RESEPI PUDING JAGUNG | MAKANAN SEMASA MUSIM PANAS
Semalam Fuzza ada upload video diatas di instagram #mummy_sayf dan ramai pulak yg tertanya-tanya apa yang Fuzza duk masak tu kan....hehe. Sebenarnya Fuzza buat Puding Jagung yang dah lama diidamkan. Alhamdulillah...hari ini Fuzza berkesempatan untuk memasak Puding Jagung yang telah menjadi idaman kalbu dari mengandung haritu. Tapi tak sempat nak membuatnya.
Resepi ini Fuzza ambil dari buku resepi mak Fuzza zaman dulu-dulu tau. Ala-ala resepi pusaka gitu....sebab buku resepinya pun dah mcm antik dah warnanya. Hehe....
RESEPI PUDING JAGUNG
Bahan A
1 paket Agar-agar
2 gelas gula
Bahan B
1 tin susu cair
1 tin jagung cream
2 biji kuning telur
4 susu tepung kastard
Cara Membuatnya
Masak bahan A diatas api hingga cair. Dalam mangkuk asing masukkan semua bahan B dan kacau rata. Jangan bagi tepung kastard menjadi berketul. Selepas bahan A larut, masukkan bahan B secara perlahan sambil teruskan mengacau tanpa berhenti.
Part ini kena berhati-hati sikit sebab kalau tekniknya salah puding boleh jadi berketul-ketul. So, bila adunan dah agak pekat boleh lah tutup api dan tuangkan dalam loyang.
Sejukkan sebentar diluar dan bolehlah disimpan didalam peti ais. Jangan lupa potong sebelum anda makan tau...hehe =) Selamat Mencuba!!!
Credit: www.dapurmummyzara.com
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment