Antara nasihat yang sering kali diberikan oleh doktor ialah minum banyak air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 2 liter sehari untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan. Pengambilan supplemen tambahan/vitamin akan menjadikan darah bertambah pekat, maka pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari diperlukan untuk penyerapan yang lebih baik.
Selain itu, bagi ibu-ibu menyusu, pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Ini kerana apabila menyusu, ibu akan rasa cepat dahaga dan dehidrasi. Maka, pengambilan 3 liter air sehari sangat diperlukan untuk menambah kuantiti susu juga.
Antara tanda-tanda anda kekurangan air ialah sakit kepala, air kencing terlampau kuning, badan terasa panas dan sakit-sakit badan.
Jom baca tips minum air masak dengan berkesan!!
TIPS MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI
- Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
- Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
- Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
- Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
- Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
- Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
- Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
- Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
- Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
- Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
InsyaAllah, tips ini dapat membantu pengambilan air sebanyak 3 liter sehari atau mungkin lebih. Pengambilan air yang mencukupi dapat menjadikan badan lebih sihat, bertenaga dan ceria!! Jom minum air masak...=)
- Tips Tambah Susu Ibu
- Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin
- Makanan Berkhasiat Semasa Hamil
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



