PETUA : AIR KENCING HILANGKAN PUTIH SUSU DI LIDAH BAYI

BENARKAH AIR KENCING BAYI BOLEH HILANGKAN PUTIH SUSU ATAU KULAT SUSU DI LIDAH BAYI?


by MummySayf



Pernah tak anda dengar petua yang air kencing bayi boleh hilangkan putih susu dilidah bayi?? Sebenarnya ini kali pertama Fuzza dengar petua sebegini. Dan tindakan reflex pertama ialah yuckksss!!! Air kencing adalah najis, tidak kiralah walaupun ia air kencing bayi lelaki yang minum susu ibu sepenuhnya pun ia dikira sebagai najis mukhaffafah (najis ringan). Bagaimana mungkin ingin menyapukan air kencing kedalam mulut bayi anda???

Bukan semua tips dan petua boleh diikuti secara sembrono tau!! Kita perlu mencari ilmu yang secukupnya dan bertindak menggunakan akal fikiran yang diberikan olehNYA. So, apa sebenarnya putih dilidah bayi ini? Dan bagaimana cara mengatasi putih susu dilidah bayi anda?


PUTIH SUSU DILIDAH BAYI


Putih susu dilidah bayi juga dikenali sebagai kulat susu atau thrush. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulat susu pada bayi. 


Ianya sebenarnya berasal dari kulat yang biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia. Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi. Tapi ia adalah tidak bahaya sebenarnya. Ia akan semakin membiak bila bayi belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri


Selain itu, penggunaan antibiotik atau ubatan herba dan jamu yang diamalkan oleh ibu menyusu juga perlu berhati-hati kerana ia boleh dipindahkan kepada bayi melalui breastfeeding atau susu ibu.


Dan yang paling penting mommies perlu tahu ialah, bila bayi anda dijangkati kulat ini, ibu juga boleh dijangkiti terutama pada ibu yang menyusu badan. Kulat dari mulut bayi akan menjangkiti puting susu ibu. Adakalanya jangkitan itu akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan pada putingnya namun ada setengah ibu tidak mengalami apa-apa kesakitan. Tidak semua bayi yang dijangkiti kulat akan menyebarkan pada ibunya pula.

BAGAIMANA UNTUK ANDA MENGENAL PASTI IANYA THRUSH ATAUPUN TIDAK?



Agak sukar untuk membezakan dengan mata kasar samaada keputihan dalam mulut bayi adalah thrush ataupun hanya saki baki susu. Cuma apa yang anda boleh perhatikan ialah, jikalau ianya thrush ia akan berada bukan sahaja diatas lidah malah diseluruh kawasan mulut termasuk lelangit dan juga di kawasan dalam pipi.

Selain itu anda juga boleh mencuba teknik ini, dengan mengambil sapu tangan yg dibasahkan dan alihkan keputihan itu. Jikalau ianya thrush ia susah untuk dihilangkan dan jikalau hilang pun kemungkinan akan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.

BAGAIMANA CARA MERAWAT KULAT SUSU ATAU THRUSH



Jikalau keputihan itu hilang, maka tak perlulah anda risau ya. Just berikan lebih banyak air masak kepada anak dan in shaa Allah ia akan hilang secara perlahan. Namun, jikalau anda mengenalpasti ianya adalah thrush, maka segeralah berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberikan ubat titis anti fungal yang selamat buat bayi anda.





CARA UNTUK MENGELAKKAN BAYI DIJANGKITI KULAT SUSU


Walaupun jangkitan kulat ini boleh terkena melalui "terowong kelahiran", namun ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai ibu bapa untuk mencegah bayi daripada terkena jangkitan kulat ini. Antaranya ialah::


  • mengelakkan diri dari pengambilan JAMU dan Antibiotik tanpa pengetahuan doktor terutama bagi breastfeeding moms
  • memberikan air masak kepada anak selepas meyusukannya kerana saki baki susu boleh memudahkan jangkitan kulat juga
  • bagi ibu breastfeeding pastikan mommies membersihkan puting sebelum menyusu
  • jikalau bayi anda sakit, bawalah berjumpa doktor dan jangan hanya mengambil ubat daripada farmasi
Tips yang Fuzza amalkan sejak bayi dilahirkan ialah semasa memandikan bayi, Fuzza akan menggosok lidah dengan kain bersih ataupun berus gigi bayi seperti dibawah ini. Alhamdulillah, Sayf sudah berusia 2 tahun stgh dan tidak mengalami masalah ini. Dan sebelum berusia 1 tahun Fuzza banyak praktiskannya meminum air masak. In Shaa Allah, baby Zara pun akan ikut jejak abangnya.


Semoga entry Fuzza kali ini dapat membantu mommies yang bingung dan mempunyai masalah begini. Banyakkan membaca dan tambah ilmu. In Shaa Allah kita mampu mendidik anak-anak sebaiknya. Diharap anda yang membaca entry ini dapat kongsikannya dengan orang lain juga!!

Sharin is caring!! Lets make this world a better place for our kids...=)

Anda mungkin juga meminati:




 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

YEAR END SALE SANA SINI !!!

PROMOSI HUJUNG TAHUN | YEAR END BIG SALE

by MummySayf



Waaahhh!!!

Musim hujung tahun ni, toleh kiri SALE, pusing kanan SALE, kalih belakang SALE, pandang depan BIG SALE!!! hahahaha.... Biasalah, December ni musim Sale dan Promosi ja memanjang. Sebab dah hujung tahun, ada yang buat stok clearance ada yang promo produk baru dan macam-macam lagilah. Selain itu, ramai juga mommies yang sibuk dengan persiapan sekolah anak. So, seronoklah bila tgk perkataan SALE tu...=)

Harini Fuzza pun nak buat "SALE" tau...promosi hebat ni hanya tinggal 7 hari sahaja lagi. Khas untuk mereka-mereka yang inginkan kulit cerah berseri dari dalaman. Dunia dalaman membentuk dunia luaran tau!! (pinjam qoute Dr Muhaya jap) Haa...inilah dia 3 serangkai - Set Kecantikan Kulit Shaklee.



Bulan ini, memang sangat tinggi permintaan untuk Set Kecantikan Kulit Shaklee ini. Bukan sahaja kerana harga, actually sebab ketiga-tiga produk ini memang telah banyak membantu bukan sahaja ramai wanita malah kaum lelaki juga. Sebab ianya senang, hanya perlu bancuh (kolagen) atau pun telan sahaja (vitamin e & vitamin c).

Set Promosi Kulit Shaklee ini terdiri daripada:

1. Shaklee Vita-E Complex (120biji boleh tahan selama 4bulan)
2. Shaklee Sustained Release Vita-C Plus (160biji boleh tahan 6bulan)
3. Shaklee Collagen Powder (15 sachet)

Dibawah Fuzza kongsikan sedikit info mengenai setiap vitamin diatas ya. Kalau nak tahu info lanjut anda boleh klik bagi setiap link diatas.


Khasiat Vitamin E Dalam Kecantikan Kulit

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Khasiat Vitamin C Dalam Kecantikan Kulit

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Khasiat Kolagen Dalam Kecantikan Kulit

  • Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
  • Merupakan komponen utama dalam sel kulit kita. 
  • Mempertingkatkan pertumbuhan sel-sel baru dalam kulit
  • Membantu memelihara keremajaan kulit
  • Melembutkan dan memberikan kulit yang lebih bercahaya

Haaa...mesti anda teruja nak mencuba Set Kulit Cantik ni kan??? Nak tambah lagi keterujaan?? Anda boleh lihat testimoni di SINI dan SINI

So, bagi anda yang inginkan kulit cantik, mempunyai masalah kulit alergi, kering, gatal, berjerawat, berminyak atau masalah lain, jangan segan silu untuk hubungi Fuzza tau. In Shaa Allah, Fuzza akan cuba membantu anda. Anda mempunyai masalah bajet?? Jgn risau...produk Shaklee ini bukanlah mahal pun. Ianya sangat berbaloi dengan apa yang anda belanjakan. =)

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

RAHSIA KAK AZIZAH KEKAL CERGAS SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN WALAUPUN BERPANTANG SENDIRI DIRUMAH

CERGAS, TIDAK RASA SAKIT, LUKA CEPAT KERING, TIDAK MENGANTUK, BOLEH BUAT KERJA RUMAH WALAUPUN BERPANTANG SENDIRI



Inilah feedback daripada Kak Azizah yang berasal daripada Taiping, Perak. Pada hujung bulan Nov lepas, beliau contact Fuzza menerusi whatsapp setelah membaca blog Fuzza ini. Cerita punya cerita, kak Azizah ini rupanya baru lepas bersalin secara pembedahan. Kalau bersalin secara pembedahan ini memang agak mengerikan. Sebabnya, cara penjagaan selepas bersalin itu perlu lebih berhati-hati. Fuzza sendiri telah bersalin secara ceaseran dua kali. Apa yang mak selalu pesan ialah "jangan ambil barang-barang berat walaupun lepas setahun bersalin". 

Kak Azizah terpaksa berpantang sendiri dirumahnya. Maka cabaran yang dialaminya tentunya lebih banyak selepas bersalin. Apabila kita sakit, hanya satu yg dipohon "cepatlah sembuh". Bagaimana nak cepat sembuh? Pertama sekali semestinya kita kena mohon dariNya untuk kesembuhan dan selepas itu perlulah berikhtiar. Alhamdulillah, Kak Azizah telah terbuka hati untuk berikhtiar dengan Set Bersalin Shaklee dan beliau sangat excited dengan kesan dan perubahan ketara yang dialaminya selepas pengambilan hanya dalam tempoh lebih kurang 2 minggu.

"tak rugi beli mahal-mahal. saya start amik awal dec haritu. memang dapat rasa kesan dia. memang betul seperti apa yang orang-orang cakap di blog dan fb. saya berpantang di rumah sendiri, saya rasa cergas, petang tidak rasa mengantuk, saya boleh buat kerja rumah dah lani. tak rasa sakit dah. tempat czer pun dah kering elok" -Kak Azizah-


Mungkin ada di antara anda yang membaca entry Fuzza ini sedang mencari Set Bersalin yang sesuai. Maybe tengah survey-survey. Apa yang Fuzza ingin kongsikan, pertimbangkanlah untuk menggunakan Set Bersalin Shaklee ini. Ianya bukan sahaja tahan lama (sehingga 6bulan), namun ianya adalah supplemen yang diperlukan oleh badan kita selepas bersalin. Setiap satu daripada vitamin ini sangat-sangat diperlukan oleh badan kita selepas bersalin selain daripada mengamalkan diet makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu, Set Bersalin ini juga sesuai diamalkan sejurus selepas bersalin normal ataupun pembedahan. 

Jagalah kesihatan tubuh badan kita sebaiknya selepas bersalin kerana ia memerlukan pemulihan daripada dalaman. Kesan kekurangan vitamin ini mungkin anda tidak akan nampak serta merta, namun apabila usia meningkat bermacam-macam penyakit terutama sakit belakang akan mula menghantui diri kita.

Kelebihan Set Bersalin Shaklee bukan hanya omongan kosong tau!!!


Jikalau anda perlukan khidmat dan nasihat, jangan segan silu untuk hubungi Fuzza seperti dibawah ini k. 

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

INGIN TAHU PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN SELEPAS BERSALIN SEHINGGA BADAN MENJADI RINGAN??

PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN SELEPAS BERSALIN & SEMASA HAMIL




Adalah normal bagi ibu selepas bersalin akan mengalami masalah angin yang teruk. Fuzza pun mengalami  masalah yang sama. Bukan sahaja selepas bersalin namun sejak mengandung lagi Fuzza mengalami masalah angin yang teruk. Kadang kala rasa sesak nafas. Makanan yang berangin seperti ubi kayu, pulut, kobis dan lain-lain fuzza cuba elakkan...(tapi kdg kala tangan n mulut gatal nak makan jugak..hehe). Namun mak Fuzza sentiasa ada penyelesaiannya...nak tahu apa dia??

Haaa.....ini dia. HALIA. 



Hanya dengan halia, hilang segala angin kus-kus dalam badan tau!! =) Inilah petua Fuzza buang angin dalam badan. Semasa hamil, bila rasa macam senak-senak je perut mak mesti akan buatkan air rebusan halia. Kemudian Fuzza akan tambahkan sedikit gula dan minum panas-panas. Rasanya sedap tau. Ala-ala air berkarbonat ginger ade tu. Tapi takde gas laa...=) 


Selepas bersalin pula, maknanya dalam pantang lah kan, mak Fuzza akan tumbuk halia dan ambil jus perahan halia tadi. Campurkan dengan sedikit madu dan minum dengan perut kosong. Selepas itu, tunggulah segala angin kus-kus keluar dari badan k...hehe!!

Walapun sesudah habis pantang, Fuzza masih amalkan pengambilan halia ini sampai sekarang. Bila rasa macam senak perut or rasa badan macam berat sahaja Fuzza akan tumbuk sedikit halia, rendam dalam air panas sebentar. Kemudian tambahkan sedikit madu dan perah sedikit lemon. Minum panas-panas sangat sedap.



Alhamdulillah, hanya dengan halia mampu membuang angin dalam badan, bukan sahaja selepas bersalin, namun ia boleh diamalkan oleh semua. Dan bila Fuzza rasa malas nak buat air halia, senang sahaja. Shaklee ada satu produk tau, PeppermintGinger Plus. Ia semulajadi daripada halia dan daun pudina. Senang sahaja, Fuzza hanya buka tutup botol dan telan....=) Kalau ada diantara anda yang malas mcm Fuzza dan mempunyai masalah angin dalam badan bolehlah hubungi Fuzza k!! Hehehe...


Selain itu, boleh amalkan doa ini sebagai salah satu cara kita ikhtiar. Info ini Fuzza dapat dari rancangan di TV yang dikongsikan oleh Ustaz Shahran.

Doa Buang Angin Dalam Badan



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

KHASIAT AIR BARLI YANG TAK PERNAH ANDA SANGKA!!

KHASIAT AIR BARLI | MENURUNKAN KOLESTROL | MASALAH KENCING KOTOR



Pernah merasai air barli?? Mungkin air barli adalah minuman favorite ada diantara anda...betul tak? Actually, Fuzza pun suka Air Barli. Pagi tadi pun baru rebus barli dan minum bersama sedikit brown sugar dan juga lemon. Sedap tau!! Kadang kala Fuzza mix bersama madu juga. Boleh diminum panas atau sejuk. Bagi anda yang belum pernah merasainya, hari ini Fuzza nak share kenapa anda perlu minum air barli??

Untuk pengetahuan, barli actually adalah sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat iaitu serat mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Apa yang menarik disini, Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini tau!! 

Bagi anda yang sedang mencari jalan untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah, ada berita baik buat anda tau. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat telah membuktikan serat daripada barli ini dapat merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut pula adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Selain itu, air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. So, bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga. Ia juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam. 

Sekarang ini kan musim cuaca panas, so siapa nak join Fuzza minum air barli ?? Cara nak buatnya dirumah pun senang sahaja. Anda cuma perlu membeli bijirin barli. Banyak dijual di pasaraya atau kedai runcit. Kalau dapat cari yang organik lagi bagus. Fuzza memang beli yang organik. kemudian cuci barli dan isikan air filter. Rebus diatas api bersama daun pandan untuk dapatkan bau yang wangi. Kemudian bila barli dah kembang dan empuk bolehlah tutup api. Bila nak minum boleh tambah dengan gula jika suka. Bagi pesakit kencing manis, lebih baik elakkan gula. 

Jom minum air barli yok!!  =)






Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

PANCAKE OATS, SNACK LAZAT UNTUK KANAK-KANAK

Mesti ramai mommies yang pening kepala memikirkan nak masak apa untuk anak-anak kan? Bila gigi anak dah penuh, macam-macam jenis juadah boleh kita masak untuk anak-anak dan keluarga kan. Salah satu hobby Fuzza ialah memasak. Dan sekarang ini apabila menjadi WAHM dan bekerja dari rumah, salah satu aktiviti utama adalah memasak. Air tangan ibu dan isteri ni kan pengikat kasih sayang suami dan anak-anak..betul tak?? huhu...

So, untuk sarapan semalam Fuzza telah mencuba sesuatu yang baru. Oats Pancake. Oats adalah salah satu cereal berkhasiat. Oats kaya dengan Fiber dan bagus untuk menurunkan paras kolestrol. Sesiapa yang sedang berdiet pun sesuai mengambil oats. Pancake ni memang kegemaran Fuzza dan Sayf. So, alang-alang buat untuk Sayf, mummy dan papa boleh laa tumpang sekali..huhu

Jom, Fuzza kongsikan resepinya. Ianya sangat mudah. Sekejap jaa dah siap tau.



Bahan-Bahannya

1/2 cawan oats
1/2 cawan air panas

1/2 cawan tepung wholemeal (boleh juga diganti dengan tepung gandum)
1 biji telur
3/4 cawan fresh milk
1/2 sudu serbuk penaik
1/2 sudu garam
1/2 sudu esen vanila

Cara Membuatnya

Masukkan oats dan air panas dalam satu mangkuk dan biarkan sebentar. Dalam mangkuk asing campurkan semua bahan-bahan lain sehingga sebati. Kemudian tuangkan oats tadi dan kacau rata. Selepas itu biarkan adunan sebentar lebih kurang 15minit. 

Panaskan kuali non-stick. Sapukan hanya sedikit minyak. Fuzza gunakan minyak olive. Sendukkan adunan ke kuali dan masak diatas api kecil. Setelah masak, sapukan butter dan juga jem strawberi.



Oleh kerana Sayf adalah peminat tegar Nutella, Fuzza sapukan Nutella untuk dia...huhu Hero makan sampai empat keping.....alhamdulillah!!! Happy bila kita masak dan anak-anak enjoy makan.

Selamat mencuba!!!


Ingin dapatkan lebih banyak koleksi resepi dari Fuzza boleh lawat www.dapurmummyzara.com

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

PENGEDAR SAH SHAKLEE KEMAMAN, CHUKAI DAN KUALA TERENGGANU

Salam sayang semua...

Hari ini Fuzza nak perkenalkan kawan Fuzza yang comel, Norjarina atau nama manja Ina. Jangan tak percaya, secomel-comel Ina ni, adalah seorang ibu tau. Ina adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah. Beliau memlih untuk menjaga anak dirumah, sambil berbisnes Shaklee secara online. 

Bermula kisah Ina dan Shaklee adalah apabila beliau mencuba Set Hamil dan sangat berpuas hati. Kemudian terus join menjadi ahli dan sangat komited dan konsisten dalam berkongsi kebaikan produk Shaklee ini kepada umum. Alhamdulillah Ina adalah seorang leader yang hebat dan mempunyai empayar sendiri dibawah susur galurnya.

So,bagi anda yang berminat ingin dapatkan produk Shaklee secara terus, ala-ala "face to face" gitew, boleh lah contact Ina seperti dibawah ya::



SMS/Whatsapp : 019-9685187
COD Area : Kemaman, Bandar Chukai, Teluk Kalong, Kijal, Binjai, Geliga, Chendor, Kuala Terengganu dan kawasan berdekatan.


Anda berminat ingin menyertai group Shaklee yang best?? Hubungi Fuzza segera!! In Shaa Allah Fuzza akan membantu dan guide anda sehingga berjaya.

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"