RESEPI NASI ARAB MOGHDUT YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI NASI ARAB YANG MUDAH | MASAK DARI HATI

Dalam entry kali ini Fuzza nak kongsikan dengan anda semua satu resepi yang sedap dn mudah dari timur tengah. Sekarang ini perasan tak banyak betul restaurant makanan arab seperti cendawan tumbuh especially di KL. Dan Fuzza pun salah satu fans of nasi arab ini. Dan kalau nak ikutkan restaurant favorite Fuzza ialah KABABJI GRILL yang bertempat di Kota Damansara. Alhamdulillah mmg sangat sedap nasi arab disitu dengan rasa yang menepati selera tekak dan harga pun berpatutan.

Namun, di Penang ini belum lagi jumpa dengan nasi arab yang menepati selera tekak. Jadinya Fuzza pun beraksilah di dapur MasterChef untuk menyediakan Nasi Arab Moghdut untuk family. Actually, mudah sahaja cara nak memasaknya, Dan juga murah kalau kita masak sendiri compare dengan makan di restaurant. Cumanya kita perlu meluangkan sedikit masa utk memasak dan perlu diingat memasak adalah cara nak ikat perut suami tau!! =)

Ok! Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasak Nasi Arab Moghdut yang cepat dan mudah ini.

Resepi Nasi Arab Moghdut Ayam


Bahan-bahan dan Cara Membuatnya




Perapan Ayam

1 ekor ayam
1 1/2 sudu besar rempah nasi arab 
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inch halia (dikisar)
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar paste tomato
1 sudu besar serbuk cili

Perapkan ayam dengan bahan-bahan diatas dan perap selama setengah jam atau lebih lama lebih sedap. Kemudian panaskan oven 180 celcius. Letak ayam diperap tadi diatas aluminium foil dan bakar ayam selama 1 jam. Terbalikkan ayam selepas setengah jam. Simpan lebihan minyak yang keluar dalam proses memanggang ayam ini.

Nasi Moghdut

400 gm beras basmathi 
1 btg kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji cengkih 
1 biji lumi
2 ulas bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar rempah nasi arab
2 sudu besar paste tomato
600ml air
2 btg cili merah
garam secukupnya
minyak zaitun utk menumis

Cuci dan rendam beras selama 30minit. Tuangkan sedikit minyak zaitun dalam rice cooker dan masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih sehinggau naik bau. Kemudian masukkan rempah arab dan tomato paste. Masukkan air dan garam dan biarkan ia mendidih. Masukkan beras yang telah ditoskan airnya bersama cili merah tanpa dipotong. Tanak nasi sehingga 80% masak kemudian tuangkan lebihan minyak yang keluar dari ayam yang dipanggang tadi dan gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah dan masak sehingga 100% masak.

Sos Tomato Cili

2biji tomato
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lemon jus
4 btg cili padi
Daun ketumbar
Garam

Kisar bahan-bahan diatas tanpa air sehingga halus.

Salad Arab

2 biji tomato
1 btg lucini/ timun jepun
1 ulas bawang besar
Daun Ketumbar
Minyak zaitun
Garam
Jus lemon
Lada hitam

Potong dadu semua bahan diatas dan perasakan bersama minyak zaitun, garam, jus lemon dan lada hitam.

Sedia untuk dihidang. Memang sangat mudah dan Fuzza hanya mengambil masa dalam sejam stgh untuk memasaknya. Itu pun sebab masa untuk memanggang ayam itu sedikit panjang. Tapi hasilnya sangat walllaaaahhhh dan memuaskan hati. Jangan lupa mencubanya ya!!


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

CARA ATASI SUSAH TIDUR MALAM SEMASA HAMIL | INSOMNIA

TIPS MUDAH ATASI SUSAH TIDUR MALAM SEMASA MENGANDUNG



Susah tidur semasa hamil? Kalau anda nak tahu kebanyakan wanita hamil mengalami masalah sukar tidur di waktu malam. Fuzza pun mengalaminya semasa mengandungkan anak pertama, Sayf. Pada empat bulan pertama memang rasa nak tidur aja disebabkan morning sickness dan perubahan hormon yang mendadak. Namun selepas bulan ke-lima sehinggalah bersalin, Fuzza mengalami masalah sukar tidur di waktu malam. kalau tidak jam 3 pagi-4pagi memang susah nak lelapkan mata. 

So, adalah beberapa tips yang Fuzza buat research yang dapat membantu ibu hamil untuk cepat tertidur. Antara yang boleh anda amalkan ialah:

1. Menggunakan 'bolster' atau bantal peluk untuk memberi sokongan kepada posisi tidur kita kerana selepas trimester 1 adalah lebih baik anda tidur mengiring kerana posisi ini adalah yang terbaik untuk bayi. Maka dengan menggunakan "bolster" dapat membantu memberikan lebih keselesaan semasa tidur.

2. Masuk tidur saat anda telah berasa penat dan mengantuk. Kalau dah mengantuk jangan tahan lama-lama terus masuk tidur k!

3. Dihujung kehamilan, kita akan kerap berasa ingin membuang air kecil. Maka, kurangkan minum air di waktu petang supaya anda tidak perlu kerap ke toilet di waktu malam. Kerana bila dah bangun dari tidur pasti sukar melelapkan mata semula.

4. Kebiasaannya semasa kita hamil badan akan terasa lebih panas. Maka boleh lah anda memasang penghawa dingin pada suhu dingin sebelum anda masuk tidur. Dan jadikan suasana bilik lebih cozy dan selesa untuk tidur.

5. Dan akhir sekali sebelum tidur itu, lakukanlah perkara-perkara yang lebih santai sebelum masuk waktu tidur supaya anda cepat rasa mengantuk contoh seperti membaca buku. Dan yang penting janganlah fikir yang bukan-bukan dan rasa runsing akan hal-hal yang tidak sepatutnya.

Ooopppsss!!

Lupa!!

Anda juga boleh minum secawan susu panas sebelum tidur. Kerana didalam susu mengandungi tryptophan yang boleh membantu membuat anda tidur lebih lena.

Jika anda tak lalu minum susu, boleh lah mencuba ESP SOY PROTEIN. Ia juga mengandungi 'tryptophan' dan minuman soya yang berkhasiat untuk memberi tenaga yang berpanjangan.



Kalau tak boleh minum juga anda boleh telan OsteMatrix, ia bukan sekadar kalsium tetapi mengandungi magnesium, vitamin D dan lain-lain.



Semoga tips-tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah sukar tidur malam atau insomnia semasa hamil. Alhamdulillah, sejak dari awal kehamilan kedua Fuzza sendiri amalkan Set Hamil Shaklee dan perbezaan dapat dirasai kalau compare dengan first pregnancy. Dan masa mengandungkan baby Zara alhamdulillah tidak mengalami sukar tidur malam lagi!!!

Jikalau anda ingin dapat kan ESP dan OsteMatrix atau Set Lengkap Hamil Shaklee bolehlah berhubung terus dengan Fuzza ya... =)

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

KURANG BERAT BADAN SEHINGGA DIGELAR KEDING MACAM ISTERI POPEYE

MASALAH KURANG BERAT BADAN | UNDERWEIGHT | CARA TAMBAH BERAT BADAN




Selalunya kita dengar kebanyakan orang mengalami masalah berat badan berlebihan. Jangan anda tak tahu ya, ada yg mengalami masalah kurang berat badan juga tau dan gelaran yang biasa dikaitkan ialah kurus macam isteri popeye. Kita juga dikategorikan tidak sihat jikalau mempunyai berat badan kurang dari BMI yang sepatutnya. Maksud Fuzza disini tinggi dan berat kita perlulah ideal.

Ada beberapa punca yang menyebabkan sesetangah daripada kita ini mengalami masalah underweight dan diantaranya adalah kerana:

  • Genetik
  • Metabolisma yang tinggi
  • Kekurangan makanan (nutrien)

Ada yang berpendapat takpelah kurus asalkan jangan gemuk. Nanti dah gemuk susah pulak nak turun. Biasakan anda dengar cakap-cakap org spt ini?? Sebenarnya bila kita mengalami masalah kurang berat badan juga adalah bahaya tau. Ini kerana, berat badan rendah boleh disebabkan kekurangan vitamin. Badan memerlukan vitamin yang cukup untuk membesar dan berfungsi dengan baik dan sempurna. 

Contohnya seperti kalsium. Ia amat penting untuk pembinaan dan pembentukan tulang. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan risiko mendapat osteoporosis. Bila kita kekurangan zat besi pula boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah) dan badan akan cepat menjadi penat. Bagi wanita pula kekurangan berat badan juga boleh menyebabkan haid terhenti dan mengalami masalah kesuburan. 

AMARAN!!!


Jangan ingat orang yang berbadan besar sahaja boleh membawa kepada bermacam-macam jenis penyakit. Kalau anda terlampau kurus pun kena jaga tau!! Disini Fuzza senaraikan beberapa penyakit yang berpunca akibat daripada masalah kekurangan berat badan ini.


1. Keguguran dan masalah berkaitan kehamilan - Kajian menunjukkan wanita dengan BMI yang rendah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran pada trimester pertama. Selain itu, nausea yang berterusan juga keap berlaku kepada wanita yang mempunyai berat badan yang rendah.

2. Masalah kesuburan pada lelaki - kajian menunjukan adanya kaitan antara berat badan dan bilangan sprema. Lelaki yang mempunyai berat badan yang rendah mempunyai 33% bilangan sprema yang rendah jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai BMI yang ideal.

3. Masalah berkaitan paru-paru - Apabila umur wanita meningkat, wanita kurus (BMI rendah) mempunyai risiko mendapat penyakit pnemonia, asthma dan bronkitis. ini adalah disebabkan wanita kurus mempunyai masalah pertumbuhan hormon. Ini menyebabkan masalah mengekalkan kesihatan tisu dalam paru-paru.

4. Artiritis - individu yang kurus atau mempunyai BMI rendah menghadapi kesukaran untuk sembuh dari arthiritis. Apabila menghidap arthiritis, mempunyai 3 kali ganda keradangan berlaku di keseluruhan badan.

5. Penyakit jantung - Individu yang mempunyai BMI rendah mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mempunyai kolesterol yang tinggi dalam darah. Ini meniggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung. Adalah lebih elok untuk lemak berada dibawak kulit dari dalam darah.

6. Diabetes - Individu dengan BMI rendah mempunyai risiko 20% tinggi untuk mendapatkan diabeties type 2.

Waaa...scary nyaa!!! Jgn ingat mereka yang berlebihan berat badan sahaja boleh kena sakit jantung, kolestrol dan diabetes tau. Yg terlampau kurus pun boleh ya. So, bagaimana untuk mendapatkan berat badan yang ideal ini?? Nak tahu rahsianya?? Haaa....senang ja. Ada 2 perkara utama yang perlu anda amalkan.

1. AMALKAN DIET YANG SIHAT


- amalkan karbohidrat seperti wholemeal pasta, brown rice, kentang, lentils sebagai makan asas
- ambil 5 portion buah dan sayuran setiap hari
- pengambilan protein dari daging, ikan, kekacang 
- pengambilan kalsium yang cukup. boleh diambil daripada susu dan cheese dan ditambah dengan supplemen kalsium yang lengkap seperti ostematrix
- kurangkan saturated fat yang biasanya ada pada daging diproses, kek, biskut dsb.
- kurangkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti choclate, biskut, dan minuman ringan.

2. BERSENAM SEKERAP YANG MUNGKIN


Senaman dapat membantu menambahkan berat badan. Senaman dapat membantu terapi otot yang dapat meningkatkan jisim badan. Selain itu, senaman juga dapat membantu pembinaan otot dan peningkatan berat badan.


Dan jangan lupa amalkan supplemen semulajadi anda. Supplemen ini hanya sebagai pelengkap kekurangan nutrisi yang anda alami supaya anda dpt diet yang lengkap dan seimbang setiap hari, in shaa Allah. 


CADANGAN SET WEIGHT GAIN ATAU TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE



1. MEALSHAKES

MealShakes adalah minuman keluarga yang mengandungi nutrisi lengkap 24 jenis vitamin, mineral dan zat dan kaya dengan asid amino. Ia membekalkan nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protien, membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ darah, imun dan lain-lain.

2. B-COMPLEX

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. Ia menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan mengurangkan masalah letih lesu. Memastikan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. VITA-LEA

Vita-Lea adalah multivitamin & multimineral yang diformulasikan khusus dengan 23 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Kelebihan Vita-Lea ialah menyediakan asas-asas nutrisi penting yang membantu sel hidup, pertumbuhan sel baru yang baik, membantu proses pembesaran, menstabilkan hormon serta menjaga kesihatan tirod.

Anda ingin mencuba tapi masih belum yakin? Jom kita lihat pula beberapa Testimoni SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE ini. 

testimonial-meal-shakes-weight-gain-shaklee-vitamin4kesihatan

testimonial-meal-shakes-weight-gain-shaklee-2-vitamin4kesihatan


Tak mahu digelar "keding macam isteri popeye" atau " kurus macam cicak kubing" boleh lah contact Fuzza untuk order Set Tambah Berat Badan disamping anda bolehlah amalkan tips-tips yang Fuzza kongsikan di awal entry tadi. Semoga kita sentiasa sihat dan mendapatkan berat badan ideal dengan cemerlang...yuhuuu!!

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"