Showing posts with label Sarapan Pagi. Show all posts
Showing posts with label Sarapan Pagi. Show all posts

PANCAKE OATS, SNACK LAZAT UNTUK KANAK-KANAK

Mesti ramai mommies yang pening kepala memikirkan nak masak apa untuk anak-anak kan? Bila gigi anak dah penuh, macam-macam jenis juadah boleh kita masak untuk anak-anak dan keluarga kan. Salah satu hobby Fuzza ialah memasak. Dan sekarang ini apabila menjadi WAHM dan bekerja dari rumah, salah satu aktiviti utama adalah memasak. Air tangan ibu dan isteri ni kan pengikat kasih sayang suami dan anak-anak..betul tak?? huhu...

So, untuk sarapan semalam Fuzza telah mencuba sesuatu yang baru. Oats Pancake. Oats adalah salah satu cereal berkhasiat. Oats kaya dengan Fiber dan bagus untuk menurunkan paras kolestrol. Sesiapa yang sedang berdiet pun sesuai mengambil oats. Pancake ni memang kegemaran Fuzza dan Sayf. So, alang-alang buat untuk Sayf, mummy dan papa boleh laa tumpang sekali..huhu

Jom, Fuzza kongsikan resepinya. Ianya sangat mudah. Sekejap jaa dah siap tau.



Bahan-Bahannya

1/2 cawan oats
1/2 cawan air panas

1/2 cawan tepung wholemeal (boleh juga diganti dengan tepung gandum)
1 biji telur
3/4 cawan fresh milk
1/2 sudu serbuk penaik
1/2 sudu garam
1/2 sudu esen vanila

Cara Membuatnya

Masukkan oats dan air panas dalam satu mangkuk dan biarkan sebentar. Dalam mangkuk asing campurkan semua bahan-bahan lain sehingga sebati. Kemudian tuangkan oats tadi dan kacau rata. Selepas itu biarkan adunan sebentar lebih kurang 15minit. 

Panaskan kuali non-stick. Sapukan hanya sedikit minyak. Fuzza gunakan minyak olive. Sendukkan adunan ke kuali dan masak diatas api kecil. Setelah masak, sapukan butter dan juga jem strawberi.



Oleh kerana Sayf adalah peminat tegar Nutella, Fuzza sapukan Nutella untuk dia...huhu Hero makan sampai empat keping.....alhamdulillah!!! Happy bila kita masak dan anak-anak enjoy makan.

Selamat mencuba!!!


Ingin dapatkan lebih banyak koleksi resepi dari Fuzza boleh lawat www.dapurmummyzara.com

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

KEPENTINGAN SARAPAN PAGI



Ramai di kalangan masyarakat kita masa kini selalu mengabaikan sarapan pagi. Alasan yang sering kali diberikan ialah tiada selera makan di waktu pagi dan takut dengan kenaikan berat badan. Ada juga yang mencantumkan breakfast dan lunch dipanggil "Brunch". Ada juga mitos yang mengatakan pabila makan sarapan pagi akan menyebabkan seseorang lebih mengantuk dan kurang daya tumpuan.

Janganlah dipandang remeh den kepentingan sarapan pagi ini ya!!! Samada berselera atau tidak, badan kita sangat memerlukan sarapan pagi ini. So, mulai harini kita praktikan setiap hari utk mengamalkan sarapan pagi. Sarapan pagi penting utk membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti yang sibuk.

MANFAAT SARAPAN PAGI


1) MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN

Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

2) KURANGKAN BERAT BADAN
Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien. So, ia dapat membantu mengurangkan berat badan anda!!! 

3) TINGKATKAN DAYA TUMPUAN
Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

4) CEGAH SAKIT JANTUNG
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.

TIPS KHAS BAGI ANDA YANG SUKAR BERSARAPAN PAGI


  • Ambil hidangan yang mempunyai kandungan serat, protein dan kalsium. Hidangan seperti bijirin sudah cukup untuk sarapan pagi.
  • Jika anda seorang yang sibuk, sentiasa bawa sekeping roti dan susu sebagai hidangan pagi sebelum melangkah ke pejabat.
  • Hidangan telur juga baik sebagai sajian pagi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan oleh badan.
  • Jika anda kurang berasa lapar pada pagi hari, cuba untuk tidak makan selepas pukul 8.00 malam pada hari sebelumnya. Keesokan pagi, anda pasti berasa lapar. 


OR, kalau anda selalu kesempitan masa diwaktu pagi tapi masih ingin kekal bertenaga, boleh mengamalkan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP) atau MealShakes Shaklee. Seperti mummysayf, memang wajib bersarapan dengan ESP Soy Protein + Mealshakes + Susu + Milo...my favorite !!! Kekal bertenaga sepanjang hari utk bekejaran bersama Sayf yang semakin aktif...=)


My favorite Breakfast !!!

ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee ini telah diiktiraf di seluruh dunia. Untuk menghasilkannya, banyak kajian klinikal yang telah dibuat oleh Shaklee utk memastikan ESP ini adalah sejenis produk berasaskan protein yang berkualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah supaya kandungan isoflavones dijaga . Setiap tin 1kg ESP adalah daripada 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.

MealShakes mempunyai rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. MealShakes menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia bukan sahaja sesuai utk anda, malahan ia merupakan nutrien asas untuk tumbesaran anak-anak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat. Tambahan lagi indeks glisemiknya juga rendah 

Lihat sini utk khasiat penuh ESP Soy Protein Isolate Powder dan Mealshakes.


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf