Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

PENGHIDAP PCOS MASIH BERPELUANG UNTUK HAMIL. NAK TAHU RAHSIANYA??


APAKAH ITU PCOS? | CARA RAWATAN DAN MENGATASI PCOS UNTUK BERJAYA HAMIL





Antara masalah yang Fuzza sering kali dapati adalah customer yang mengalami PCOS. Dan mereka seringkali runsing dengan sindrom yang dihadapi kerana sukar untuk hamil. Apakah itu PCOS sebenarnya? Fuzza kongsikan sedikit info yang  diperolehi daripada majalah yang dibaca siang tadi. Semoga dapat membantu anda dan kenalan yang menghidapi masalah ini.

Apakah itu PCOS?




Nama panjang untuk PCOS ini sebenarnya adalah Sindrom Ovari Berpolisistik. Kebiasaannya setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran. Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

Namun bagi wanita yang mengalami PCOS, ovari akan membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk kesukaran untuk hamil.

Sejak kebelakangan ini, wanita yang menghidap PCOS semakin meningkat. Namun punca sebenarnya masih belum dikenalpasti. PCOS ini adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. 

Antara Simptom Penghidap PCOS


1. Haid Tidak Teratur

Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk untuk anda ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya kalau anda yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti

Peningkatan berat badan secara mendadak adalah salah satu simptom PCOS juga. Ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism

Kalau anda perasan, ada segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Keadaan  ini biasa terjadi apabila terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan

Masalah sebegini akan terjadi apabila telur/ovum tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain

Bahagian kulit tertentu akan berwarna gelap, kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Perlu diingati, selain daripada masalah ketidaksuburan, penghidap PCOS juga berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Cara Rawatan Penghidap PCOS


Sindrom PCOS ini boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang arauntuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Penghidap PCOS 


Disamping anda mendapatkan rawatan daripada doktor di hospital, anda juga boleh mengamalkan supplemen GLA Complex yang sangat bagus untuk wanita. Ianya hanya daripada sumber tumbuhan iaitu dari minyak borage. Dan GLA Complex ini memang telah terbukti dapat membantu wanita yang mempunyai pelbagai masalah termasuk PCOS.


Antara kebaikan GLA Complex ini ialah:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf

Testimoni Penghidap PCOS Berjaya Hamil


Ini adalah antara testimoni penghidap PCOS yang berjaya hamil dengan izinNYA. Kita hanya berusaha dan ikhtiar sebanyak mungkin. In Shaa Allah akan ada rezeki dan sinar harapan. Yang penting anda jangan berlengah lagi untuk mendapatkan rawatan dan berusaha sebaiknya. 

Klik Sini untuk lebih banyak lagi TESTIMONI BERJAYA HAMIL


TUNGGU!!!!


Masih ada sesuatu yang istimewa buat anda bulan ini. Dengan setiap pembelian 2 botol GLA COMPLEX anda akan mendapat diskaun dan penjimatan sebanyak 5%. Jangan bertangguh untuk mendapatkan hasil yang cepat, In Shaa Allah.


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

GLA COMPLEX PUNCA RAHIM BENGKAK ??

GLA COMPLEX PUNCA RAHIM BENGKAK


Viral di FB sejak kebelakangan ini, isu GLA Complex dikaitkan dengan menjadi punca rahim menjadi bengkak. Betul ke?? Apa kata kita baca sendiri advise dari seorang doktor berkenaan hal ini. Semoga pemahaman kita lebih jelas Sebab dan Punca Rahim Bengkak ini. So, disini Fuzza copy paste entry Dr Malinda dari pagenya berkenaan isu ini. Semoga bermanfaat buat kita semua ya!!!

Kenapa Rahim Bengkak?


Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.


Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Gambar ketumbuhan yang putih dalam gambar diatas ini adalah fibroid

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan


- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan


Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

  • phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
  • racun serangga (pesticides)
  • tobacco by products


3. Obesiti


- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

obesiti dan kanser

4. Genetik


- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP FIBROID ATAU CYST


Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

CARA MENCEGAH DARI FIBROID DAN CYST


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.


APAKAH HUBUNGAN SOYA DAN WANITA?


Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

VITAMIN ATAU SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA YANG MENGHIDAP CYST DAN FIBROID


Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

** ESP Soy Protein Isolate Powder adalah soya yang mengandungi Isoflovinoid dan ia adalah soya NON-GMO. Jom baca Khasiat dan Kelebihan ESP Soy Protein Berbanding Soya Biasa di pasaran.


Anda mungkin meminati:
Tips Meningkatkan Kesuburan

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

BENARKAH SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU MUDAH HAMIL?

BENARKAH SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU MUDAH HAMIL DAN SEGERA DAPAT ZURIAT?


Jikalau anda mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau sudah lama mendirikan rumahtangga dan sedang cuba untuk mendapatkan anak, namun sehingga sekarang masih belum berjaya hamil, apa kata anda mencuba supplemen Shaklee untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri??

Fuzza sarankan anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ini bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja isteri malahan untuk suami juga.

Kenapa anda perlu mencuba Set Kesuburan Shaklee ini?? Haa....Fuzza kongsikan disini himpunan Testimoni Pengguna Set Kesuburan Shaklee yang telah berjaya hamil. Tidak salah mencuba kan kerana ramai yang telah berjaya dan ini adalah salah saty ikhtiar kita disamping terus menerus berdoa memohon dari Nya dikurniakan cahaya mata.


TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN SHAKLEE


Dibawah ini antara sebahagian testimoni customer yang telah berjaya hamil setelah menggunakan Set Kesuburan Shaklee.









Anda teruja nak mencuba Set Kesuburan Shaklee?? Haa....disini Fuzza nak share pula supplemen apa yang terdapat dalam Set Kesuburan Shaklee ini dan fungsi-fungsinya.


SUPPLEMEN CADANGAN SET KESUBURAN SHAKLEE


testimoni set kesuburan shaklee

UNTUK ISTERI


1. SHAKLEE GLA COMPLEX

  • merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E
  • membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan hormon yang tidak stabil
  • menstabilkan dan menyeimbangkan hormon
  • membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini amat penting kerana ia akan mengangkut sperma untuk berenang ke uterus dan seterusnya ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. 
  • mengatasi masalah senggugut


  • membantu mengatasi masalah stress dan kemurungan (anti stress)
  • membantu untuk menstabilkan hormon
  • mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon

  • dikenali sebagai "vitamin cinta"
  • membantu mengatasi masalah keputihan yang banyak melanda dikalangan wanita
  • membantu mengatasi rasa sakit "ketika bersama"
  • membantu mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan senggugut
  • membantu meningkatkan libido dan bertindak sebagai kacip fatimah

  • pengambilan Vitalea dapat memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh dapat dipenuhi
  • mengandungi iron formula yang sangat diperlukan dan penting untuk tubuh

UNTUK SUAMI


  • kekurangan Zink dalam tubuh juga dikatakan salah satu punca kemandulan atau ketidaksuburan
  • Zink dapat memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormon tiroid, prostat dan tiroid yang tidak aktif
  • ia dapat meningkatkan bilangan sperma (sperm count)
  • kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang tinggi didalam air mani juga berkadar terus dengan tahap zink yang tinggi.
  • beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mengamalkan supplemen zink dapat memperelokkan kualiti sperma, meningkatkan jumlah bilangan sperma, membantu pergerakkan sperma dan keupayaan mensenyawakan ovum oleh sperma.


  • Kajian awal menunjukkan pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan kesuburan.
  • Vitamin E bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan kepada sperma akibat gejala radikal bebas.
  • Vitamin E Shaklee diperkaya dengan Selenium dan Grape Seed Extract
  • Lelaki yang mengamalkan Selenium menunjukkan bahawa ianya dapat memperbaiki daya gerak sperma

Tidak rugi mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat selain daripada kita terus berdoa memohon dikurniakan rezeki cahaya mata!! Hubungi Fuzza, pengedar sah shaklee anda dengan kadar segera untuk sebarang konsultasi secara percuma. In Shaa Allah saya akan membantu anda!!


Anda mungkin meminati:
Tips Meningkatkan Kesuburan

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

KETAHUI RAHSIA MUDAH HAMIL | TINGKATKAN KESUBURAN ANDA !


Kalau cerita bab tips mudah hamil ini memang ramai yang teruja. Biasalahkan, bila sudah berumahtangga memang kita mengharapkan cahaya mata sebagai penyeri. Memang itulah impian setiap pasangan. Anak semestinya membawa barakah dan kebahagian dalam kehidupan kita. 

Seperti yang semua maklum, kehamilan hanya akan berlaku jika berlakunya persenyawaan antara SPERMA+OVUM, dan kita juga tahu bahawa wanita mengeluarkan hanya satu ovum pada setiap bulan dan lelaki pula melepaskan jutaan sperma pada setiap ejakulasi. Jadi bagaimanakah dan bilakah ovum yang satu ini boleh bersenyawa dengan jutaan sperma??

TINGKAP KESUBURAN


Jangan main-main kesuburan pun ada tingkap tau...jangan ingat rumah saja yg ada tingkap =) Jom kita ketahui apa itu tingkap kesuburan.

Pada setiap kitaran haid, seorang wanita mempunyai kira-kira 6 hari untuk hamil. Ini dikenali sebagai TINGKAP KESUBURAN. Tingkap Kesuburan seorang wanita termasuk 5 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri (6 hari). Dengan mengetahui bila 6 hari Tingkap Kesuburan ini berlaku, kita boleh merancang bilakah masa terbaik untuk bersama pasangan dalam usaha untuk hamil atau dengan kata lain, inilah RAHSIA MUDAH HAMIL !


BILAKAH HARI TERBAIK UNTUK HAMIL ?


Sperma seorang lelaki boleh hidup sehingga 5 hari di dalam salur reproduktif wanita. Ovum seorang wanita hanya hidup untuk kira-kira 12jam sahaja selepas dilepaskan. Ini bermakna ovum seorang wanita perlu disenyawakan dalam jangkamasa 12 jam selepas ia dilepaskan. Tambahan pula sperma segar tidak berupaya mensenyawa serta merta kerana ia perlu melalui proses pengkapasitanan (perubahan yang perlu dilalui supaya ia berupaya bersenyawa dengan ovum) yang mengambil masa lebih 10 jam.

Sebab itulah tempoh 5 hari sebelum ovulasi adalah sangat penting untuk memastikan peluang untuk hamil lebih tinggi (jika berlakunya hubungan intim).


HARI PENGOVULAN

Mungkin ramai antara anda yang percaya bahawa hari terbaik untuk hamil adalah hari seorang itu mengovulasi. Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bilakah waktu anda mengovulasi dan cuba atur masa persetubuhan hampir dengan masa pengovulan, tetapi hari pengovulan adalah BUKAN HARI YANG TERBAIK untuk anda hamil. (sumber : Journal of Reproductive Medicine)

HARI SEBELUM PENGOVULAN

Suprisingly, hari sebelum pengovulan adalah hari yang lebih baik untuk hamil berbanding hari-hari lain kerana sperma yang diejakulasi pada hari sebelum pengovulan telah mempunyai masa untuk menjadi matang dan sampai kepada ovum.

2 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Lebih menarik!! Peluang seorang wanita untuk hamil 2 hari sebelum pengovulan hanyalah satu kemungkinan dan lebih berkemungkinan jika melakukan persetubuhan sehari sebelum pengovulan. Maksudnya bagi pasangan yang cuba untuk hamil, peluang untuk hamil lebih besar jika persetubuhan berlaku beberapa hari sebelum pengovulan.

3 - 4 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Ramai yang menyangka apabila persetubuhan berlaku pada 3 ke 4 hari sebelum pengovulan, peluang untuk hamil adalah tipis. SALAH SAMA SEKALI! Sebenarnya melakukan persetubuhan sama ada pada salah satu dua hari sebelum pengovulan akan memberi anda peluang yang lebih baik untuk hamil daripada melakukan persetubuhan pada hari pengovulan.

5 HARI SEBELUM PENGOVULAN

Pada hari pertama tingkap kesuburan seorang wanita berlaku, ianya boleh menyebabkan satu kehamilan tetapi secara realistiknya peluang untuk hamil adalah terbaik jika dimulakan 4 HARI SEBELUM PENGOVULAN.


Pengetahuan tentang kitaran haid atau kitaran kesuburan seorang wanita itu sangat penting untuk memudahkan perancangan untuk hamil dilakukan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah kitaran haid tidak normal atau ovum yang tidak membesar (tidak subur), peluang untuk hamil agak sukar. 

Saya cadangkan anda2 yang mengalami masalah ini untuk berikhtiar dengan GLA COMPLEX SHAKLEE. Antara fungsi utama GLA Complex ini adalah:

  • meningkatkan kesuburan
  • menormalkan kitaran haid
  • mengurangkan senggugut
  • menstabilkan hormone
  • mengurangkan symptom menapouse
Alhamdulillah....sepanjang saya menjadi Pengedar Sah Shaklee, sudah ramai wanita yang berjaya hamil dengan berusaha mengamalkan GLA COMPLEX ini secara konsisten. Sesungguhnya kita sebagai manusia biasa kita berusaha, berdoa dan bertawakkal. Allah jualah pemberi rezeki yang mutlak dan menentukan segalanyaa.....

TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN GLA COMPLEX






Ingin dapatkan set kesuburan Shaklee?? Jangan segan silu...pm sy segera k !! Free Konsultasi....=)


Sumber

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 
Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

SENGGUGUT SEMASA HAID & CARA MENGATASINYA

Senggugut semasa datang haid berlaku kepada kebanyakkan remaja perempuan dan kaum wanita. Adakah ia perkara biasa atau sesuatu yang perlu diberi perhatian?? Jom kita lihat apa itu senggugut dahulu.

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua. 

  • Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. 
  • Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.
So girls, jangan dianggap senggugut itu sesuatu yang biasa-biasa sahaja. Kerana sesuatu "luar biasa" mungkin menanti anda. Berjumpalah dengan doktor pakar dan buatlah pemeriksaan lanjut. 


SIMPTOM-SIMPTOM PMS ATAU SENGGUGUT

Ada wanita yang sebelum dan semasa kedatangan haidnya akan tergolek-golek diatas katil. Walaupun ada yang menganggapnya normal, namun ia menganggu kehidupan seharian. Dibawah adalah antara simptom-simptom yang biasa dialami wanita semasa haid::



  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot, kekejangan dibawah perut

ANTARA CARA-CARA YANG BOLEH MELEGAKAN DAN MENGATASI SIMPTOM SENGGUGUT DAN PMS



  • Gunakan hot water bag dengan menuam di bahagian bawah perut anda.
  • Boleh mengurut secara perlahan-lahan di kawasan bawah perut.
  • Panaskan badan dengan minum minuman yang panas seperti teh o dan boleh ditambahkan dengan halia kerana halia bantu membuang angin, melancarkan pengaliran darah dan juga memberi kehangatan pada tubuh.
  • Elakkan minuman bergas dan berais.
  • Anda boleh cuba tidur di dalam posisi berbaring di sebelah badan dengan lutut dibengkokkan.
  • Mandi dengan air panas or suam.
  • Berjalan atau bersenam, termasuk senaman pelvik.
  • Kurangkan berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan melalui diet yang sihat dan juga melakukan aktiviti bersenam.
  • Selain itu, dari segi perubatan moden, anda boleh mengambil pain killer seperti paracetamol ataupun ibuprofen. Pengambilannya boleh diambil sehari sebelum kedatangan haid dan semasa hari-hari pertama haid. Namun, pengambilan ubatan yang mempunyai drugs ini kemungkinan menganggu hormon anda.

Bagi mereka yang tidak mahu mengambil ubat-ubatan ini, anda boleh mengamalkan makanan tambahan atau supplemen yang lebih selamat. Antara CADANGAN SUPPLEMEN SEMASA SENGGUGUT ini, boleh mengamalkan GLA COMPLEX , OSTEMATRIX dan B-COMPLEX



  • Shaklee GLA Complex - mengandungi minyak borage, vitamin e dan juga minyak biji bunga matahari. Ia diformulasi dengan kaedah mudah diserap. Ia dapat menstabilkan hormon, membantu mengurangkan simptom PMS dan juga bagus utk wanita yang mengalami simptom menopause. Wanita yang mengalami masalah senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.
  • Shaklee OsteMatrix - Sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium dalam tubuh akan mulai menurun yang menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom seperti kekejangan dan rasa bisa-bisa. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan dan simptom-simptom lain.
  • Shaklee B-Complex - telah terbukti menghasilkan kesan terbaik keatas senggugut. Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ia diperlukan oleh kelenjar adrenal. Vitamin B juga membantu meringankan tekanan, mencegah anemia dan ianya diperlukan utk semua fungi tubuh.

Jom kita lihat apa kata mereka yang dah mencuba !!


Testimoni Set Shaklee Melegakan Senggugut

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan produk ini dan info lanjut, boleh terus contact sy seperti dibawah =)


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


 Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"