KAEDAH BERSALIN DALAM AIR, APA YANG PERLU ANDA TAHU ?

Water Birth atau Bersalin di dalam Air adalah salah satu kaedah bersalin yg semakin popular. Namun di Malaysia, tidak banyak hospital yang menyediakan facility ini. Setakat yang saya tahu Hospital Pantai ada menyediakan kaedah bersalin secara water birth ini.

Kenapa Water Birth Menjadi Pilihan?

Kaedah bersalin di dalam air menjadi salah satu pilihan terbaik kerana ia mengelakkan anda menggunakan ubat penahan sakit ketika bersalin. Kaedah ini mengurangkan rasa sakit para ibu. Ketenangan yang dirasai saat badan direbahkan ke dalam air yang sedikit suam mampu mengurangkan kesakitan yang dialami.

Terdapat beberapa sebab yang menghalang seseorang untuk melahirkan bayi di dalam air.

Kesihatan

Sekiranya anda adalah penghidap diabetes, sakit jantung atau sakit buah pinggang, kaedah ini tidak sesuai untuk anda. Penyakit yang boleh berjangkit melalui air seperti herpes juga tidak sesuai untuk melakukan kaedah bersalin di dalam air.

Tidak cukup bulan

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan tidak boleh dilahirkan di dalam air. Sebaliknya, para ibu perlu menggunakan teknik bersalin yang normal.

Kelahiran kembar

Sekiranya anda bakal melahirkan bayi kembar, kaedah normal lebih sesuai. Ini adalah supaya doktor dapat memberi perhatian kepada kedua-dua bayi yang baru dilahirkan.

Khidmat profesional

Untuk memilih kaedah kelahiran di dalam air, anda perlu memastikan bidan atau doktor yang bakal merawat anda. Pastikan mereka adalah orang yang profesional dan biasa menerima kelahiran di dalam air.

Sumber

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Anda mungkin meminati::
- Supplemen Ibu Hamil
- Supplemen Ibu dalam Pantang & Menyusu

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment