TIPS MENYUSU KETIKA BERPUASA SUPAYA ANDA TIDAK LEMAU

Salam sayang buat semua pembaca...

Setiap hari ramai yang message inbox or whatsapp Fuzza berkenaan tips untuk menyusu semasa bulan puasa. Yelah, skrg kan dah masuk bulan Ramadhan. So, mesti ramai ibu-ibu yang risau dan runsing samada penghasilan susu ibu akan sama seperti biasa atau merundum. Haaa...disini Fuzza ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu anda. Dan tips-tips ini apa yg Fuzza sendiri amalkan ketika berpuasa sambil menyusu Sayf dan Zara.



1. Pertama sekali, RELAX and CHILL!!! Haaa,,,,minta tolong ibu-ibu jangan runsing dan stress. Benda yang belum jadi jgn difikirkan bnyk2. Sebabnya kalau anda stress lagilah susu merundum. So, sepanjang bulan Ramadhan ini anda haruslah happykan diri sebanyak mungkin. Lagipun bulan Ramadhan ini adalah bulan yg sangat meriah. Bulan pesta ibadah maka haruslah kita sambut dengan gembira dan berpesta =)

2. Kemudian, janganlah anda banding-bandingkan penghasilan susu anda dgn orang lain terutama rakan-rakan sepejabat. Kerana penghasilan susu bagi setiap individu adalah berbeza. So, apa yg Fuzza lakukan setiap hari adalah berdoa semoga Allah swt cukupkan rezeki susu ibu buat anak-anak. Dan brp bnyk yg kita dapat itu syukurlah. Kerana yg memberi rasa kenyang pada baby kita adalah Allah swt. Maka mohon dan mintalah drNya.

3. Walaupun berpuasa jgnlah kita tinggalkan konsep demand and supply. Kerana perlu diingat lebih kerap kita pump atau direct feed, lebih bnyk penghasilan susu. Namun, kita boleh menyusun semula jadual pengepaman. Oleh kerana, setiap kali selepas kita pam kita akan berasa lapar atau dahaga, maka kurangkanlah aktiviti pumping disiang hari dan kerapkan pump selepas berbuka puasa. Dan yg paling penting pump sebelum anda bersahur. Kerana pada ketika itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi. So, bangun awal sikit dan pump sebelum bersahur k!!

4. Jaga pemakanan terutama ketika berbuka dan semasa bersahur. Ketika berbuka puasa Fuzza biasa amalkan makan berbuka dengan 5 biji kurma bersama cinch tea mix atau fresh juice (kurang manis) dan kuih muih sedikit. Selepas solat maghrib barulah Fuzza akan makan makanan yang agak berat. Kemudian selepas terawih Fuzza biasanya akan minum segelas susu bersama ESP.
Dan untuk sahur pula Fuzza akan makan apa-apa balance makanan yang ada dan yg wajib ialah ESP+Milo+Susu dan segelas Performance Drink. Dan anda jgn lupa tau selepas berbuka puasa tu banyakan minum air masak tapi sedikit demi sedikit. Jangan minum sekali gus banyak2 sbb takut perut bloated penuh dgn air.

Untuk lebih tips boleh rujuk artikel sblm ini DISINI dan DISINI. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu semua ibu-ibu diluar sana!!

Kongsikan artikel ini buat rakan-rakan anda ibu-ibu yang menyusu.

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

6 comments:

  1. tahniah kepada ibu-ibu yang memberi anak mereka susu ibu walaupun ketika berpuasa.. Semoga Allah mengurniakan pahala kepada ibu-ibu sekalian.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah besar pahala bagi ibu-ibu yang berusaha menyusukan bayi mereka dengan susu ibu walaupun pada bulan puasa

    ReplyDelete
  3. pahala ibu menyusu di bulan ramadhan memang tidak ada tandingan!

    ReplyDelete
  4. memang banyak pahala ibu yang menyusu anak mereka apatah lagi bulan puasa ni..

    ReplyDelete
  5. Sangat membantu..saya berpuasa pun sambil susukan baby....

    ReplyDelete
  6. Satu perkongsian yang sangat berguna.tq

    ReplyDelete