PEMAKANAN IBU DALAM PANTANG


Pemakanan adalah aspek yang penting dalam rawatan selepas bersalin. Ini kerana dalam proses kehamilan berlaku perubahan dan ketidakseimbangan hormon. Ibu dalam pantang juga biasanya akan mengalami tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal dan trauma selepas bersalin. 

Mengikut sesetengah petua orang tua-tua dulu, ibu-ibu dalam pantang hanya boleh memakan nasi berlaukkan ikan masin or ikan bakar berkunyit dan minum air dalam kuantiti yang sedikit. Akibat mengamalkan cara pemakanan begini semasa dalam pantang ramai ibu-ibu yang terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itu perubatan moden menentang amalan berpantang secara begini.

Semasa dalam pantang ibu-ibu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang merangkumi semua jenis makanan didalam piramid makanan. Terutama protein dan juga makanan kaya serat/fiber. Ini dapat membantu menyembuhkan luka secara sempurna dan juga mencegah daripada terkena sembelit selepas bersalin.

JENIS MAKANAN BERKHASIAT YANG PERLU DIAMALKAN IBU DALAM PANTANG


JENIS IKAN


Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut dipercayai akan menyebabkan darah nifas berbau busuk dan melemahkan daya tahan fizikal dan mental. Ibu berpantang perlu memakan ikan yang segar dan mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari, sembilang dan parang kerana dipercayai menyebabkan biasa atau bentan pada pintu rahim.

Selain itu jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menyebabkan alahan/alergik seperti ikan kembung, tamban, tongkol, cencaru dan makanan laut lain seperti udang, sotong, kerang,  ketam dan lain-lain.


Antara ikan yang disyorkan dalam pantang ialah ikan haruan dan ikan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan mengandungi kandungan zink yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Ikan yu pula dipercayai dapat membanyakkan susu ibu. """ ikan yu adalah salah satu milk booster mummysayf...=) """

JENIS ULAM-ULAMAN

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 

Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: 

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 

JENIS SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN


Ibu berpantang dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. 

Ibu selepas bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 

JENIS AYAM DAN BURUNG


Ibu dalam pantang disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Anda mungkin meminati:


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

No comments:

Post a Comment