RAHSIA DISEBALIK TANGISAN BAYI ANDA

Setiap kali mendengar tangisan bayi, ibu mana yang tidak akan risau kerana tidak mengetahui mengapa bayi itu menangis. Adakah kerana lapar? perut kembung? atau lampin basah? Maka pelbagai usaha akan si ibu lakukan satu persatu untuk melihat kehendak si comelnya. Alangkah mudahnya jikalau kita memahami apa si comel kita cakapkan...=)

http://mummysayf.blogspot.com/2013/03/rahsia-disebalik-tangisan-bayi-anda.html


Pricilla Dunstan, dikatakan mempunyai photographic memory of sound, menggunakan kelebihannya untuk mendengar tangisan anaknya. Kemudian dia mengesahkan kajiannya keatas 1000 bayi baru lahir. Bayi tidak kira bangsa, daripada umur 0-3 bulan mempunyai jenis tangisan yang sama. Jom kita ungkap rahsia tangisan bayi....

  1. Makna tangisan bayi " OWH" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut mengantuk.
  2. Makna  tangisan bayi Neh" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut lapar.
  3. Makna tangisan bayi " Heh" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut dalam posisi yang tidak selesa.
  4. Makna tangisan bayi " Eir" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut mau membuang.
  5. Makna  tangisan bayi " Eh" = makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut ingin bersendawa.

Bagaimana ibu-ibu agak-agak boleh faham tak atau boleh tak bezakan bunyi-bunyi tersebut. Agak sukar tapi kita pasti mengenal anak masing-masing kan. Mudah sahaja mengenal karenah anak sendiri. Bayi juga boleh dikenali dengan 'body language' bila menangis. Jom kita tengok apa yang boleh anda kenali dan perhatikan.

1. Tangisan bayi lapar dan ingin menyusu


Bayi akan menangis jika ia lapar. Tangisan haus terdengar dalam nada berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti untuk mengambil nafas, kemudian menangis lagi, aktiviti ini terjadi berulang-ulang.

2. Tangisan bayi membuang air besar


Lampin yang basah membuatkan bayi merasa tidak selesa sehingga ia akan menangis. Suara bayi pada awalnya terdengar perlahan, kemudian makin keras. Bayi terlihat menggeliat di tempat tidurnya.

3. Tangisan bayi sakit


Keadaan ini akan membuat bayi terus menangis. Tangisan sakit diawali dengan nada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian bayi terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Segera cari punca sakitnya. Perikasa perutnya takut-takut kembung, periksa seluruh badannya untuk mengetahui punca bayi menangis. Mungkin juga ada serangga kecil yang menggigitnya atau macam-macam kemungkinan yang lain.

4. Tangisan bayi bosan


Bayi cenderung bosan jika ia terlalu lama berbaring. Tangisan yang menandakan anak bosan terdengar mirip teriakan. Bayi tak akan berhenti menangis selama ia merasa bosan.

5. Tangisan bayi minta didukung


Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa detik, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, ayunlah ia perlahan-lahan sampai ia tertidur.

6. Tangisan bayi  Kesepian


Bayi senang jika ibu bapanya berada dekat dengannya. Jika ia merasa kesepian, tangisannya akan terdengar bernada sedih, bukan marah.

*Sumber

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

No comments:

Post a Comment