TIPS ATASI MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU



Breastfeeding journey adalah sesuatu yang tidak boleh diterangkan dengan perkataan sehinggalah kita sendiri melaluinya secara praktikal. Ia adalah kenangan yang sangat indah antara seorang ibu dan anak. Ia adalah salah satu cara untuk  "create bonding" antara ibu dan anak.

Pelbagai masalah juga akan dilalui oleh ibu dalam proses penyusuan. Dan masalah yang dialami setiap ibu adalah berbeza. Di sini mummysayf ingin kongsikan 3 masalah utama yang lazim dilalui oleh ibu menyusu dan sedikit tips bagi mengatasinya.

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU


1. PUTING LUKA

Ramai ibu mendapati puting mereka akan merasa kurang selesa beberapa hari selepas memulakan penyusuan. Ini boleh dicegah dengan memastikan bayi dilekapkan dengan betul semasa penyusuan.

Selepas menyusukan bayi, sapukan sedikit susu ibu yang diperah ke atas payu dara anda untuk melegakan kepedihan. Anda juga boleh memakai "kelompang payu dara: (breasts shells) untuk mengelakkan puting daripada bergesel dengan baju.

2. KETULAN SAKIT



Duktus susu yang tersumbat akan menyebabkan terjadinya ketulan yang terasa sakit didalam payu dara. Sebelum dan semasa menyusukan bayi, urut perlahan-lahan ketulan itu ke bawah ke arah puting. Sebelum menyusukan bayi, anda juga boleh tuam bahagian itu. Pastikan juga baju dalam anda tidak terlalu ketat.

3. JANGKITAN PAYU DARA (MASTITIS)


Mastitis ialah payudara yang terasa sakit atau terdapat ketulan dan disertai dengan simptom-simptiom seperti flu dan kadang kala demam. Segera berjumpa doctor anda jika anda rasa anda menghidap mastitis. Sementara itu, anda tidak perlu berhenti menyusukan bayi.

Happy breastfeeding mommies!!!


KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN SUPPLEMEN PENYUSUAN SHAKLEE TERUS SECARA ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT ATAU CREDIT CARD : 


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

1 comment: