Salam sayang mommies....=) Mummysayf support "Human Milk for Human Babies"
Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi anda. Susulah bayi dengan susu ibu secara ekslusif sehingga 6 bulan pertama kelahiran dan diteruskan sehingga 2 tahun atau lebih. Pemakanan yang diterima oleh anak anda 6 bulan pertama sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Maka, adalah sangat penting bagi ibu menyusu mengamalkan diet yang seimbang, betul dan sihat.
Ibu menyusu tidak digalakkan menghadkan pengambilan makanan semata-mata untuk kurus.Secara semulajadi, menyusu bayi dapat menurunkan berat badan dan mengikut kajian lebih kurang 500 kalori dibakar setiap hari bagi ibu menyusu. Pengamalan diet yang sihat menjamin kualiti susu ibu serta mengekalkan kesihatannya serta memberi tenaga untuk menjaga bayi anda. Ini secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.
KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI
- Untuk membekalkan diet/nutrien yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurangan semasa menyusu bayi
- Bagi mengalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
- Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal (iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
- Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan seterusnya boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi.
PANDUAN ASAS DIET/PEMAKANAN IBU MENYUSU
Kebiasaannya ibu menyusu memerlukan penambahan 500 kalori sehari untuk 6 bulan pertama dan untuk 7-12 bulan, penambahan tenaga bergantung kepada jumlah susu yang dihasilkan. Antara panduan asas yang boleh diikuti ibu menyusu ialah:
- Kepelbagaian - mengambil makanan dari kesemua kumpulan makanan yang terdiri daripada zat dan nutrien di dalam piramid makanan.
- Mengikut Porsi - si ibu hendaklah meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
- Kesederhanaan - menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan alkohol.
- Aktiviti - seimbangkan aktiviti fizikal dengan pengambilan diet harian anda.
Selain penjagaan diet dan makanan seimbang, mummysayf juga mengamalkan supplemen/vitamin Shaklee. Ini kerana, dikala kesibukan dengan aktiviti harian dan penjagaan babysayf, kadangkala diri ini terlupa akan diri sendiri. Sometimes breakfast pun tak sempat kerana asik melayan kerenah babysayf yang semakin aktif....=) So, rakan-rakan seperjuangan ibu menyusu bolehlah mengamalkan supplemen ini...InsyaAllah memang sangat berbaloi....ia dapat membantu kita untuk lebih fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa!
CADANGAN SUPPLEMEN IBU MENYUSU
Cadangan Supplemen Penyusuan Shaklee |
VITALEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON
Untuk memastikan keperluan vitamin dan galian harian dipenuhi. Pada masa kini, pengambilan makanan seharian tidak dapat memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh. Apa uniknya Vitalea Shaklee ini? Ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
B-COMPLEX
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
VITAMIN C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.
ALFALFA
Si Raja Herba, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Meningkatkan khasiat dalam susu ibu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat . Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.
OSTEMATRIX/KALSIUM
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari simpanan tubuh ibu.
Jika kalsium ini tidak digantikan maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sakit kaki dan belakang, mudah letih dan lesu. Sesetengah ibu akan mengalami kerunduman susu semasa haid, dan ini adalah kerana ibu kekurangan kalsium.
ESP – SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein juga diperlukan untuk membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu. Selain itu dapat membantu menahan rasa lapar kerana ibu menyusu akan kerap berasa lapar dan memberi tenaga berterusan.
Anda juga mungkin meminati:
- Teknik Penyusuan Susu Ibu
- Tips Tambah Susu Ibu
- Kuruskan Badan Selepas Bersalin
- Human Milk for Human Babies
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf
No comments:
Post a Comment