4 PETUA ATASI PENYAKIT SUSAH TIDUR WAKTU MALAM SUPAYA TIDAK BERKELIARAN SEPERTI KELAWAR


Fuzza mempunyai kenalan di office tempat bekerja dulu yang mempunyai masalah atau penyakit susah tidur waktu malam. Al-kisahnya, dia berpangkat manager jugaklah, tapi selalu sangat MC (medical leave) walhal baru saja masuk kerja. Sehinggakan dalam satu bulan tu mungkin hanya 5 hari sahaja dia bekerja!!!!

Kerjanya pun banyaklah pending sebab asik MC sahaja. Boleh kata menjadi buah mulut semua orang di ofis sehinggakan pernah diperli oleh bos untuk membawa tilam dan bantal ke ofis. Namun disebalik MC itu rupa-rupanya dia mempunyai masalah atau penyakit susah tidur waktu malam. Dikala orang lain asyik diulit mimpi dia menjadi seperti kelawar dimana otaknya berkeliaran tanpa boleh melelapkan mata.

Ini adalah salah satu akibat masalah susah tidur waktu malam. Tidur yang lena dan nyenyak adalah satu keperluan hidup untuk mengekalkan tubuh kekal sihat dan cergas. Tanpa tidur yang lena diwaktu malam, kualiti kesihatan kita akan terganggu dan pelbagai penyakit seperti jantung, ulser perut, tekanan perasaan (depression) dan juga Kanser.

Bahaya tau!!! Jangan ambil mudah penyakit yang boleh membawa maut ini.

So, entry kali ini Fuzza ingin kongsikan tentang Petua Mendapatkan Tidur Lena di Waktu Malam supaya kesihatan yang berkualiti dapat dikekalkan.


PETUA ATASI MASALAH SUSAH TIDUR WAKTU MALAM






1. Pastikan Suhu Blik Tidur Kita Di Bawah 21 Darjah Celcius

Cuaca sekarang ini memang tak menentu. Panas yang teramat kadang kala diwaktu pagi akan menyebabkan haba tersekat sehingga ke malam hari dan menyebabkan bilik pun terasa panas. Bilik yang panas tidak akan membantu untuk mendapatkan tidur yang lena.

Maka, kita boleh memasang penghawa dingin atau aircond untuk memastikan suhu di bilik tidur sesuai dan dapat dikekalkan di bawah 21 darjah celcius kerana mengikut kajian suhu bilik optimum untuk tidur yang lena adalah antara 15 ke 20 darjah celcius.

2. Pastikan Jam Loceng, Telefon Bimbit dan Alatan Elektrik lain Berada Jauh dari Kepala Semasa Tidur 

Jangan letakkan alatan ini terutama telefon bimbit di tepi teling atau dibawah bantal. Sekiranya anda mengunakan alatan ini, Fuzza nasihat letak jauh sikit. Maybe dalam 3-5 kaki daripada katil kita. Bagi yang tiada masalah tidur seperti Fuzza ni takpe. Letak sebelah pun boleh tidur lena tak bangun-bangun...hehe!!

Namun bagi anda yang mempunyai masalah sukar tidur waktu malam atau insomnia ini perlu mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga.

3. Kurangkan Penggunaan Gadjet yang Memancarkan Cahaya Sebelum Tidur

Gadjet yang memancarkan cahaya seperti telefon bimbit, TV, iPad, Note, laptop dan lain-lain boleh menyekat pengeluaran hormon melatonin. Ini akan menjejaakan keupayaan kita untuk tidur lena dan meningkatkan risiko kanser.

Melatonin sangat penting dalam membantu menahan radikal bebas yang berbahaya dan melambatkan penghasilan estrogen yang menyumbang kepada kanser. So, bagi anda yang mempunyai masalah sukar tidur malam ini Fuzza nasihatkan sebaiknya tutuplah semua gadjet sejam sebelum kita masuk tidur. Sebelum itu bolehlah mengamalkan aktiviti seperti membaca Al-Quran atau buku.

4. Pasangkan Tingkap Bilik dengan Langsir yang Berwarna Gelap

Mengikut kajian saintifik, sedikit cahaya yang paling kecil pun boleh menjejaskan kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin dan serotonin iaitu hormon yang membantu kita untuk tidur dengan nyenyak.

Maka pastikan bilik tidur kita benar-benar gelap dan tiada lampu yang menganggu. Memasangkan langsir yang gelap dapat membantu menimbulkan mood untuk tidur. Selain itu, boleh juga memasangkan lampu mentol "low blue" di bilik tidur dan bilik air kerana ia tidak akan menganggu pengeluaran melatonin.


MENINGKATKAN NUTRISI DALAM TUBUH BOLEH BANTU TIDUR YANG LEBIH BERKUALITI







Kekurangan vitamin dan mineral juga adalah salah satu punca yang menyumbang kepada penyakit susah tidur waktu malam. Satu kajian dijalankan dan memperoleh ada 3 nutrien yang bersalingkaitan kepada 3 jenis masalah tidur yang biasa dihadapi iaitu:

  • Kekurangan magnesium boleh menyebabkan insomnia
  • Kekurangan potassium boleh menyebabkan sering terjaga di malam hari
  • Kekurangan vitamin D telah dikaitkan dengan rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang

KEKURANGAN MAGNESIUM PENYEBAB INSOMNIA


Masalah kekurangan Magnesium ini sangat biasa di Malaysia dan juga negara-negara lain. Kajian menunjukkan majoriti 80 peratus rakyat Amerika menghadapi risiko kekurangan magnesium daripada pemakanan mereka seharian. Sama seperti di Malaysia. Pemakanan harian kita tidak dilengkapi dengan magnesium yang mencukupi utk keperluan harian.

Adakah anda tergolong dalam individu seperti dibawah ini?

  • Sistem pencernaan yang lemah yang mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap magnesium (penyakit Crohn, usus bocor, dan lain-lain).
  • Kencing manis terutamanya jika ia tidak terkawal, yang membawa kepada peningkatan kehilangan magnesium dalam air kencing.
  • Faktor Usia-Mereka yang lebih tua lebih cenderung untuk kekurangan magnesium kerana penyerapan berkurangan dengan umur dan warga tua lebih cenderung untuk mengambil ubat-ubatan yang boleh mengganggu penyerapan magnesium.
  • Buah pinggang yang tidak sihat yang menyumbang kepada kehilangan berlebihan magnesium dalam air kencing.

KEKURANGAN POTASSIUM PUNCA SERING TERJAGA DIMALAM HARI


Potassium ini adalah kategori garam baik. Ia berperanan dalam mengatur tekanan darah dan berfungsi secara sinergi dengan magnesium untuk memperbaiki tidur. Gabungan ini boleh membantu mengelak kekejangan otot.

Biasanya disyorkan supaya kita mengambil dalam 5 kali lebih potassium berbanding natrium. Namun, kita selalu mengambil natrium (garam jahat) berlebihan kerana banyak makan makanan yang diproses sehingga menyebabkan kebanyakan orang mengambil dua kali ganda jumlah berbanding sepatutnya. Inilah yang menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi.

KEKURANGAN VITAMIN D PENYEBAB RASA MENGANTUK

Menurut penyelidikan yang dibentangkan pada perhimpunan Associated Professional Sleep Societies, individu yang berasa mengantuk waktu siang dan mengalami radang otot yang boleh mengakibatkan waktu tidur malam terjejas berkemungkinan besar tidak cukup atau kekurangan Vitamin D.

Satu kajian oleh McCarthy dan rakan-rakan telah dilakukan ke atas 153 orang pesakit yang mengadu sakit kronik akibat tidur terganggu telah menunjukkan 84 peratus daripada pesakit yang mempunyai sama ada tidak cukup (insuffieciency) vitamin D (30 peratus) atau kekurangan (deficiency) (54 peratus). Mereka membuat kesimpulan bahawa kekurangan vitamin D boleh menyumbang kepada rasa mengantuk.

BANTU ATASI SUSAH TIDUR MALAM TANPA UBAT !!!


Bagi anda yang mempunyai masalah tidur malam ini, Fuzza mencadangkan agar anda mengambil dua jenis supplemen atau vitamin ini yang dapat membantu mengembalikan semula tidur lena anda. Ia dapat membantu mengatasi kekurangan nutrien dan vitamin yang menyebabkan punca sukar tidur waktu malam.

"OsteMatrix dan Alfalfa bantu atasi Masalah Susah Tidur Waktu Malam"

Shaklee OsteMatrix Bukan Sekadar Kalsium Biasa




OsteMatrix Shaklee mengandungi kalsium untuk keperluan harian yang diperlukan utk pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Kenapa fuzza kata ia bukan kalsium yang biasa-biasa?? Sebabnya OsteMatrix ini mengandungi magnesium, vitamin D, mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kenapa anda perlu memilih Shaklee OsteMatrix berbanding kalsium jenama lain?


Sebelum ini Fuzza memang mengamalkan kalsium jenama lain (sebab tak suka minum susu putih...hehe) Namun selepas berkenalan dengan Shaklee bertukar kepada OsteMatrix. Dan apa yang membuatkan saya jatuh hati dengan Shaklee OsteMatrix ialah:

1. Kapletnya yang kecil dan disalut licin mudh ditelan 
2. Mengandungi 1,000 mg unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
3. Mengandungi 400 mg magnesium bagi kalsium untuk diserap ke dalam tulang untuk kekuatan tulang
4. Merangsang kalsium untuk diserap dengan efisien kerana mengandungi 400 IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium optimum

Alfalfa Raja Segala Tumbuhan



Shaklee Alfalfa ni dikenali sebagai raja segala tumbuhan sebab ia merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya boleh mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi potassium, vitamin A, C dan E serta kalsium, fosforus dan zat besi.



Tolong tolong tolong jangan ambil remeh apabila anda sukar untuk tidur di waktu malam. Ianya seperti gunung berapi yang hanya tunggu masa untuk meletup dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. In Shaa Allah, dengan beberapa petua yang Fuzza kongsikan dapat membantu anda menangani masalah ini.

Jangan abaikan artikel ini dan membiarkan masalah berlarutan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. Hubungi Fuzza sekarang sms@whatsapp 017-6961509 utk sebarang kemusykilan!!

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment