CARA MERANGSANG PENGELUARAN SUSU IBU | PETUA TAMBAH SUSU BADAN
IBU MENYUSU |
Pernah dengar apabila ibu menyusu kekurangan susu badan, orang-orang tua akan suruh pergi mengurut?? Benarkah mengurut dapat menambah pengeluaran susu ibu??
Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh mommies lakukan untuk merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan baby. Dan mengurut adalah salah satu dari caranya. Tak perlulah nak memanggil makcik tukang urut setiap kali. Urutan ringkas boleh dilakukan sendiri sebelum kita menyusukan bayi. Urutan ini dapat membantu merangsang kelenjar penghasilan susu ibu. Jom kita lihat cara-cara urutan yang boleh mommies lakukan =)
URUTAN MENAMBAH PENGALIRAN SUSU IBU
LANGKAH 1 : TUAM
Sebelum melakukan urutan, mommies perlu menuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini baik kerana dapat merangsang payu dara mengeluarkan susu badan dengan lebih lancar.
LANGKAH 2 : TEKAN
Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.
LANGKAH 3 : GERAKAN
Setelah itu, sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari yang lain pula ditempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Namun, jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah lima hingga enam kali.
LANGKAH 4 : TERUSKAN GERAKAN
Teruskan dengan membuat menggerakkan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Namun, jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenan.
LANGKAH 5 : PUTAR
Gerakkan jari-jari and dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.
Haaa...mudahkan?? Dengan 5 langkah mudah ini, In Shaa Allah dapat membantu mommies dalam merangsang pengaliran susu ibu yang lebih lancar. Selamat Mencuba !!
Bagi mommies yang sedang mencari supplemen atau makanan tambahan untuk membantu mengekalkan kecergasan semasa menyusukan bayi, boleh mendapatkan INFO DISINI !!!
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI
SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN!
WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT
KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment