2 SEBAB KENAPA SENAMAN KAGEL PENTING UNTUK KAUM WANITA

CARA SENAMAN KAGEL ATAU KEMUTAN | KEPENTINGAN SENAMAN KAGEL


Hari ini Fuzza nak kongsikan sedikit tips khas buat kaum wanita. Tips ini Fuzza dapati semasa satu menghadiri satu Talk khas untuk orang perempuan sahaja di sekolah menengah dulu. Masa tu buat di dewan tutup semua pintu taknak bagi student lelaki dengar...huhu

ketatkan vagina

During that Talk, penceramah ada menerangkan satu senaman yang amat penting dan berguna bagi wanita. Senaman Kagel atau Kemutan ini sangat penting untuk kaum wanita kerana 2 sebab utama :

1. Untuk mengurangkan dan mengatasi sakit Sengugut

2. Untuk mengatasi "kelonggaran" bagi wanita yang sudah berkahwin dan bersalin

Tidak kiralah anda sudah berkahwin atau belum, anda haruslah mengamalkan senaman kagel ini sekerap yang boleh. Ia adalah senaman untuk membantu menguatkan otot-otot rahim. Bagi anak-anak dara yang mengalami masalah senggugut boleh cuba amalkan senaman ini dan bagi mak-mak anda lagilah wajib mengamalkan supaya kesihatan rahim kita ini terjaga rapi bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk suami tercinta. Selain itu ia juga dapat membantu mengatasi masalah kerap terkencing.

CARA BUAT SENAMAN KAGEL ATAU KEMUTAN



1. Sebelum anda memulakan senaman, apa yang paling utama adalah untuk mengetahui dimanakah lantai pelvik. Untuk mengenalinya mudah sahaja, bila anda rasa nak terkencing, cuba tahan aliran kencing. Haaa....disitulah lantai pelvik kita. Mudah kan??



2. Tumpukan perhatian hanya kepada lantai pelvik anda. Otot-otot lain seperti peha, punggung atau perut perlu relax ya. Letakkan satu tangan pada perut untuk memastikan perut adalah dalam keadaan relax. 



3. Baring dalam keadaan yang selesa seperti dalam gambar diatas ya. Pastikan anda baring dalam keadaan rata dan tangan disisi. Relaxkan otot perut dan punggung. 


4. Seperti rajah diatas, anda boleh mulakan kemutan dengan kiraan 5saat. Kalau anda rasa 5saat itu lama boleh mulakan dengan 2-3saat ya.



5. Setelah kemut selama 5 saat, lepaskan otot anda selama 10 saat. Kemudian ulangi latihan ini sebanyak 10 kali utk satu set. Dan dalam masa sehari buatlah 3-4 set bagi mendapatkan hasil yang marvelos!!!



6. Anda busy sepanjang hari dipejabat? Usah risau anda juga boleh melakukan senaman dengan cara berdiri dan tiada siapa akan mengetahuinya. Anda boleh melakukannya semasa anda duduk di meja anda di pejabat anda, makan tengah hari dengan rakan-rakan anda, atau hanya bersantai di sofa selepas hari yang panjang di tempat kerja.

AMARAN!!!

Jangan melakukan senaman ini semasa pundi kencing penuh. Sila kosongkan pundi kencing anda sebelum melakukan senaman ini ya. Kalau tak ia akan melemahkan otot anda pula.

Thanks to Dr Arnold Kegel yang telah memperkenalkan senaman ini pada 1948. Semoga sedikit perkongsian Fuzza ini dapat membantu anda menjaga asset yang berharga. 

Jom Kagel yukkk!!

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!
________________________________________________________________




Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"