TRAVELOG : RIADAH DI PADANG KOTA LAMA PULAU PINANG





Padang Kota Lama, Penang adalah salah satu tempat tarikan pelancong dan bagi kami yang berada di sini ia menjadi tempat riadah yang menarik bersama keluarga tersayang. Tersebutlah kisah di suatu petang sabtu, suami mengajak untuk ke sana lepas solat Asar. Sebelum ni Fuzza biasa pergi malam ja... so kali ini first time la kami sekeluarga pergi petang (maklumlah saya kan masih baru disini...huhu)

Hmm...bila tiba disini rasa menarik. Ia memang menjadi tempat ibu bapa membawa anak beriadah dipadang pada waktu petang. Semasa di KL, tempat yang biasa kami pergi di padang depan Setia City Mall. Kat sini ala-ala macam gitew jugaklah. Tapi apa yang membezakan ialah pemandangan mahal iaitu depannya ada laut. Ya Allah!! Cantik sungguh ciptaanMu.


     

Ada playground untuk kanak-kanak main dan yang paling best ada jual baloon sabun. Ini memang menjadi favorite Sayf. Dia kalau main ini akan berlari kejar baloon atas udara.



Dan bila dah penat bermain-main tu, boleh laa isi perut dengan rojak, pasembur, ice cream dan etc yang dijual disini.

Bagi anda yang berminat dengan sejarah, bolehlah melawat kubu lama zaman penjajahan British dahulu. Yang ini ada entrance fee untuk masuk. Kami tak sempat nak pergi, In Shaa Allah next visit kami singgah sini pula.



Apa pun, dalam kesibukan kita seharian, wajiblah kita meluangkan masa bersama keluarga terutama anak-anak. Masa yang dibazirkan ini takkan kembali. Anak-anak membesar setiap hari tanpa menunggu kita. Jangan lepaskan peluang untuk treasure every growing moment with them ok!! Alhamdulillah, Fuzza diberikan peluang untuk bekerja dari rumah and to be the first person to see every growth in their life....semoga Allah sentiasa memberikan peluang ini, In Shaa Allah.

I am a happy WAHM!! Ketahui bagaimana Fuzza menjana pendapatan dari rumah sambil menjaga anak-anak syurga DISINI.

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"


10 JENIS MAKANAN PUNCA PERUT ANDA BUNCIT DAN SELUAR JADI KETAT

MAKANAN PUNCA PERUT BUNCIT | TIPS ATASI PERUT BUNCIT





PERUT BUNCIT??? Siapa kat sini perutnya buncit? Cuba angkat keyboard sikit...hehe!! Perut buncit ni nampak seperti biasakan? Seperti sesuatu yang normal. Terutama sekali bagi lelaki iaitu sang suami, ia kelihatan lebih jelas. Namun lama-kelamaan apabila perut semakin membesar ia akan memberi sedikit sebanyak impak juga. Terutama apabila seluar menjadi semakin ketat dan setiap tahun saiz seluar meningkat. Ngeriii kan!!!

Kalau anda nak tahu, salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh pemakanan seharian kita. So, dalam entry kali ini Fuzza nak kongsikan dengan anda antara jenis makanan yang menjadi faktor dan penyebab kepada perut buncit anda. Maka, jenis-jenis makanan ini perlulah dikawal dari segi pengambilannya. Janganlah kita ambil secara berlebihan kerana bila diambil secara berlebihan maka perut akan semakin membuncit....uwaaa!!

JENIS MAKANAN PUNCA PERUT BUNCIT


1. Pemanis Buatan atau Artificial Sweetener

Apa benda ni? Kalau anda nak tahu pemanis buatan ini terdapat dalam kebanyakkan makanan dan minuman yang diproses terutama dan air berkarbonat. Pemanis buatan ini adalah daripada gabungan bahan kimia untuk mempertajamkan rasa manis. Terdapat juga beberapan jenis zat pemanis yang bersifat karsinogen iaitu zat punca kanser.

2. Gula Pasir

Gula adalah item wajib dirumah kita. betul tak? Namun pengambilannya perlu dikawal. Badan kita perlu gula, jikalau tidak kita akan menghidap penyakit HipoGlycemia. Namun jikalau diambil secara berlebihan bukan sahaja penyebab perut buncit malah boleh menjadi punca penyakit diabetes. (Klik sini untuk cara atasi diabetes)

3. Cheese atau Keju

Biasakan makan keju?? Keju ini bagus sebenarnya kerana kaya dengan kalsium namun ia tidak boleh diambil terlampau banyak kerana ia mengandungi cukup banyak lemak dan sukar untuk dicerna. Apabila sukar untuk dicerna, lemak-lemak tersebut akan tinggal didalam tubuh kita dan menjadi salah satu punca perut anda buncit.

4. Roti

Adalah lebih baik jikalau kita dapat mengamalkan wholemeal bread kerana kandungan kalori adalah lebih rendah berbanding roti putih. Selain itu, terdapat juga bahan tambahan lain seperti gula dan pati yang boleh menjadi punca lemak terbentuk diperut kesayangan itu...huhu

5. French Fries

Mesti makanan ini favorite anda semua kan?? Terutama kalau pergi fastfood restaurant seperti KFC, Burger King n etc. Actually kentang goreng ini adalah antara makanan yang tidak berkhasiat dan kaya dengan lemak kerana ia digoreng didalam minyak yang banyak dan kentang akan cepat menyerap minyak apabila dimasak. Maka kurangkanlah makan french fries ni ya!!

6. Alkohol

Alkohol sudah semestinya benda yang memang haram untuk kita sebagai muslim. Alkohol ini lebih banyak mendatangkan mudaratnya daripada kebaikan. Pengambilan alkohol akan meningkatkan hormon stress dan memberhentikan proses tubuh dalam membakar lemak.

7. Karbohidrat putih

Terdapat pelbagai jenis karbohidrat putih yang biasa kita makan seperti nasi putih, pasta, dan roti putih yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Adalah lebih baik jikalau kita bertukar kepada beras perang dan wholemeal bread kerana indeks glisemiknya yang rendah. 

8. Lemak

Lemak terbahagi kepada dua jenis, lemak baik dan lemak jahat. Badan kita memerlukan lemak baik ini dan perlu menghindari lemak jahat. Contoh lemak baik adalah minyak ikan. Ia bagus untuk perkembangan otak (rujuk entry bukan semua lemak buruk belaka). Selain daripada itu, cara kita memasak juga perlu dititikberatkan. Banyakkan masakan grill, rebus, stim daripada menggoreng bagi mengurangkan pengambilan minyak.

9. Makanan yang diproses

Processed food adalah antara makanan yang digemari ramai sejak kebelakangan ini. Contoh seperti makanan dalam tin atau kotak ia akan dicampurkan dengan pelbagai bahan pengawet tiruan (bahan kimia) untuk tahan lama. Makanan jenis sebegini mempunyai kalori yang tinggi namun hampir tidak memiliki apa-apa khasiat atau nutrien. Maka elakkan atau kurangkan daripada pengambilan makanan jenis ini ya!

10. Daging yang diproses

Processed meat seperti burger, hotdog, nugget dan etc juga termasuk dalam salah satu punca penyebab perut semakin membuncit. Selain itu, ia akan meningkatkan kolestrol dalam badan dan tekanan darah tinggi.

Selain daripada menjaga pemakanan seharian, anda juga boleh mengamalkan supplemen OmegaGuard Shaklee untuk membantu mengatasi masalah perut buncit ni. Seperti Puan Mariana ni, beliau hadiahkan OmegaGuard untuk suami yang mempunyai masalah perut buncit. Alhamdulillah setelah mengamalkan selama 3bulan dan bersenam sedikit, perut sudah seperti zaman sebelum kahwin tau!! haaa.....bila anda nak hadiahkan buat diri sendiri atau suami pulaa???




Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

PENGHIDAP PCOS MASIH BERPELUANG UNTUK HAMIL. NAK TAHU RAHSIANYA??


APAKAH ITU PCOS? | CARA RAWATAN DAN MENGATASI PCOS UNTUK BERJAYA HAMIL





Antara masalah yang Fuzza sering kali dapati adalah customer yang mengalami PCOS. Dan mereka seringkali runsing dengan sindrom yang dihadapi kerana sukar untuk hamil. Apakah itu PCOS sebenarnya? Fuzza kongsikan sedikit info yang  diperolehi daripada majalah yang dibaca siang tadi. Semoga dapat membantu anda dan kenalan yang menghidapi masalah ini.

Apakah itu PCOS?




Nama panjang untuk PCOS ini sebenarnya adalah Sindrom Ovari Berpolisistik. Kebiasaannya setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran. Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

Namun bagi wanita yang mengalami PCOS, ovari akan membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk kesukaran untuk hamil.

Sejak kebelakangan ini, wanita yang menghidap PCOS semakin meningkat. Namun punca sebenarnya masih belum dikenalpasti. PCOS ini adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. 

Antara Simptom Penghidap PCOS


1. Haid Tidak Teratur

Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk untuk anda ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya kalau anda yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti

Peningkatan berat badan secara mendadak adalah salah satu simptom PCOS juga. Ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism

Kalau anda perasan, ada segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Keadaan  ini biasa terjadi apabila terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan

Masalah sebegini akan terjadi apabila telur/ovum tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain

Bahagian kulit tertentu akan berwarna gelap, kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Perlu diingati, selain daripada masalah ketidaksuburan, penghidap PCOS juga berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Cara Rawatan Penghidap PCOS


Sindrom PCOS ini boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang arauntuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Penghidap PCOS 


Disamping anda mendapatkan rawatan daripada doktor di hospital, anda juga boleh mengamalkan supplemen GLA Complex yang sangat bagus untuk wanita. Ianya hanya daripada sumber tumbuhan iaitu dari minyak borage. Dan GLA Complex ini memang telah terbukti dapat membantu wanita yang mempunyai pelbagai masalah termasuk PCOS.


Antara kebaikan GLA Complex ini ialah:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf

Testimoni Penghidap PCOS Berjaya Hamil


Ini adalah antara testimoni penghidap PCOS yang berjaya hamil dengan izinNYA. Kita hanya berusaha dan ikhtiar sebanyak mungkin. In Shaa Allah akan ada rezeki dan sinar harapan. Yang penting anda jangan berlengah lagi untuk mendapatkan rawatan dan berusaha sebaiknya. 

Klik Sini untuk lebih banyak lagi TESTIMONI BERJAYA HAMIL


TUNGGU!!!!


Masih ada sesuatu yang istimewa buat anda bulan ini. Dengan setiap pembelian 2 botol GLA COMPLEX anda akan mendapat diskaun dan penjimatan sebanyak 5%. Jangan bertangguh untuk mendapatkan hasil yang cepat, In Shaa Allah.


Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

PETUA KULIT CANTIK GEBU BERSERI HANYA DENGAN BUAH-BUAHAN SEMULAJADI

TIPS KULIT PUTIH CANTIK GEBU BERSERI LICIN TANPA JERAWAT SECARA SEMULAJADI 


Salam sayang semua....

Hari ini Fuzza nak kongsikan tentang Tips dan Petua Kulit Cantik Berseri. Mesti anda semua nak tahu kan?? Yelaa...mana taknya...kalau dah namanya perempuan haruslah sentiasa ingin cantik berseri. Betul tak? Tak kiralah anak dara, yang dah berkahwin or yang nak dah  beranak sepuluh pun masih ingin kulit cantik berseri tau. Itu dah memang lumrah seorang wanita.

So, dalam entry Fuzza kali ini nak kongsikan mengenai buah-buahan yang boleh anda amalkan untuk memiliki kulit cantik gebu berseri. Buah-buahan ini penting dalam pemakanan kita seharian tau. Jangan ambil mudah ya...jadikan memakan buah-buahan sebagai amalan harian. Kerana kesan daripada kekurangan pengambilan buah-buahan ini akan nampak pada kulit wajah anda!! Kulit semakin kusam tidak berseri dan berjerawat adalah salah satu punca dan tanda anda kurang makan buah tau.

Selain menggunakan pelbagai produk penjagaan kulit dari luaran yang beribu-ribu ringgit tu, anda juga boleh mengamalkan cara yang mudah dan semulajadi ini untuk mendapatkan kulit sihat bebas masalah. Disini Fuzza kongsikan 5 jenis buah-buahan yang mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri.

5 JENIS BUAH-BUAHAN UNTUK KULIT SIHAT BEBAS MASALAH


1. Lemon



Kaya dengan Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Tips yang boleh Fuzza kongsikan ialah anda boleh mengambil segelas air dan sedikit perahan lemon yang dicampurkan dengan madu asli setiap pagi. Ia bukan sahaja untuk penjagaan kulit malah bagus untuk detox. 

2. Betik

Kaya dengan anti oksidan dan mengandungi enzim khas yang mampu membuang sel-sel mati dan kekotoran yang ada pada kulit. Selain daripada memakan buah betik, anda juga boleh lenyekkan betik dan sapu rata pada kulit wajah. Bila dah kering bilas dengan air bersih. Ia dapat memberikan kulit wajah yg lebih berseri.

3. Pisang

Pisang adalah salah satu buah yang kaya dengan sumber zat besi, magnesium, potassium  dan kalsium yang menjadikan tubuh lebih sihat.

Kalau anda nak tahu pisang juga boleh mengurangkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Jadi buah ini anti penuaan yang membantu kulit anda tampil lebih halus dan berseri.

4. Mangga


Buah mangga ni adalah salah satu buah favorite Fuzza dan family. Ia kaya dengan vitamin A dan mengandungi anti oksida. Ia boleh membantu melawan penuaan serta mengembalikan keanjalan kulit ala-ala muda remaja gitew.

5. Oren

Oren adalah buah yang sangat glamor dan terkenal dengan Vitamin C nya dan mampu untuk memulihkan tekstur kulit. Selain dari makan, anda juga boleh gosokkan bahagian dalam oren pada kulit untuk mendapatkan kulit yang segar. Oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung untuk digunakan sebagai pencuci semula jadi.


Tapi seperti biasalah dalam zaman moden yang tahap buzy gaban kerana wanita sekarang ini bukan hanya ibu dirumah, malah wanita bekerja yang kadangkala mandi pun tak sampai 5 min (buzy tahap max...haha) anak dah menjerit kat luar pintu. So, apa yang Fuzza amalkan mudah sahaja. Nak tahu apa dia?? Selain makan buah-buahan spt diatas, Fuzza juga amalkan supplemen semulajadi. Buka tutup botol ambil segelas air dan telan sahaja. 

Inilah 2 jenis vitamin favorite Fuzza yang sangat penting untuk kulit kita tau. Vitamin C dan Vitamin E kesayangan hamba!!



Khasiat Vitamin E Dalam Kecantikan Kulit

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Khasiat Vitamin C Dalam Kecantikan Kulit


  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Untuk testimoni real life, anda boleh tonton video dibawah ini ya. Ini adalah pengguna tegar vitamin ini yang terseksa jiwa raga dengan masalah jerawat. Namun selepas mengamalkan Set Kecantikan Kulit Shaklee ini, Alhamdulillah masalah yang dialami beliau selama 7 tahun lepas selesai dengan cepat dan berkesan yang penting ianya semulajadi tau!!

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Kalau anda mengalami masalah yang sama, dan inginkan kulit cantik berseri dengan cepat dan semulajadi, boleh cepat-cepat berhubung dengan Fuzza ya. In Shaa Allah Fuzza akan membantu anda cepat-cepat juga.... =)

Kongsikan kebahagian, kongsikan kebaikan!!!


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"