Esok 1 Ramadhan, bermulalah bulan puasa bagi sekalian umat Islam. Bagi orang biasa mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi bagi ibu menyusu perlulah mengambil langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan diri tip top dan pengeluaran susu tidak terjejas.
Bolehkah berpuasa semasa menyusu?? Sememangnya boleh. Tetapi anda tidak diwajibkan berpuasa dibulan Ramadhan. Ini adalah kelonggaran yang diberikan dalam Islam sepertimana orang yang sedang sakit dan bermusafir. Namun begitu, keputusan samaada untuk berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara dan usia bayi menjadi pertimbangan utama. Memang ada perbezaan jika hendak dibandingkan bayi yang kecil dan hanya bergantung kepada susu ibu dengan bayi yg berusia setahun yang sihat dan sudah memulakan solid food lain.
ADAKAH BERPUASA SEMASA MENYUSUKAN ANAK MEMBAHAYAKAN IBU?
Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.
Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
- anda rasa sangat dahaga;
- air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
- anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
- anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Tidak mahu terhidrat dengan cepat? Pastinya Performance Drinks menjadi pilihan =)
Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah.
Pilihan yang menjadi rebutan para ibu menyusu dan menjadi item wajib bersahur sudah tentunya ESP Soy Protein. Ia sumber protein terbaik membantu penyusuan dan mempunyai indeks glicemik yang lebih rendah dari brown rice iaitu 39.
Selamat berpuasa!!! =)
credit: baby center
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
No comments:
Post a Comment