Salam sayang buat semua yang setia membaca blog Fuzza ini. Syukur Alhamdulillah dgn nikmat kesihatan yang diberikan olehNya. Maka hari ini dapatlah Fuzza kongsikan sedikit ilmu buat rakan-rakan semua. Semalam pagi celik-celik mata ja suami ajak pergi picnic. uhhh....perkara pertama yang bermain difikiran "nak masak apa?"
Mentol lampu didalam otak terus bernyala dan terpikir nak cuba resepi makaroni bakar tapi kali ni nak cuba yang jenis creamy and cheesy so anak-anak pun boleh join makan sekali. So dengan pantas Fuzza pun masuk dapur tang tung tang dan akhirnya terjadilah resepi ini. Semestinya ia mudah dan berkhasiat. Lengkap dengan sayur, protein dan karbo.
RESEPI CHEESY BAKED MACARONI
Bahan-bahan Cheese Sauce
1 sdb butter
1 sdb tepung
1 cwn fresh milk
1 sdk mustard powder
cheddar cheese
garam dan pepper
Bahan-bahan Lain
Makaroni yang telah direbus
Isi Ayam
Cendawan Button
Carrot di parut
Bawang besar
Bawang putih
Butter utk menumis
Oregano
Serbuk Cili
Lada Hitam
Mozarella Cheese
White sauce
Cara Membuatnya
Pertama sekali kita buat cheesy sauce. Ambil periuk panaskan dan masukkan butter. Kemudian masukkan tepung dan kacau terus dgn cepat dan masukkan susu. Kacau sehingga tepung tidak berketul. Lebih mudah menggunakan whisk. Kemudian bila sauce dah agak pekat sedikit masukkan mustard powder dan cheese. Perisakan dgn sedikit garam dan pepper. Berhati-hati ketika letak garam sebab cheese pun sudah ada garam ya!!
Kemudian ambil kuali panaskan sedikit butter dan tumis bawang besar dan bwg putih yang dipotong dadu. Kemudian masukkan ayam, carrot dan cendawan. Tumis sehingga naik bau dan masukkan cili serbuk, oregano dan lada hitam. Kemudian masukkan makaroni dan kacau rata. Selepas itu masukkan cheese sauce dan kacau rata. Perisakan dgn garam secukupnya. Boleh tambah daun parsley dan tutup api.
Tadaaaa!! Sedia untuk di ngappp ngappp..... makan sambil menikmati pemandangan laut cantik ciptaanNya sungguh mendamaikan.
Masukkan makaroni tadi kedalam dulang pembakar. Disini Fuzza tambahkan white sauce di atasnya sebab nak lebih creamy. Kalau takda pun takpe ya. Boleh terus taburkan mozarella cheese dgn bnyknya. Kemudian bakar suhu 180 celcius dalam 20 min atau sehingga masak depends pada oven masing-masing ya.
Lepas picnic Fuzza terus pergi COD set berpantang untuk customer yang sedang tunggu masa nak bersalin. Semoga segala urusan dipermudahkan buatnya.
Kongsikan artikel ini buat rakan-rakan anda. Sila Klik SHARE button.
Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
Macam sedap je..
ReplyDelete