RESEPI NASI ARAB MOGHDUT YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI NASI ARAB YANG MUDAH | MASAK DARI HATI

Dalam entry kali ini Fuzza nak kongsikan dengan anda semua satu resepi yang sedap dn mudah dari timur tengah. Sekarang ini perasan tak banyak betul restaurant makanan arab seperti cendawan tumbuh especially di KL. Dan Fuzza pun salah satu fans of nasi arab ini. Dan kalau nak ikutkan restaurant favorite Fuzza ialah KABABJI GRILL yang bertempat di Kota Damansara. Alhamdulillah mmg sangat sedap nasi arab disitu dengan rasa yang menepati selera tekak dan harga pun berpatutan.

Namun, di Penang ini belum lagi jumpa dengan nasi arab yang menepati selera tekak. Jadinya Fuzza pun beraksilah di dapur MasterChef untuk menyediakan Nasi Arab Moghdut untuk family. Actually, mudah sahaja cara nak memasaknya, Dan juga murah kalau kita masak sendiri compare dengan makan di restaurant. Cumanya kita perlu meluangkan sedikit masa utk memasak dan perlu diingat memasak adalah cara nak ikat perut suami tau!! =)

Ok! Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasak Nasi Arab Moghdut yang cepat dan mudah ini.

Resepi Nasi Arab Moghdut Ayam


Bahan-bahan dan Cara Membuatnya




Perapan Ayam

1 ekor ayam
1 1/2 sudu besar rempah nasi arab 
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inch halia (dikisar)
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar paste tomato
1 sudu besar serbuk cili

Perapkan ayam dengan bahan-bahan diatas dan perap selama setengah jam atau lebih lama lebih sedap. Kemudian panaskan oven 180 celcius. Letak ayam diperap tadi diatas aluminium foil dan bakar ayam selama 1 jam. Terbalikkan ayam selepas setengah jam. Simpan lebihan minyak yang keluar dalam proses memanggang ayam ini.

Nasi Moghdut

400 gm beras basmathi 
1 btg kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji cengkih 
1 biji lumi
2 ulas bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar rempah nasi arab
2 sudu besar paste tomato
600ml air
2 btg cili merah
garam secukupnya
minyak zaitun utk menumis

Cuci dan rendam beras selama 30minit. Tuangkan sedikit minyak zaitun dalam rice cooker dan masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih sehinggau naik bau. Kemudian masukkan rempah arab dan tomato paste. Masukkan air dan garam dan biarkan ia mendidih. Masukkan beras yang telah ditoskan airnya bersama cili merah tanpa dipotong. Tanak nasi sehingga 80% masak kemudian tuangkan lebihan minyak yang keluar dari ayam yang dipanggang tadi dan gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah dan masak sehingga 100% masak.

Sos Tomato Cili

2biji tomato
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lemon jus
4 btg cili padi
Daun ketumbar
Garam

Kisar bahan-bahan diatas tanpa air sehingga halus.

Salad Arab

2 biji tomato
1 btg lucini/ timun jepun
1 ulas bawang besar
Daun Ketumbar
Minyak zaitun
Garam
Jus lemon
Lada hitam

Potong dadu semua bahan diatas dan perasakan bersama minyak zaitun, garam, jus lemon dan lada hitam.

Sedia untuk dihidang. Memang sangat mudah dan Fuzza hanya mengambil masa dalam sejam stgh untuk memasaknya. Itu pun sebab masa untuk memanggang ayam itu sedikit panjang. Tapi hasilnya sangat walllaaaahhhh dan memuaskan hati. Jangan lupa mencubanya ya!!


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment