CHOC VANILA ICE BLENDED MENYEGARKAN TEKAK KETIKA CUACA PANAS

Cuaca di Pulau Pinang sangat panas hari ini. Tengahari tadi kami sekeluarga keluar outing family day. Husban hari ini ajak makan tengahari di luar sambil ingin mencari sandal baru katanya. So, apa lagi seronok lah Fuzza bila sesekali dapat cuti dari dapur kan?? huhu...

Untuk lunch tadi, sempatlah kami menjamu Chicken Rice Shop. Lama jugak tak makan disebabkan rutin yang agak busy sejak kebelakangan ini. Sedang asyik kami menikmati makanan, tiba-tiba ada kedengaran suara seorang budak lelaki lebih kurang sebaya Sayf menjerit, "abang nak air je...abang taknak nasi". Saat itu terlintas di hati, rupanya ramai ibubapa yang mengalami kesukaran untuk menyuruh anak mereka makan. Dulu Fuzza pun menghadapi masalah yang sama dengan Sayf. Namun, Alhamdulillah setelah memberikan MealShakes secara konsisten, Sayf sekarang tiada lagi masalah untuk makan. Sayf sangat enjoy bila tiba time makan dan siap bertambah-tambah lagi.

choc ice blended


Kemudian kami pun continue misi shopping di Parkson untuk mencari sandal husban. Alhamdulillah ada yang berkenan dihati dan ada diskaun 50% lagi. Yee...SALE dah start ya. Dimana-mana pun sekarang semua tengah buat SALE....tinggal bawa duit sahaja...hehe

Dalam perjalanan pulang dalam kereta dengan cuaca yang panas, tekak pun mulalah terasa nak makan ice cream. Tapi tak pula jumpa kedai sepanjang perjalanan. So, timbullah idea nak buat ice blended....(dapur terpaksa bukak semula...hehe) Senang jaa nak buat ice blended dirumah tau, cuma anda kena pastikan yang blender anda mempunyai mata bergerigi supaya boleh blend ice. Kalau silap blender buatnya mata pisau boleh patah tau....huhu


Jom kita lihat resepi yang mudah ini. Bukan sahaja orang dewasa malah sesuai juga untuk anak anda!!

Bahan-bahannya

3 sudu besar milo/choc hershey
1 cwn susu segar
1/4 cwn air filter
1 sudu besar gula perang (gula biasa pun boleh)
1 sudu besar MealShakes (perisa vanila)
ketulan ice

Cara Membuatnya

Masukkan semua bahan-bahan diatas didalam blender dan kisar sehingga ice hancur. Taburkan sedikit milo diatas. Kemudian sedia dihidangkan....=) 

mealshakes tambah selera makan anak

mealshakes tambah selera makan anak


Sedap tau...jangan lupa cuba ya!!

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment