TIPS DAN CARA PENYIMPANAN SUSU IBU

TIPS DAN CARA MENYIMPAN SUSU IBU | IBU MENYUSU YANG BEKERJAYA

by MummySayf


Wahhh!! Seronok kan kalau dapat rezeki susu bagi anak macam ni?? Penuh deep freezer dengan susu ibu. Tapi susu yang diperah ini perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. So, bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik untuk menyimpan susu ibu buat si manja tersayang terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya =)

Jom kita lihat antara tips dan cara penyimpanan susu ibu yang betul. Semoga ia bermanfaat buat mommies semua.


TIPS DAN CARA MENYIMPAN SUSU IBU



  • Susu ibu segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan. 
  • Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajiannya. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti. 
  • Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 – 8 hari didinginkan. 
  • Membeku sus ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran. 
  • Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain. Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran. 
  • Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.
  • Susu ibu yang disimpan mungkin berubah baud an rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan. 

BERIKUT ADALAH CARA MEMANASKAN SUSU IBU UNTUK DIBERIKAN PADA BAYI


HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES!!! =)


Bagi mommies yang sedang mencari supplemen atau makanan tambahan untuk membantu mengekalkan kecergasan semasa menyusukan bayi, boleh mendapatkan INFO SET PENYUSUAN SHAKLEE DISNI !!


Anda mugkin juga meminati:
- Supplemen untuk ibu menyusu
Tips atasi masalah penyusuan susu ibu
Tips Menambah Susu Ibu
Tips Minum Air Masak 3 Liter Sehari
Teknik Penyusuan Susu Ibu

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN SUPPLEMEN PENYUSUAN SHAKLEE TERUS SECARA ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT ATAU CREDIT CARD : 

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 



Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:


Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf


 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment