Showing posts with label Cyst Kecut Dengan GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label Cyst Kecut Dengan GLA Complex. Show all posts

GLA COMPLEX PUNCA RAHIM BENGKAK ??

GLA COMPLEX PUNCA RAHIM BENGKAK


Viral di FB sejak kebelakangan ini, isu GLA Complex dikaitkan dengan menjadi punca rahim menjadi bengkak. Betul ke?? Apa kata kita baca sendiri advise dari seorang doktor berkenaan hal ini. Semoga pemahaman kita lebih jelas Sebab dan Punca Rahim Bengkak ini. So, disini Fuzza copy paste entry Dr Malinda dari pagenya berkenaan isu ini. Semoga bermanfaat buat kita semua ya!!!

Kenapa Rahim Bengkak?


Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.


Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Gambar ketumbuhan yang putih dalam gambar diatas ini adalah fibroid

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan


- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan


Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

  • phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
  • racun serangga (pesticides)
  • tobacco by products


3. Obesiti


- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

obesiti dan kanser

4. Genetik


- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP FIBROID ATAU CYST


Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

CARA MENCEGAH DARI FIBROID DAN CYST


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.


APAKAH HUBUNGAN SOYA DAN WANITA?


Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

VITAMIN ATAU SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA YANG MENGHIDAP CYST DAN FIBROID


Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

** ESP Soy Protein Isolate Powder adalah soya yang mengandungi Isoflovinoid dan ia adalah soya NON-GMO. Jom baca Khasiat dan Kelebihan ESP Soy Protein Berbanding Soya Biasa di pasaran.


Anda mungkin meminati:
Tips Meningkatkan Kesuburan

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

BENARKAH GLA COMPLEX SHAKLEE BOLEH MENGECUTKAN CYST ?

APA ITU CYST? | GLA COMPLEX SHAKLEE BOLEH MENGECUTKAN CYST?


Salam sayang buat pembaca blog Fuzza...hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin sering kali anda dengar di kalangan wanita masa kini. Hari ni Fuzza nak share berkenaan CYST. Pernah dengar tak?? Mungkin anda pernah dengar tetapi tidak tahu apa itu Cyst. So, jom baca apa yang Fuzza nak kongsikan hari ini !!!


APA ITU CYST?


OVARIAN CYST

Dalam gambar diatas itu lah CYST. Cyst ini boleh terjadi di mana-mana bahagian badan kita sebenarnya. Namun bagi wanita, yang paling sinonim adalah Ovarian Cyst.

Ovarian Cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Tak percaya cyst boleh ada rambut dan gigi?? Haa...ni gambarnya ehsan dari pakcik Google.com kita. Ngeri tak???

RAMBUT DAN GIGI DI CYST


OVARIAN CYST BUKAN PENYAKIT?


Menurut kata Dr. Zubaidi Ahmad ovarian cyst tu bukan penyakit.Ovarian cyst ini selalunya dihadapi oleh wanita muda. Dan selalunya, kehadiran cyst ini tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu. Ianya diketahui apabila pemeriksaan ultrasound atau pelvic secara rutin dilakukan. 

CYST DI OVARI

Secara amnya, setiap kali kitar haid, organ ovari akan mengelembung dinamakan ovarian follikel. Ianya mengandungi ovum dan apabila ovum dikeluarkan, sepatutnya ovari akan mengecut, tetapi sesetengah akan membesar melebihi 2cm. Ini dikenali sebagai cyst.

95% ovarian cyst ini adalah tidak merbahaya tetapi adakalanya ia boleh mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, merasa letih, masalah ketidak kesuburan dan sakit kepala.


CYST YANG MENGANGGU KESUBURAN

Kebanyakan wanita masa kini yang mempunyai masalah kesuburan dan sukar hamil. Salah satu puncanya adalah kerana CYST. Ada cyst yang mengganggu kesuburan. Antaranya ialah:
  • Endometriomas - cyst yang disebabkan oleh endometriosis
  • Polystic Ovarian Cyst - beberapa cyst kecil pada ovari, kehadirannya menyebabkan haid tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

BILAKAH PEMBEDAHAN PERLU?


Pembedahan bukanlah cara utama untuk mengubati cyst. Pembedahan hanya akan dilakukan jika:
  • untuk melakukan biopsy. Ini jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser.
  • untuk membuang ovarian cyst sekiranya ia memudaratkan seperti sakit perut, haid tidak teratur dan sebagainya. Atau saiznya melebihi 5cm dikhuatiri akan pecah.
  • untuk melakukan pembuangan ovari sekiranya disahkan kanser ovari.

Walaupun bukan semua ovarian cyst mesti dibuang, tetapi semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan di pertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:
  • Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari
  • Ovarian cyst melebihi saiz 5cm
  • Ovarian maish kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa
  • Pesakit tidak pernha mengalami kitaran haid langsung
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
  • Pesakit telah menopause
  • Pesakit adalah gadis remaja
Apa yang saya senaraikan di atas adalah antara kriteria yang memungkinkan perlunya pembedahan.. Tetapi, jika anda mengalami salah satu kriteria itu, tidak bermakna anda harus di bedah. Kerana ia bergantung juga pada pertimbangan doktor yang merawat anda. Berbincanglah dengan doktor langkah terbaik yang boleh di ambil.


CYST BOLEH BERULANG?



Ovarian Cyst ini boleh dikeluarkan tanpa mencederakan ovari. Ianya dikenali sebagai cysectomy. Ini bermakna cyst dipisahkan dari ovari dan kesuburan wanita dikekalkan. 

Namun, ketumbuhan cyst di ovari boleh muncul semula. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau di ovari yang sebelah lagi walaupun selepas pembedahan pembuangan cyst. Jikalau wanita itu telah menopause, doktor mungkin mencadangkan untuk membuang ovari. Ini dikenali sebagai oophorectomy.


BAGAIMANA GLA COMPLEX DAPATKAN KECUTKAN CYST??

SHAKLEE GLA COMPLEX


Haaa...bagaimana GLA COMPLEX SHAKLEE ini dapat membantu mengecutkan Cyst?? Sebenarnya, cyst ini adalah disebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan kita. Dan GLA Complex ini dapat membantu mengawal ketidakseimbang hormon. 

Apakah kandungan dan perbezaan GLA Complex Shaklee yang sungguh istimewa buat wanita ini?


Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang ada dipasaran adalah daripada EPO (evening primrose oil). Namun GLA Complex Shaklee ini diektrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Ekstrak minyak borage ini adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Dan yang istimewanya Shaklee hanya mengektrak dari Bunga Borage yang ditanam secara organik sahaja di kawasan Saskatchewan. 

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ia merupakan sumber terbaik asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari yang merupakan satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia juga mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Supplement Omega 6 dan Vitamin E mempunyai anti-keradangan yang tinggi yang membantu penyembuhan.


TESTIMONI CYST KECUT DENGAN SHAKLEE GLA COMPLEX


Disini Fuzza kongsikan Testimoni Pengguna GLA Complex yang cyst nya telah mengecil selepas mengamalkan GLA COMPLEX secara konsisten. Alhamdulillah dengan izinNya, mereka telah mendapat hasil yang positif.

TESTIMONI CYST KECUT DENGAN GLA COMPLEX

TESTIMONI CYST MENGECIL DENGAN GLA COMPLEX


Bagi anda yang mempunyai masalah Cyst, boleh mencuba SHAKLEE GLA COMPLEX ini. Jangan risau kerana ianya dari sumber semulajadi. Boleh hubungi Fuzza, Pengedar Sah Shaklee anda sekarang !!! =)


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"