DIARI SEORANG IBU: TANDA-TANDA ANDA HAMIL!!

Good morning my lovely readers...have your morning with a big smile =) Pagi ni mummysayf nak share tanda-tanda kehamilan yang membawa seribu satu kemanisan dan kebahagiaan bagi seorang yang bakal bergelar ibu. Walaupun ada sesetengah kita yang mengalami simptom yang teruk, sakit dan tak larat, tapi semuanya akan hilang di saat kita mendakap si comel tersayang...insyaAllah. Tq sis Safuhah for sharing this piece of info...=)


ANTARA TANDA-TANDA ANDA HAMIL



1. Bengkak payudara dan puting sensentif

Ini merupakan salah satu tanda yang sangat ketara ketika ibu mula hamil. Ibu akan rasa sakit dan bengkak payudara serta kawasan areola yang semakin hitam..Ini adalah kerana badan ibu sedang bersedia untuk menghasilkan susu. Jadi hormon meningkat yang menyebabkan simptom ini. Selain itu puting pun akan terasa lebih sensitif. Gambar breast kiri adalah sebelum hamil dan kanan adalah ketika hamil.

2. Loya atau 'morning sickness'

Kebanyakkan wanita mengalaminya. Sesetengah pakar mempercayai ia berlaku akibat ketidakserasian gene ibu dan ayah ketika bersatu (tetapi ini tidak membawa apa-apa maksud dlm kehidupan). Selalunya simptom ini hadir di waktu pagi ketika menggosok gigi, makan sarapan atau minum air tetapi ada juga ibu yang dapat simptom ini di hujung hari menjelang maghrib. Ada juga yang loya seharian tidak boleh makan dan minum sepanjang hari sehingga terpaksa di masukkan ke hospital.
Loya ini boleh di atasi dengan mengambil porsi makanan yang kecil tetapi lebih kerap. Ada sesetengah wanita berpendapat makanan masin and susu suam membantu.

3. Keletihan yang melampau

Rasa letih yang melampau.Asyik rasa nak tidur sahaja walaupun beberapa minit. Dalam beberapa minggu awal kehamilan anak yang sedang terbentuk menggunakan tenaga ibu, jadi ibu akan berasa letih.

4. Kerap membuang air kecil

Sebilangan wanita hamil akan rasa janggal pada awalnya kerana kerap ke bilik air. Keadaan uterus yang sedang membesar menekan pundi kencing dan keadaan ibu hamil yang akan menghasilkan lebih banyak air semasa mengandung. Keadaan ini akan kekal sepanjang 9 bulan 10 hari kandungan.

5.Ketidakselesaan perut

Kadang-kadang sesetengah wanita akan rasa sakit dibahagian abdomen. Sakit ini seolah-olah sakit "PMS" yang kita dpt setiap kali sebelum dtg haid. Ini kerana telur yang baru disenyawakan sedang cuba untuk menempel di bahagian dinding uterus ibu. Dan uterus ibu sedang berkembang sebagai langkah bersiap sedia untuk sembilan bulan seterusnya. 

6. Perubahan kulit


Disebabkan ketidakseimbangan hormon, kulit menjadi sensitif dan pigmentasi senang terbentuk..tapi jangan khuatir, ianya untuk sementara sahaja.

7. Peningkatan suhu badan (macam nak demam)

Ibu selalu rasa panas dan mudah rasa macam nak demam. 

8. Perubahan mood dan kerap marah/melenting


Dengan semua perubahan yang saya sebutkan di atas, di tambah pula dengan ketidakseimbangan hormon, kita lebih senang untuk marah dan emosi tidak stabil. Normal jika kadang-kadang ibu rasa sedih, sunyi, suram gembira silih berganti.. Jadi perlu diberitahu kepada suami kt ini semua hanya pembawakkan budak.. :)


CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK IBU HAMIL




Sepanjang tempoh kehamilan, adalah sangat penting untuk ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Di samping itu, ibu hamil sering kali dinasihatkan untuk mengamalkan vitamin tambahan/supplemen untuk membantu melengkapkan nutrien seharian supaya bayi didalam kandungan mendapat segala khasiat yang mencukupi untuk perkembangan dan tumbesarannya.

Anda juga mungkin meminati:



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 


Hubungi Fuzza Nisa 

Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

No comments:

Post a Comment