Sepanjang saya aktif dalam bisnes Shaklee ini, ramai yang pm meminta tunjuk "ajar ku sifu" bagaimana untuk berbisnes Shaklee secara online ini. Bukan saya kedekut ilmu, namun ia adalah tugas UPLINE untuk guide DOWNLINE masing-masing sehingga berjaya. Bagi saya ia adalah satu amanah yang Allah berikan pada saya utk pikul. Dan in Shaa Allah, downline dibawah empayar saya akan diberikan guidance yang betul.
Untuk JOIN AHLI SHAKLEE ini, anda perlukan upline atau sponsor. Anda perlu pilih siapa sebagai sponsor anda? Adakah Mak Jemah sebelah rumah? =) ok....sebelum memilih pastikan anda membuat keputusan yg TEPAT, BENAR dan BETUL ! Pilihlah upline yang aktif dan yang boleh membimbing anda dalam bisnes ini.... (Lihat sini utk cara jadi ahli)
Berikut adalah antara situasi yg banyak terjadi dan saya jumpai bagi mereka yang pening kepala dan menyesal selepas join ahli Shaklee...jom baca! Dan pastikan ia tidak terjadi pada diri anda.
5 PUNCA DAN AKIBAT BURUK DAFTAR AHLI SHAKLEE
Daftar ahli Shaklee dengan orang terdekat semata-mata
Ini merupakan punca yang paling kerap dan sering terjadi. Atas dasar konon-kononya nak menyokong kawan-kawan atau saudara-mara, mereka mengambil keputusan untuk daftar ahli Shaklee dengan orang terdekat. Jangan salah faham, langsung tidak menyalahi mana-mana etika atau undang-undang untuk kita daftar sebagai ahli Shaklee dengan sesiapa pun yang kita suka/mahu; lebih-lebih lagi kawan-kawan atau saudara-mara.
Apa yang nak diajar/dikongsikan kalau dia sendiri pun tak tahu apa-apa? Betul kan? Justeru kalau nak daftar dengan ahli keluarga sebagai penaja Shaklee sekalipun, pastikan sedikit sebanyak dia juga faham tentang konsep perniagaan sebegini.
Daftar ahli Shaklee dengan Penaja yang tak cukup aktif
Akibat daftar dengan penaja yang tidak cukup aktif ialah, kita tidak up-to-date dengan sebarang pengumuman pihak Shaklee. Memandangkan Shaklee sentiasa memperbaiki peraturan mengerjakan perniagaan Shaklee bagi menjamin kelangsungannya dalam jangka-panjang, tidak up-to-date boleh membawa padah jika kita ter-buat salah sebab tidak diberitahu. Sama ada keahlian digantung ataupun dibatalkan sama sekali!
Daftar ahli Shaklee dengan Penaja yang tak tahu promosi
Penaja yang tidak cukup aktif biasanya tidak menyediakan sebarang sesi bimbingan dan sokongan yang berterusan. Akhirnya, anda terkial-kial keseorangan mengusahakan perniagaan ini dalam gelap. Secara jujurnya, anda pasti banyak menghabiskan banyak masa tercari-cari maklumat yang sepatutnya disediakan dari hari pertama anda daftar menjadi ahli Shaklee.
Kalau ada satu perkara terpenting; selain kaedah penggunaan produk Shaklee, yang penaja anda perlu tahu ialah cara membuat promosi yang tepat, efektif dan berkesan.
Bagaimana nak lakukan promosi secara online/offline? Langkah demi langkah bagaimana nak mula?
Dan memandangkan kebanyakan pengedar baru mengerjakan perniagaan Shaklee ni secara sambilan, anda perlu diajar teknik pemasaran terbaik untuk menghasilkan jualan supaya tidak menjejaskan kualiti kerja di pejabat.
Akibat tidak mendapat bimbingan daripada penaja yang baik ialah kalau orang lain boleh mewujudkan blog sendiri dalam masa satu-dua jam, anda memerlukan seminggu-dua. Kalau blog orang lain boleh mendatangkan 50-1000 pelawat setiap hari, blog anda hanya mampu menarik 1-5 orang saja. Lebih penting, kalau blog orang lain mampu menghasilkan jualan hingga berpuluh hingga ratusan ribu sebulan, blog anda paling tinggi pun cuma seribu dua saja. Begitulah pentingnya memiliki penaja yang tahu promosi.
Daftar ahli Shaklee dengan Penaja yang suruh jual murah
Akibat tidak tahu teknik pemasaran yang tepat; tapi begitu terdesak nak naik pangkat, ada penaja yang sanggup melanggar etika dengan merendah-rendahkan harga jualan. Tindakan tidak profesional sebegini bukan saja menindas pengedar Shaklee yang lain secara terang-terangan, malah boleh menyebabkan keahlian Shaklee dibatalkan serta-merta.
Perlu diingat, ini bukan soal dengki. Akan tetapi, tindakan proaktif Shaklee bagi memastikan setiap pengedarnya yang daftar ahli Shaklee tidak berlumba-lumba menjatuh-jatuhkan harga semata-mata untuk masing-masing naik pangkat hingga boleh merosakkan pasaran sedia ada. Budaya rakyat Malaysia berniaga, langsung tidak kreatif dalam perniagaan hingga terdesak menjadikan harga produk sebagai satu-satunya faktor jualan.
Saya tidak mencadangkan anda daftar ahli shaklee dengan penaja sebegini kerana hak keuntungan anda dinafikan dengan diskaun yang tidak berpatutan. Peniaga yang bijak sepatutnya memberikan nilai, bukan diskaun semata. Justeru, penting untuk daftar dengan penaja yang memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran dan promosi. Sekurang-kurangnya, penaja tersebut mesti tahu teknik pemasaran dan promosi yang membolehkan jualan tetap memberangsangkan tak kira berapa pun harga.
Daftar ahli Shaklee dengan Penaja Haram Jadah
Walaupun agak bosan untuk diceritakan, saya masih terpaksa mengulas sedikit tentang sifat-sifat penaja haram jadah ni memandangkan ia sesuatu yang sangat serius. Model perniagaan MLM ni sebenarnya bagus, menggalakkan kerjasama berkumpulan serta sistem sokongan daripada penaja yang berkebolehan dan berpengalaman secara berterusan, PERCUMA.
Namun, sebagus mana sekalipun sesuatu itu, kalau jatuh ke tangan orang yang berniat kurang baik pasti akan disalahgunakan. Contohnya penaja jenis haram jadah ni. Sepatutnya prestasi setiap pengedar adalah berasaskan jumlah jualan produk yang sampai ke tangan pengguna. Namun ada pengedar yang mengambil kesempatan memaksa anak buah mereka untuk membeli stok hingga puluhan ribuan ringgit sebelum diajar teknik pemasaran yang benar bagaimana menjual produk-produk tersebut.
Ini yang banyak kita dengar kawan-kawan atau saudara-mara kita daftar MLM dengan kos puluhan ribuan ringgit (hingga menuntut membuat pinjaman bank kononnya “modal perniagaan”) tapi sampai ke sudah stok-stok tersebut tersorok di bawah katil.
Tidak salah untuk membuat stok agar tidak terlalu kerap ulang-alik ke pejabat MLM setiap kali pelanggan membuat pembelian, tetapi komitmen hingga puluhan ribuan ringgit sebelum diajar teknik pemasaran untuk menghabiskannya sangat berisiko tinggi.
Apa yang terjadi ialah, mangsa-mangsa pengedar yang daftar dengan penaja haram jadah sebegini terpaksa menjual semua stok-stok tersebut dibawah harga kos semata-mata untuk membayar semula pinjaman bank tadi. Dalam Shaklee, keahlian anda PASTI ditamatkan serta-merta! Elok-elok Shaklee boleh mengubah kualiti hidup anda, diakhiri dengan masa depan yang sangat suram. Sangat merugikan, bukan?
Oleh kerana penaja-penaja haram jadah sebegini tiada kepakaran sewajarnya dalam bidang pemasaran produk, mereka terpaksa menjual cara hidup yang mewah bagi meyakinkan bakal prospek yang “mereka sudah berjaya”. Ini yang kadang-kadang suka bergambar di depan kereta-kereta mewah, barang-barang berjenama serta pakaian-pakaian fesyen terkini seorang DIVA. Perkara ini sangat subjektif. Tapi bagi kami; jika anda benar-benar bagus, anda tak perlu pengesahan sesiapa mahupun apa-apa hingga memaksa untuk berlakon dan menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. Kredibiliti terbit daripada kebolehan diri, bukan harga yang kita ada mahupun fesyen yang kita ikuti.
Haaa...pastikan anda tidak terjebak dengan upline atau sponsor yang begini. Ciri-ciri diatas perlu diambil perhatian. Kalau tidak memang anda akan menyesal dan harapan untuk berjaya dengan bisnes Shaklee pun akan pudar nanti.... so BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK !!! (Lihat sini utk cara jadi ahli)
Ingin sertai keluarga besar kami yang ANDA PASTI TAKKAN MENYESAL?? Jom !!! Hanya RM75 dan anda boleh jana pendapatan dari rumah =)
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment