MAKANAN PUNCA PERUT BUNCIT | TIPS ATASI PERUT BUNCIT
PERUT BUNCIT??? Siapa kat sini perutnya buncit? Cuba angkat keyboard sikit...hehe!! Perut buncit ni nampak seperti biasakan? Seperti sesuatu yang normal. Terutama sekali bagi lelaki iaitu sang suami, ia kelihatan lebih jelas. Namun lama-kelamaan apabila perut semakin membesar ia akan memberi sedikit sebanyak impak juga. Terutama apabila seluar menjadi semakin ketat dan setiap tahun saiz seluar meningkat. Ngeriii kan!!!
Kalau anda nak tahu, salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh pemakanan seharian kita. So, dalam entry kali ini Fuzza nak kongsikan dengan anda antara jenis makanan yang menjadi faktor dan penyebab kepada perut buncit anda. Maka, jenis-jenis makanan ini perlulah dikawal dari segi pengambilannya. Janganlah kita ambil secara berlebihan kerana bila diambil secara berlebihan maka perut akan semakin membuncit....uwaaa!!
JENIS MAKANAN PUNCA PERUT BUNCIT
1. Pemanis Buatan atau Artificial Sweetener
Apa benda ni? Kalau anda nak tahu pemanis buatan ini terdapat dalam kebanyakkan makanan dan minuman yang diproses terutama dan air berkarbonat. Pemanis buatan ini adalah daripada gabungan bahan kimia untuk mempertajamkan rasa manis. Terdapat juga beberapan jenis zat pemanis yang bersifat karsinogen iaitu zat punca kanser.
2. Gula Pasir
Gula adalah item wajib dirumah kita. betul tak? Namun pengambilannya perlu dikawal. Badan kita perlu gula, jikalau tidak kita akan menghidap penyakit HipoGlycemia. Namun jikalau diambil secara berlebihan bukan sahaja penyebab perut buncit malah boleh menjadi punca penyakit diabetes. (Klik sini untuk cara atasi diabetes)
3. Cheese atau Keju
Biasakan makan keju?? Keju ini bagus sebenarnya kerana kaya dengan kalsium namun ia tidak boleh diambil terlampau banyak kerana ia mengandungi cukup banyak lemak dan sukar untuk dicerna. Apabila sukar untuk dicerna, lemak-lemak tersebut akan tinggal didalam tubuh kita dan menjadi salah satu punca perut anda buncit.
4. Roti
Adalah lebih baik jikalau kita dapat mengamalkan wholemeal bread kerana kandungan kalori adalah lebih rendah berbanding roti putih. Selain itu, terdapat juga bahan tambahan lain seperti gula dan pati yang boleh menjadi punca lemak terbentuk diperut kesayangan itu...huhu
5. French Fries
Mesti makanan ini favorite anda semua kan?? Terutama kalau pergi fastfood restaurant seperti KFC, Burger King n etc. Actually kentang goreng ini adalah antara makanan yang tidak berkhasiat dan kaya dengan lemak kerana ia digoreng didalam minyak yang banyak dan kentang akan cepat menyerap minyak apabila dimasak. Maka kurangkanlah makan french fries ni ya!!
6. Alkohol
Alkohol sudah semestinya benda yang memang haram untuk kita sebagai muslim. Alkohol ini lebih banyak mendatangkan mudaratnya daripada kebaikan. Pengambilan alkohol akan meningkatkan hormon stress dan memberhentikan proses tubuh dalam membakar lemak.
7. Karbohidrat putih
Terdapat pelbagai jenis karbohidrat putih yang biasa kita makan seperti nasi putih, pasta, dan roti putih yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Adalah lebih baik jikalau kita bertukar kepada beras perang dan wholemeal bread kerana indeks glisemiknya yang rendah.
8. Lemak
Lemak terbahagi kepada dua jenis, lemak baik dan lemak jahat. Badan kita memerlukan lemak baik ini dan perlu menghindari lemak jahat. Contoh lemak baik adalah minyak ikan. Ia bagus untuk perkembangan otak (rujuk entry bukan semua lemak buruk belaka). Selain daripada itu, cara kita memasak juga perlu dititikberatkan. Banyakkan masakan grill, rebus, stim daripada menggoreng bagi mengurangkan pengambilan minyak.
9. Makanan yang diproses
Processed food adalah antara makanan yang digemari ramai sejak kebelakangan ini. Contoh seperti makanan dalam tin atau kotak ia akan dicampurkan dengan pelbagai bahan pengawet tiruan (bahan kimia) untuk tahan lama. Makanan jenis sebegini mempunyai kalori yang tinggi namun hampir tidak memiliki apa-apa khasiat atau nutrien. Maka elakkan atau kurangkan daripada pengambilan makanan jenis ini ya!
10. Daging yang diproses
Processed meat seperti burger, hotdog, nugget dan etc juga termasuk dalam salah satu punca penyebab perut semakin membuncit. Selain itu, ia akan meningkatkan kolestrol dalam badan dan tekanan darah tinggi.
Selain daripada menjaga pemakanan seharian, anda juga boleh mengamalkan supplemen OmegaGuard Shaklee untuk membantu mengatasi masalah perut buncit ni. Seperti Puan Mariana ni, beliau hadiahkan OmegaGuard untuk suami yang mempunyai masalah perut buncit. Alhamdulillah setelah mengamalkan selama 3bulan dan bersenam sedikit, perut sudah seperti zaman sebelum kahwin tau!! haaa.....bila anda nak hadiahkan buat diri sendiri atau suami pulaa???
Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment