PANCAKE OATS, SNACK LAZAT UNTUK KANAK-KANAK

Mesti ramai mommies yang pening kepala memikirkan nak masak apa untuk anak-anak kan? Bila gigi anak dah penuh, macam-macam jenis juadah boleh kita masak untuk anak-anak dan keluarga kan. Salah satu hobby Fuzza ialah memasak. Dan sekarang ini apabila menjadi WAHM dan bekerja dari rumah, salah satu aktiviti utama adalah memasak. Air tangan ibu dan isteri ni kan pengikat kasih sayang suami dan anak-anak..betul tak?? huhu...

So, untuk sarapan semalam Fuzza telah mencuba sesuatu yang baru. Oats Pancake. Oats adalah salah satu cereal berkhasiat. Oats kaya dengan Fiber dan bagus untuk menurunkan paras kolestrol. Sesiapa yang sedang berdiet pun sesuai mengambil oats. Pancake ni memang kegemaran Fuzza dan Sayf. So, alang-alang buat untuk Sayf, mummy dan papa boleh laa tumpang sekali..huhu

Jom, Fuzza kongsikan resepinya. Ianya sangat mudah. Sekejap jaa dah siap tau.



Bahan-Bahannya

1/2 cawan oats
1/2 cawan air panas

1/2 cawan tepung wholemeal (boleh juga diganti dengan tepung gandum)
1 biji telur
3/4 cawan fresh milk
1/2 sudu serbuk penaik
1/2 sudu garam
1/2 sudu esen vanila

Cara Membuatnya

Masukkan oats dan air panas dalam satu mangkuk dan biarkan sebentar. Dalam mangkuk asing campurkan semua bahan-bahan lain sehingga sebati. Kemudian tuangkan oats tadi dan kacau rata. Selepas itu biarkan adunan sebentar lebih kurang 15minit. 

Panaskan kuali non-stick. Sapukan hanya sedikit minyak. Fuzza gunakan minyak olive. Sendukkan adunan ke kuali dan masak diatas api kecil. Setelah masak, sapukan butter dan juga jem strawberi.



Oleh kerana Sayf adalah peminat tegar Nutella, Fuzza sapukan Nutella untuk dia...huhu Hero makan sampai empat keping.....alhamdulillah!!! Happy bila kita masak dan anak-anak enjoy makan.

Selamat mencuba!!!


Ingin dapatkan lebih banyak koleksi resepi dari Fuzza boleh lawat www.dapurmummyzara.com

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment