MITOS TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU


MITOS 1: MERASA SAKIT SEMASA MENYUSUKAN BAYI !


Terdapat wanita yang mengalami kesakitan di dalam rahim semasa mula menyusukan bayi. Ia disebabkan oleh pengecutan rahim akibat daripada tindakan hormon oksitosin. Pengecutan rahim mungkin menyebabkan sesetengah wanita merasa sakit, walau bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang dalam masa satu dua hari.

Lazimnya, sakit di payudara disebabkan oleh kedudukan ibu dan bayi yang kurang sesuai semasa menyusu. Begitu juga, kesakitan dan kecederaan di puting. Kesakitan ini tidak akan berlaku jika anda menggunakan posisi yang betul semasa menyusu.

MITOS 2: PENYUSUAN SUSU IBU MENYUSAHKAN


Ini tidak benar. Sebenarnya, penyusuan susu ibu adalah paling mudah kerana anda boleh terus menyusukan bayi tanpa perlu menyediakan susu atau bimbang tentang bekalan. Sesetengah ibu memerlukan masa dan latihan sebelum mereka boleh menyusukan bayi dengan betul, tetapi selepas itu, mereka mendapati penyusuan susu ibu mudah dan sungguh memuaskan.

MITOS 3: IBU YANG MELAHIRKAN CAESARIAN TIDAK BOLEH MENYUSUKAN BAYI


Ini tidak benar sama sekali. Ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan masih boleh menyusukan bayi jika tiada komplikasi perubatan. Walau bagaimanapun, dia memerlukan sedikit bantuan untuk memposisikan bayi kerana dia akan menyusukan bayi secara telentang dan sebelah atau kedua-dua belah lengannya mungkin terbatas kerana diletakkan titisan intravena.

MITOS 4: TIDAK SEMUA IBU BOLEH MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP UNTUK BAYI


Ini tidak benar. Hanya segelintir wanita yang betul-betul tidak boleh menghasilkan susu yang cukup untuk bayi mereka. Satu tanggapan yang salah ialah wanita yang mempunyai payudara yang kecil tidak boleh menghasilkan susu yang cukup. Saiz payudara tidak langsung menjejaskan pengeluaran susu!

Ramai ibu juga percaya, oleh kerana bayi kerap menyusu termasuk pada waktu malam, susu mereka mungkin tidak mencukupi untuk bayi. Sekali lagi, ini adalah tidak benar. Bayi menyusu kerap kerana dia sedang membesar dengan cepat dan memerlukan banyak susu.

MITOS 5: PENYUSUAN SUSU IBU MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR


Ini tidak benar. Bentuk payudara boleh dikekalkan dengan memakai baju dalam yang boleh menampung payudara dengan baik semasa hamil dan menyusukan bayi

Tips ::: Mummysayf amalkan Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk keanjalan payudara. Cubalah!!! Anda pasti jatuh cinta.....=)

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

No comments:

Post a Comment