TAMBAH SUSU IBU DENGAN POWER PUMPING
Salam sayang mommiesss.....
Di hari yang indah ini, Fuzza nak kongsikan satu rahsia. Haa...nak tahu rahsia apa hari ini?? Inilah rahsia dan tips untuk tambah susu ibu. Tips ini memang saya sendiri amalkan semasa menghadapi masalah dalam penyusuan anak pertama saya yang comel and nauty, Sayf yg skrg sudah berusia 2thn.
Tips yang Fuzza nak kongsikan hari ini adalah TEKNIK POWER PUMPING. Mungkin dah ramai mommies yang tahu atau pernah mendengarnya namun tak tahu cara power pumping yang betul. So, hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu penyusuan yang saya sendiri praktikkan dalam journey as breastfeeding mother =)
APAKAH ITU TEKNIK POWER PUMPING ?
Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi mommies semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu.
SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING INI?
- Ibu yang kekurangan susu badan - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
- Ibu yang ingin relaktasi - menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
BAGAIMANA CARA UNTUK MELAKUKAN TEKNIK POWER PUMPING YANG BETUL?
MENGGUNAKAN SINGLE PUMP
Power Pumping Single Pump |
Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.
MENGUNAKAN DOUBLE PUMP
Power Pumping Double Pump |
Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua-dua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.
BILA SAYA PERLU LAKUKAN POWER PUMPING INI?
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Disarankan power pumping ini dilakukan sehari sekali.
BERAPA LAMA SAYA BOLEH NAMPAK KESAN/PERUBAHAN PADA PENGELUARAN SUSU?
Ini adalah antara soalan hot yang sering ditanya oleh mommies kan? Kalau boleh dalam masa 1 jam tu nak dapat terus 10oz susu..betul tak??
Perlu diingat bahawa tiada magik dalam apa jua tips yang anda buat untuk menambah susu badan. Semuanya memerlukan masa. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping ini. Sekurang-kurangnya dalam masa 1-2minggu mommies akan dapat hasil yang superb!! =)
Walaupun pada hari pertama mencuba power pumping ini mommies hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Apabila semakin banyak demand susu pun akan semakin banyak.
Dan kunci utama banyakkan berdoa. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan rezeki susu ibu itu kepada anak kita. Antara zikir yang boleh diamalkan Ya Wahhab, Ya Razaq dan Ya Mattin semasa mengepam.
Semoga perkongsian Fuzza ini dapat membantu mommies mendapatkan sweet memories of breastfeeding journey....selamat mencuba, yang penting jangan putus asa k!!
Sebelum terlupa, Fuzza nak kongsikan testimoni ibu-ibu hebat yang tabah melakukan Teknik Power Pumping ini dan dalam masa yang sama mengamalkan SET PENYUSUAN SHAKLEE...
Testimoni Ibu Menyusu Set Penyusuan Shaklee |
"Alhamdulillah berkat makan set penyusuan shaklee dan Power Pumping hasilnya sangat puas..gambar dibawah adalah perahan kali ke-2 dah dapat hampir 7oz dan hasil perahan setiap hari boleh mencapai 28oz dengan mudah..berbanding sebelumnya hanya mendapat 10-12oz sehari syukur pada Allah atas rezeki yang diberi..Thanks ayu introduce set 3M pada ct.."
Testimoni 2
"baru beberapa hari mencuba set penyusuan shaklee...susu yang dah kering mula dah keluar setitik dua, dalam proses kuatkan lagi buat Power Pumping mudah-mudahan susu kembali banyak macam sebelum ini...InsyaAllah, bagus jugak shaklee ni selalu makan banyak vitamin tentu akan cepat lapar je dan masalah sembelit tapi dengan vitamin shaklee semua lancar..perut pun terasa kenyang..harap-harap dapat la kuruskan badan nanti.. =))"
Testimoni 3
"Alhamdulillah lepas 4hari buat Power Pumping dan 2minggu amik Set B, arini 1st session pumping kat office dapat almost 7oz"
Jika mommies mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mencuba set penyusuan shaklee bagi membantu dan menyokong penyusuan boleh berhubung terus dengan saya, Fuzza Nissa pengedar sah shaklee anda!!
Dapatkan tips-tips hebat penyusuan disini::
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment