6 TIPS ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN

PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN ADALAH KERISAUAN IBU-IBU


tips atasi strecmark


Perut buncit selepas bersalin adalah kerisauan setiap mommies selepas bersalin. Mana tak nya masa anak dara pinggang ramping perut slim kebaya muat. Lepas bersalin semuanya jadi serba tak kena dan baju kebaya tergantung saja dalam almari. Tapi mommies janganlah terlalu fikirkan mengenai perubahan fizikal yang bersifat sementara itu. Dengan usaha dan cara yang betul, perubahan fizikal semasa anak dara itu Inshaa Allah boleh anda dapat semula. Yang penting kena ada usaha, kemahuan dan displin. Disini Fuzza kongsikan sedikit tips yang mungkin dapat membantu mommies utk mengatasi masalah perut buncit yang dialami.


1. Menyusukan Bayi Selama 2 tahun


Sedia maklum, menyusukan bayi selama 2 tahun adalah sesuatu yang dituntut. Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu ya. Nak tahu kenapa? Selain daripada khasiat yang tiada tandingan buat bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Walapun dalam tidur, mommies masih dapat membakar kalori tau. Amazing!

2. Berbengkung dalam pantang



Image result for bengkung moden


Berbengkung ini adalah antara amalan yang semakin dilupakan. Ramai mommies zaman sekarang malas hendak pakai bengkung ketika berpantang kerana dikatanya leceh dan merimaskan. Fuzza akui ia agak melecehkan namun ia dapat membantu mommies mendapatkan semula perut yang kempis tau dengan pemakaian cara yang betul. Namun sekarang terdapat banyak design bengkung moden yang lebih senang dipakai dan boleh juga menjadi pilihan mommies.

3. Bertungku 



bengkung

Bertungku adalah amalam tradisional yang diamalkan kebanyakan kaum didunia ini. Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin. Bertungku merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim. Bertungku ini tidaklah sesusah mana, mommies nak buat sendiri pun boleh. Yang penting kena rajin sikit 😊


4. Jaga Diet Pemakanan 


Walaupun kita sebagai ibu yang menyusu, janganlah kita beri alasan yang kita makan untuk dua orang ya. Bukan pula kita berdiet berlebihan sampai tak makan nasi dan tiada tenaga. Itu cara dan teknik yang salah. Amalkan teknik "eat clean", seimbangkan segala nutrien dalam setiap hidangan makanan. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Ibu menyusu sebaliknya perlu mengambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot dan memberi tenaga. Boleh juga memperbanyakan makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.


5. Bersenam


Aktiviti senaman sangat membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Mommies boleh melakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Dan yang paling utama adalah konsisten dan displin dalam bersenam! 😛

6. Detoks


Detoks boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah dan sayuran. Ia amat penting untuk membuang lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut. Fuzza mengamalkan supplemen Garlic dan Alfalfa utk proses detoks secara konsisten. Inshaa Allah ia dapat membantu dalam proses menyingkirkan lebihan toksin di usus dan mengempiskan perut.




Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


-Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.-


No comments:

Post a Comment