PENGHIDAP PCOS MASIH BERPELUANG UNTUK HAMIL. NAK TAHU RAHSIANYA??


APAKAH ITU PCOS? | CARA RAWATAN DAN MENGATASI PCOS UNTUK BERJAYA HAMIL





Antara masalah yang Fuzza sering kali dapati adalah customer yang mengalami PCOS. Dan mereka seringkali runsing dengan sindrom yang dihadapi kerana sukar untuk hamil. Apakah itu PCOS sebenarnya? Fuzza kongsikan sedikit info yang  diperolehi daripada majalah yang dibaca siang tadi. Semoga dapat membantu anda dan kenalan yang menghidapi masalah ini.

Apakah itu PCOS?




Nama panjang untuk PCOS ini sebenarnya adalah Sindrom Ovari Berpolisistik. Kebiasaannya setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran. Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

Namun bagi wanita yang mengalami PCOS, ovari akan membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk kesukaran untuk hamil.

Sejak kebelakangan ini, wanita yang menghidap PCOS semakin meningkat. Namun punca sebenarnya masih belum dikenalpasti. PCOS ini adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. 

Antara Simptom Penghidap PCOS


1. Haid Tidak Teratur

Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk untuk anda ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya kalau anda yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti

Peningkatan berat badan secara mendadak adalah salah satu simptom PCOS juga. Ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism

Kalau anda perasan, ada segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Keadaan  ini biasa terjadi apabila terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan

Masalah sebegini akan terjadi apabila telur/ovum tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain

Bahagian kulit tertentu akan berwarna gelap, kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Perlu diingati, selain daripada masalah ketidaksuburan, penghidap PCOS juga berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Cara Rawatan Penghidap PCOS


Sindrom PCOS ini boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang arauntuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Penghidap PCOS 


Disamping anda mendapatkan rawatan daripada doktor di hospital, anda juga boleh mengamalkan supplemen GLA Complex yang sangat bagus untuk wanita. Ianya hanya daripada sumber tumbuhan iaitu dari minyak borage. Dan GLA Complex ini memang telah terbukti dapat membantu wanita yang mempunyai pelbagai masalah termasuk PCOS.


Antara kebaikan GLA Complex ini ialah:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf

Testimoni Penghidap PCOS Berjaya Hamil


Ini adalah antara testimoni penghidap PCOS yang berjaya hamil dengan izinNYA. Kita hanya berusaha dan ikhtiar sebanyak mungkin. In Shaa Allah akan ada rezeki dan sinar harapan. Yang penting anda jangan berlengah lagi untuk mendapatkan rawatan dan berusaha sebaiknya. 

Klik Sini untuk lebih banyak lagi TESTIMONI BERJAYA HAMIL


TUNGGU!!!!


Masih ada sesuatu yang istimewa buat anda bulan ini. Dengan setiap pembelian 2 botol GLA COMPLEX anda akan mendapat diskaun dan penjimatan sebanyak 5%. Jangan bertangguh untuk mendapatkan hasil yang cepat, In Shaa Allah.


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment