2 PUNCA UTAMA JAUNDICE DAN KETAHUI BAYI MANA YANG LEBIH BERISIKO TERKENA DEMAM KUNING

PUNCA UTAMA JAUNDICE DAN BAYI MANA YANG BERISIKO MUDAH KENA DEMAM KUNING





Kesiankan kalau baby kita baru lahir kena jaundice dan yang lebih kesian bila anak kita terpaksa tinggal di wad sementara waktu tetapi kita pula dah boleh discharge. Susah nak breastfeeding dan macam-macam lagi masalah yang terpaksa kita lalui.

Namun tahukah kita apakah punca utama anak kita kena jaundice atau demam kuning ini? Biasanya sejurus selepas melahirkan doktor akan memeriksa bayi. Dan kebiasaanya pada hari kedua dah boleh detect samada bayi terkena jaundice atau pun tidak. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran.




Apa Itu Jaundice atau Demam Kuning?


Jaundice ni berasal dari perkataan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini tidak larut air, so ia akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (sebab tu air kencing warna kuning) dan sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu.

Biasanya dua hari selepas lahir dah boleh detect samaada bayi menghidap jaundice atau tidak dan kemudian ia akan hilang selepas beberapa hari.


2 Punca Utama Bayi Mengalami Demam Kuning


Kenapa kebanyakan bayi yang baru lahir ini boleh terkena penyakit kuning? 

1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)

Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.

2. Hati bayi

Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.

Apakah Penyebab Lain?


Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kena demam kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).

Antara sebab-sebab lain pula adalah:


  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Alhamdulillah sekarang mommies dah tahu kan apa punca bayi anda boleh terkena Jaundice atau penyakit kuning ni. In Shaa Allah kita doakan yang terbaik untuk semua dan permudahkan. Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat boleh SHARE buat rakan-rakan mommies yang lain na!


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
________________________________________________________________




Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa
Pengedar Sah Shaklee Anda 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

No comments:

Post a Comment