TIPS ATASI CEMBURU ANAK APABILA MENDAPAT ADIK BARU
Sifat cemburu ini adalah fitrah manusia. Tidak kira semasa kita kecil ataupun dewasa. Mesti akan ada rasa cemburu dalam diri ini. Namun sifat ini perlu dikawal supaya ia tidak menjadi kepada perkara-perkara negatif. Hari ini Fuzza ingin kongsikan mengenai cemburu kanak-kanak la ya. Cemburu dikalangan orang dewasa ni complicated sikit...huhu
Setelah Fuzza melahirkan Zara, my second baby, Sayf abangnya memang menunjukkan sifat-sifat cemburu yang ketara. Contohnya apabila Fuzza ingin menyusukan baby, dia pasti akan meragam atau menangis. Ini kerana, Sayf memang sangat rapat dengan Fuzza sebab kami kan duduk berdua sahaja sepanjang hari. So, pabila datang orang baru, mungkin dia rasa tergugat atau masa bersamanya sudah semakin kurang. Namun begitu, dia masih sayang adiknya tau. Sehari hampir 100kali cium adiknya...huhu
Namun kadangkala melihat kerenahnya yang terlampau boleh hilang juga kesabaran ni. Tapi cepat-cepatlah mengucap...huhu sebab taknak lepaskan kemarahan pulak padanya. Sambil-sambil tu Fuzza adalah terbaca di magazine tentang tips yang boleh kita amalkan untuk Mengatasi Cemburu Anak Apabila Mendapat Adik Baru. Fuzza pun sedang apply sikit-sikit. Kawan-kawan semua doakan Fuzza ya....semoga hilanglah sikap cemburu Sayf ini....In Shaa Allah.
TIPS ATASI CEMBURU ANAK APABILA MENDAPAT ADIK BARU
Semasa Hamil
Bawa anak ke hospital semasa temujanji dengan doctor, beri peluang kepada mereka untuk melihat adik baru mereka yang ada di dalam rahim anda. Ibu boleh juga bercerita tentang adik yang bakal hadir itu dengan menunjukkan gambar ultrasaound scan yang boleh di dapati dari klinik atau hospital. Jika bayi sudah mula menendang-nendang, letakkan tangannya di perut anda supaya dia merasakan kewujudan adiknya itu. Biarkan dia bermain-main seketika.
Pertemuan Pertama Bersama Adik
Ketika si kakak atau abang melawat anda dan bayi untuk kali pertama di hospital, tunjukkan bayi kepadanya. Katakan : “Ini adik kakak/abang.” Berbanding “Ini bayi baru kita.” Berikan peluang kepadanya sama ada ingin menyentuh atau meriba bayi (dengan sokongan anda). Jika dia hanya melihat dan terus bermain, jangan memaksa, berilah dia masa untuk menerima kehadiran orang baru di dalam hidupnya itu.
Tunjukkan Cara Yang Betul Melayan Bayi
Kadang-kadang ada dikalangan anak-anak terlampau cemburu kepada adiknya sehingga sanggup memukul, menggigit atau menyakiti adiknya. Jika ini berlaku, jangan sesekali ibu atau bapa memukul mereka kerana jika anda memukul, ia akan meningkatkan lagi rasa dendam mereka kepada si kecil.
Jauhkan kakak/abang dari adiknya dan terangkan kepadanya bahawa perbuatan tersebut salah, kemudian ibubapa perlu menunjukkan cara yang betul melayani bayi seperti ajar anak mencium, membelai rambut bayi, mengusap-usap pipi bayi atau sebagainya.
Setiap kali kita dapati mereka ingin mengasari bayi, tarik tangannya dan ciumlah pipinya, bisikkan kata-kata sayang kepadanya. Kemudia katakan kepada si kakak atau abang : "Cuba cium adik macam ibu cium kakak/abang... Mmmuuaah.. Sayang adik!” Ulangi ayat-ayat sebegini sehingga dia terbiasa dengannya dan tahu cara yang sepatutnya dilakukan kepada si kecil.
Selain daripada mencium, lakukan juga aksi-aksi lain seperti memeluk, mengusap tangan atau kaki bayi, membelai pipi dan rambut dan mungkin boleh meletakkan bayi di atas riba mereka (dengan sokongan ibubapa).
Ajak Anak untuk Membantu
Beri peluang si kakak atau abang untuk membantu anda untuk mengurus bayi supaya dia dapat merasakan bahawa dia adalah sebahagian daripada proses tersebut.
Biarkan dia menggosok-gosok bayi ketika mandi, melekatkan lampin pakai buang, mencari permainan untuk bayi atau apa sahaja yang sesuai. Ia sangat membantu untuk si kakak atau abang merasakan kebersamaan dengan adik baru mereka.
Ketika Menyusukan Bayi
Waktu menyusukan bayi mungkin menyebabkan tahap cemburu meningkat di kalangan anak yang lebih besar kerana mereka melihat bayi dipangku dan dipeluk oleh ibu.
Jadi, ajaklah si kakak atau abang duduk berhampiran dengan anda, biarkan dia mengusap-usap kaki bayi dan bacakanlah buku kepada mereka. Jika sukar untuk membaca buku, tonton bersama rancangan televisyen yang sesuai dan berbual berkaitan rancangan tersebut. Usaha ini akan menyebabkan anak yang lebih besar tidak merasa dipinggirkan oleh ibu mereka.
Mengimbangkan Perhatian
Pastikan perhatian anda tidak hanya tertumpah kepada bayi semata-mata. Adalah sangat baik andai anda dapat melayani si kakak atau abang sementara bayi diserahkan kepada suami, ibu bapa anda atau orang lain yang berada di sekeliling anda.
Mungkin anda boleh menyuapkan makanan kepada mereka, membacakan buku atau melakukan aktiviti yang sesuai dengan keadaan anda. Perbuatan anda akan menyebabkan anak-anak merasakan mereka tetap disayangi walaupun adik kecil mereka hadir dalam hidup mereka.
Perkenalkan Rakan Sepermainan yang Lain
Sebelum kelahiran lagi, biasakan anak untuk bermain dengan orang lain seperti nenek, datuk , ibu saudara atau bapa saudara mereka. Jadi, setelah melahirkan, sekiranya anda belum sembuh atau sibuk menguruskan bayi, si kakak atau abang boleh mencari orang-orang di sekeliling untuk bermain bersamanya.
Memegang dan Menyanyi
Beri peluang kepada si kakak atau abang untuk meriba atau memegang adiknya. Minta dia nyanyikan lagu-lagu kanak-kanak kepada bayi. Dia pasti sangat gembira apabila bayi tersenyum atau bertindak balas dengan nyanyiannya.
Luangkan Masa Bersama
Perhatian ibu kepada si kecil sedikit sebanyak akan mengganggu perasaan si kakak atau abang, jadi ketika bayi sudah tidur, peluklah anak yang lebih besar sekerap yang mungkin, anda boleh juga mengajak mereka untuk baring bersama di atas katil anda dan bercerita tentang berbagai perkara dengannya.
Perbuatan ini sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan gusar dan bimbang akan kehilangan perhatian dari anda.
Dan yang paling utama Fuzza amalkan buat masa ini adalah berDOA. Setiap kali lepas solat pasti akan mohon dariNya untuk melembutkan hati Sayf dan juga zikir Ya Latif. Ini antara tips yang Fuzza dapat. Selamat Mencuba ya bagi mommies yang mengalami masalah yang sama!! Kalau anda ada tips lain boleh la kongsikan juga..=)
Bagi mommies yang sedang mencari supplemen atau makanan tambahan untuk membantu mengekalkan kecergasan semasa menyusukan bayi, boleh mendapatkan INFO SET PENYUSUAN SHAKLEE DISNI !!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
Memang info berguna untuk mereka yang melahirkan anak yang kedua ketiga atau seterusnya.
ReplyDelete