TERUNG BAKAR SAMBAL AIR ASAM YANG SEDAP SEHINGGA SUAMI MAKAN NASI TAK HENTI-HENTI

Biasa apa yang anda masak dengan terung ya?? Fuzza biasanya masak terung sambal atau terung goreng bersama tepung. Tapi suami tak berapa suka. Sambil tu otak ni pun ligatlah berjalan memikirkan resepi nak ubah suai untuk masak terung ni. 

Bling!!!

Alhamdulillah! Bila niat kita nak masak untuk suami dan anak-anak, Allah swt bagi mudah. Terfikir nak buat Terung Bakar + Sambal Air Asam. Nama pun dah sedapkan?? Rasanya lagi sedap tau (perasan sendiri...hehe) Sayur ni item wajib untuk hidangan keluarga. So kenalah pelbagaikan menu supaya suami dan anak berselera untuk makan.

Ni rupa bentuk Terung Bakar Sambal Air Asam yang Fuzza masak semalam dan dibawah saya kongsikan resepi mudah untuk memasaknya.



Bahan-Bahan


Terung Bakar

1 terung panjang
Garam
Lada Hitam
Minyak Zaitun

Sambal Air Asam

2 biji cili merah
1 bawang besar
1 inch belacan
air asam pekat
garam & gula

Cara Memasaknya


Pertamanya kita cuci terung dan potong ikut suka hati. Kemudian dengan pantas peramkan terung bersama garam, lada hitam dan juga minyak zaitun. Terung tidak boleh biarkan lama selepas dipotong tau kerana ia akan menjadi kehitaman seperti buah epal dan kentang.

Setelah diperamkan sebentar, panaskan kuali grill atau non-stick dan bakar terung diatas api perlahan sehingga masak. Setelah masak diangkat.



Kemudian, dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dipotong dadu, cili merah yang ditumbuk dan belacan. Selepas itu masukkan air asam dan perisakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan mendidih dan tutupkan api

Sambal Air Asam ini boleh dituangkan diatas terung yang telah dibakar ataupun dicecah ketika hendak makan bersama nasi.


Mudahkan?? Siapa kata memasak itu susah?? Hehe...yang penting kita mencuba. So, jangan lupa cuba resepi Fuzza ni tau dan bolehlah sharing hasilnya nanti.


Selamat Mencuba!!

credit : http://dapurmummyzara.blogspot.com/


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Shaklee Independent Distributor

Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

1 comment:

  1. sedap... dila pon suka makan... terung masak lain, dila xmakan..resipi ini juga menjadi idaman dan kegemaran.. lagi2 kalao pedas.. wah hingga menjilat jari...

    ReplyDelete