Selalunya saya bercerita mengenai supplemen, penyakit, tips kesihatan je.. hari ini nak berkongsi resipi pulak. Selain update blog ni, memasak pun salah satu hobi dan kegemaran saya...=) Sebenarnya amat penting kita sebagai seorang isteri dan ibu memastikan keluarga kita mendapatkan makanan yang sihat, bersih dan berkhasiat. Terutama bagi tumbesaran kanak-kanak.
Selain berikan Sayf MealShakes dan OmegaGuard sebagai supplemen, saya juga mementingkan pemakanan hariannya. Macam Sayf sekarang ini, alhamdulillah sangat mudah nak makan. Kejap-kejap mintak "maa...mam mam. mam mam..." Kalau dulu memang sangat ligat bila tiba waktu makan. So, kenalah fikirkan resepi-resipi dan menu istimewa buatnya setiap hari supaya takdelah dia jemu. So, saya cubalah buat "PANCAKE KELAPA" dengan penuh kasih sayang tau...huhu!! Ia boleh dibuat sarapan or snack petang. Bukan Sayf je makan ya...satu family pun makan sampai licin...=)
Jom kita tengok resepi dan cara-cara nak buatnya.
RESEPI PANCAKE KELAPA
Kelapa Parut (ambil yang putih sahaja)
Tepung gandum
Air kelapa muda (jika tiada boleh gantikan dengan susu/santan utk rasa lemak manis)
Gula melaka (potong halus)
Sebiji Telur
Sedikit baking powder
Garam secukupnya
Air masak (jika perlu)
Cara-cara nak buatnya senang je. Masukkan semua bahan-bahan diatas dan gaulkan rata. Pastikan adunan sedikit pekat. Simpan adunan sekejap dlm 10-20minit. Selepas itu panaskan kuali leper/pan. Gunakan sedikit butter/minyak. Tuangkan adunan ikut saiz anda dan masak diatas api yang perlahan.
Tadaaaa!!! Siap dah "PANCAKE KELAPA" yang lazat berkrim disukai ramai ni...huhu (syok sendri k..!!)
Selamat mencuba semua!!!
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
No comments:
Post a Comment