minum air banyak camtu sehari...hehe! Next entry mummysayf bagi tips k...wait..=) Baca Sini

4. Teknik Marmet

Selepas mengepam, mommies buatlah teknik marmet. Cara ini dapat mengoptimumkan pengumpulan susu kepada 100% berbanding hanya mengepam dlm 60%-70% sahaja. Teknik ini sangat membantu... Baca Sini

5. Jaga pemakanan

Mummysayf masih teringat kata-kata midwife time delivery BabySayf, "think of your baby when you eat". Mommies semua, jagalah pemakanan kita seharian untuk mendapatkan bukan saja susu yang banyak tetapi juga susu yang berkhasiat untuk baby kita yang tersayang. Tahukah mommies kenapa certain babies yang menyusu susu ibu lambat tumbuh gigi? Kerana susu ibu kurang kalsium....

Mummysayf amalkan Set Penyusuan Shaklee untuk mengekalkan pengeluaran susu dan menambah khasiat susu ibu disamping mengamalkan makanan seimbang...=) Jom mommies semua....berikan yang terbaik untuk si comel anda! 



"Human Milk for Human Babies"

Anda mungkin meminati:
- Tips minum air masak 3 liter sehari



KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN SUPPLEMEN PENYUSUAN SHAKLEE TERUS SECARA ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT ATAU CREDIT CARD : 


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

3 comments:

  1. Tq..sgt byk info sy dpt dr sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis...boleh follow kami thru FB juga utk latest info on breastfeeding n kesihatan....

      Delete
  2. power pumping dan teknik marmet tu macamana yer. tq...

    ReplyDelete