LEMAK! LEMAK! LEMAK!
Sebut pasal lemak je mesti semua risau dan runsing. Tetapi tahukah anda bukan semua tentang lemak buruk belaka. Ada juga lemak yang baik iaitu Asid Lemak Omega-3. Banyak kajian menunjukkan bahawa Omega-3 khususnya DHA boleh menurunkan risiko depresi pada wanita, membantu perkembangan daya penglihatan janin dan mengatur pola tidur bayi yang baru lahir.
Terdapat tiga jenis utama asid lemak Omega-3:
1. Asid Eicosapentaenoic (EPA)
- Biasanya terdapat pada ikan dan minyak ikan.
2. Asid Docosahexanoic (DHA)
- Amat penting untuk tubuh dan biasanya terdapat banyak pada ikan.
3. Asid Alpha-Linolenic (ALA)
- Boleh didapati pada sebahagian besar biji-bijian, minyak sayur dan sayuran hijau.
- Didalam tubuh ALA akan diubah menjadi EPA dan seterusnya menjadi DHA
KEPENTINGAN DAN KHASIAT OMEGA-3
Kita disarankan mengambil Omega-3 didalam diet seharian walaupun ketika tidak hamil. Selain untuk kesihatan kehamilan, khasiat Omega-3 juga merangkumi:
- Mengurangi kemungkinan preeklampsia. Apa itu preklampsia? Preeklampsia merupakan penyakit yang dimulai dengan penambahan tekanan darah secara bertahap dan seringkali diikuti dengan pengeluaran protein melalui air kencing dan pembengkakan berlebihan pada kaki, tangan dan wajah.
- Mengurangi risiko depresi setelah melahirkan bayi.
- Meminimumkan kemungkinan melahirkan bayi pra-matang.
- Melindungi jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Memelihara fungsi-fungsi sendi.
SUMBER OMEGA-3
- Omega-3 boleh ditemui pada ikan dan produk minyak ikan seperti ikan makerel, ikan haring dan ikan salmon.
- Tuna segar dan tuna beku.
- Makanan yang diperkaya dengan pelbagai vitamin seperti telur yang diperkaya dengan Omega-3, roti dan jus.
- Minyak biji bunga matahari.
Sumber Omega-3 |
Selain itu terdapat supplemen minyak ikan Omega-3 dipasaran. Pilihan hati mummysayf semestinya Shaklee OmegaGuard
Kenapa anda perlu memilih Shaklee OmegaGuard??
Kerana Shaklee OmegaGuard adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia. Ia mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakan jenis ikan.
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
No comments:
Post a Comment