ATASI MASALAH KEJANG KAKI SEMASA HAMIL....Peritnyaaaa!!

PUNCA DAN CARA MENGATASI MASALAH KEJANG KAKI SEMASA HAMIL

Wanita hamil, selain daripada terkenal dengan morning sickness, salah satu isu yg selalu bermain diminda wanita hamil adalah kekejangan kaki atau leg cramp. Ada juga yang memanggilnya simpul biawak. Ya!! Ia sangat menyakitkan tau...especially kalau anda terkena kejang kaki ini apabila sedang elok tidur. Dan selalunya ia akan kerap terjadi apabila kandungan semakin besar.

simpul biawak


Suamilah tempat berpaut dan mengadu nasib ketika kejadian disebabkan kaki sudah tidak mampu lagi untuk bergerak. Alhamdulillah...dipinjamkan oleh Allah swt suami yg sangat memahami keadaan isterinya. 

Punca Kejang Kaki atau Simpul Biawak Ketika Hamil


Kebanyakan wanita hamil yang Fuzza jumpa rata-rata mengalami masalah ini. Cuma ada yang kerap dan ada yang tidak. Dan kekerapan akan bertambah apabila masuk trimester kedua dan ketiga. 

Puncanya adalah disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah juga adalah salah satu daripada punca terjadinya kejang kaki ini. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan olehnya daripada simpanan kalsium dalam badan kita.

Dan lebih bahaya jika simpanan nutrisi pula tidak cukup di badan anda. Haaa...bukan sahaja badan anda lebih berisiko terdedah kepada penyakit tulang seperti osteoporosis tau tetapi nutrisi yang diperlukan bayi juga akan terjejas. (jangan ambil ringan ya!)

Apa yang Perlu Dilakukan Ketika Diserang Kejang Kaki ?


Apabila kejang kaki menyerang anda disaat anda lena dibuai mimpi, yang pertama sekali cuba relax. Jangan paksa untuk menggerakan kaki anda. Tetapi cuba untuk membuat regangan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. 

Anda juga boleh melakukan urutan secara perlahan keatas otot yang kejang itu. Kemudian bangun secara perlahan dan cuba untuk berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan itu benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Semestinya dengan bantuan suami, ianya akan anda dapat lalui dengan lebih mudah, In Shaa Allah =)

Cara untuk Mengelakkan Kejang Kaki Ketika Hamil


Kalaulah Fuzza diberikan pilihan, sudah tentunya taknak merasa kejang kaki atau simpul biawak ini ketika hamil. Sebabnya ada ibu hamil yang mengalami masalah sukar tidur malam atau insomnia. Kadang kala ambil masa beberapa jam baru boleh lena. Baru tidur sejam terjaga pula akibat kejang kaki. Kesian kan??

Oleh kerana punca kejang kaki ini adalah disebabkan kekurangan kalsium dan magnesium, maka anda perlulah menambah keperluan kalsium dan magnesium ini. Ada diantara anda sudah sememangnya pengambil susu tegar. Tapi perlu diingat bahawa kejang kaki ini adalah indicator bahawa anda kurang menyalurkan nutrisi kepada bayi dan disebabkan itu bayi terpaksa menyedut nutrisi itu dari simpanan anda. Bukan sahaja efek kepada bayi malahan badan ibu juga akan lemah apabila kandungan semakin membesar.

Jangan sesekali kita memandang remeh pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil kerana takut ia boleh menyebabkan fizikal bayi terjejas. Anda boleh mengambil supplemen Shaklee OsteMatrix yang mengandungi kalsium, magnesium, boron dan lain-lain nutrien untuk menyokong keperluan kehamilan anda dan tulang yang sihat. In Shaa Allah ia dapat membantu mengurangkan masalah kejang kaki yang anda alami. 

Jika anda atau isteri anda mengalami masalah ini, cubalah ikhtiar supaya ia tidak berterusan menganggu hidup anda. Jangan biarkan isyarat yang diberikan itu pergi tanpa kita mengambil ikhtiar untuk mengatasinya. Kita pasti inginkan kesihatan yang baik buat diri dan bayi yang bakal dilahirkan bukan??

Jaga pemakanan dan amalkan supplemen lengkap semasa dalam kehamilan anda!!


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
________________________________________________________________




Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"


2 comments:

  1. info yang berguna... tq mummysayf, dh try pregnant kali alhamdulillah tiada lagi mslh kaki kejang

    ReplyDelete
  2. Ostematrix terbaik, tq info

    ReplyDelete