KEBAIKAN DAN MANFAAT AIR KELAPA MUDA | PETUA IBU HAMIL MUDAH BERSALIN

KEBAIKAN DAN MANFAAT AIR KELAPA MUDA | PETUA IBU HAMIL SENANG BERSALIN


Mesti ramai ibu-ibu hamil yang mencari petua mudah untuk bersalin kan? Yela...siapa yang tak mahu proses bersalin itu dimudahkan. Semestinya kita mahukan proses bersalin yang mudah dan cepat. Selain mengikut segala nasihat doktor, boleh juga kita amalkan tips-tips dan petua orang-orang tua ini. Mengikut petua orang-orang tua, air kelapa muda dapat membantu memudahkan proses bersalin. Namun sebelum ibu-ibu mengamalkannya bolehlah meminta pandangan dan nasihat daripada doktor. Manalah tahu ia tidak sesuai dengan sesetengah ubatan yang sedang diambil oleh sesetengah ibu.

Boleh dikatakan kebanyakkan orang tua-tua menyarankan pengambilan air kelapa muda 2-3 kali seminggu apabila sudah tiba sembilan bulan dan keatas bagi memudahkan proses bersalin. Selain mudah bersalin ia dapat membantu membersihkan kulit kepala bayi dalam proses bersalin nanti. Jom kita lihat antara khasiat dan manfaat air kelapa muda bagi ibu yang sedang hamil.



KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU HAMIL


  • MINUMAN ISOTONIK SEMULAJADI

Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.

  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH 

Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.

  • MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT DALAM SISTEM PENCERNAAN

Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.

  • MENCEGAH DARIPADA HEARTBURN ATAU PEDIH ULU HATI

Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.

  • MENCEGAH KEKEJANGAN

Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalan meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.

  • MEMBANTU MENGURANGKAN MORNING SICKNESS

Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.

  • PENAWAR RACUN

Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

  • MENINGKATKAN HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.

  • MEMBANTU PROSES BERSALIN

Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.


DAPATKAN SET HAMIL, BERSALIN & MENYUSU YANG SELAMAT BUAT ANDA DAN BAYI!!


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment