PUASA SEORANG SUPERMAMA

Alhamdulilah berjaya menyelesaikan puasa wajib pertama tahun ini dengan sempurna semalam. Syukur sangat =) Pabila dikenang semula tahun lepas dikala Ramadhan baru saja selesai pantang Sayf. Tahun ini lain pulak ceritanya. Sayf pun dah berusia setahun lebih. Being Work At Home Mom ni, pengurusan masa lebih fleksibel untuk menguruskan keluarga, bisnes dan juga diri sendiri. Rugilahkan kalau bulan Ramadhan ni kita tidak sungguh-sungguh melakukan ibadah kerana ganjarannya sangat besar =)

Walaupun Sayf dah setahun lebih, tapi dia seorang yang masih kuat menyusu. Sejak baby pun memang kuat menyusu pun...huhu!! Bila berpuasa hari ni risau jugak sebenarnya di hati. Tapi berkat doa kepada Nya untuk diberikan kekuatan dan tenaga alhamdulilah mampu bertahan dengan bertenaga sehingga ke petang. 

Untuk bersahur mummysayf amik susu dutchlady full cream + milo + MEALSHAKES + ESP bersama sekeping roti. Bila dah nak dekat waktu imsak bancuh segelas PERFORMANCE DRINK. Alhamdulilah memang rasa kenyang dan tahan dahaga walaupun Sayf sangat kuat menyusu pagi tadi. Bila dah petang dlm pukul 6pm tu dah start dahaga tapi tak rasa lapar pun.

Oleh kerana dahaga terlampau dan tak mahu perut blooted dgn air, untuk berbuka mummysayf start with kurma dan bubur kacang + ESP. Sedap tau bubur kacang + ESP. Rasa macam ice cream pun ada. Cubalah!! Lepas tu amik segelas PERFORMANCE DRINK. Alhamdulillah cepat hilang dahaga tu dan bertenaga semula =) Selepas solat barulah menjamu nasi yang dimasak bersama lauk daging.


Ada yang bertanya mummysayf bagaimana ESP dan Performance Drink ini membantu mengekalkan kita rasa bertenaga dan lambat ternyahhidrat. Apa rahsianya??

ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 39 dimana ianya lebih rendah daripada brown rice. So, bila mana kita amik ESP, tenaga akan dibebaskan dengan cepat tetapi secara perlahan-lahan dan tahan lama. Performance Drinks pula adalah proprietari campuran elektrolit OPTI-LYTE yang dapat menggantikan air yang keluar dari tubuh dengan cepat. Formulasi ini berupaya mengembalikan kecergasan dalam waktu yang singkat. 

Anda ingin kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa ini?? jom amalkan ESP + PERFORMANCE DRINK untuk bersahur dan berbuka puasa. 


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2013

1 Ramadhan muncul kembali =) Alhamdulillah diizinkan oleh NYA untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan yang penuh barakah. Kalau sebut je puasa mesti orang tercari-cari waktu sahur dan berbuka puasa kan? Ini dia mummysayf sertakan jadual waktu imsak dan berbuka puasa mengikut negeri dan kawasan. 

Just klik link dibawah mengikut negeri anda berada. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Jom kita tingkatkan amalan sepanjang Ramadhan kali ini. Begitu banyak ganjaran terhadap segala ibadah kita di bulan yang mulia ini. Selamat menjalani ibadah puasa dari mummysayf.blogspot.com =)



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

TIPS IBU MENYUSU BERPUASA

Esok 1 Ramadhan, bermulalah bulan puasa bagi sekalian umat Islam. Bagi orang biasa mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi bagi ibu menyusu perlulah mengambil langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan diri tip top dan pengeluaran susu tidak terjejas.


Bolehkah berpuasa semasa menyusu?? Sememangnya boleh. Tetapi anda tidak diwajibkan berpuasa dibulan Ramadhan. Ini adalah kelonggaran yang diberikan dalam Islam sepertimana orang yang sedang sakit dan bermusafir. Namun begitu, keputusan samaada untuk berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara dan usia bayi menjadi pertimbangan utama. Memang ada perbezaan jika hendak dibandingkan bayi yang kecil dan hanya bergantung kepada susu ibu dengan bayi yg berusia setahun yang sihat dan sudah memulakan solid food lain.

ADAKAH BERPUASA SEMASA MENYUSUKAN ANAK MEMBAHAYAKAN IBU?



Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 


Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Tidak mahu terhidrat dengan cepat? Pastinya Performance Drinks menjadi pilihan =)

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. 


Pilihan yang menjadi rebutan para ibu menyusu dan menjadi item wajib bersahur sudah tentunya ESP Soy Protein. Ia sumber protein terbaik membantu penyusuan dan mempunyai indeks glicemik yang lebih rendah dari brown rice iaitu 39.



Selamat berpuasa!!! =)


credit: baby center

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

PEMAKANAN IBU DALAM PANTANG


Pemakanan adalah aspek yang penting dalam rawatan selepas bersalin. Ini kerana dalam proses kehamilan berlaku perubahan dan ketidakseimbangan hormon. Ibu dalam pantang juga biasanya akan mengalami tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal dan trauma selepas bersalin. 

Mengikut sesetengah petua orang tua-tua dulu, ibu-ibu dalam pantang hanya boleh memakan nasi berlaukkan ikan masin or ikan bakar berkunyit dan minum air dalam kuantiti yang sedikit. Akibat mengamalkan cara pemakanan begini semasa dalam pantang ramai ibu-ibu yang terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itu perubatan moden menentang amalan berpantang secara begini.

Semasa dalam pantang ibu-ibu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang merangkumi semua jenis makanan didalam piramid makanan. Terutama protein dan juga makanan kaya serat/fiber. Ini dapat membantu menyembuhkan luka secara sempurna dan juga mencegah daripada terkena sembelit selepas bersalin.

JENIS MAKANAN BERKHASIAT YANG PERLU DIAMALKAN IBU DALAM PANTANG


JENIS IKAN


Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut dipercayai akan menyebabkan darah nifas berbau busuk dan melemahkan daya tahan fizikal dan mental. Ibu berpantang perlu memakan ikan yang segar dan mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari, sembilang dan parang kerana dipercayai menyebabkan biasa atau bentan pada pintu rahim.

Selain itu jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menyebabkan alahan/alergik seperti ikan kembung, tamban, tongkol, cencaru dan makanan laut lain seperti udang, sotong, kerang,  ketam dan lain-lain.


Antara ikan yang disyorkan dalam pantang ialah ikan haruan dan ikan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan mengandungi kandungan zink yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Ikan yu pula dipercayai dapat membanyakkan susu ibu. """ ikan yu adalah salah satu milk booster mummysayf...=) """

JENIS ULAM-ULAMAN

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 

Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: 

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 

JENIS SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN


Ibu berpantang dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. 

Ibu selepas bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 

JENIS AYAM DAN BURUNG


Ibu dalam pantang disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Anda mungkin meminati:


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

SHAKLEE GLA COMPLEX, TERHANGAT DI PASARAN

Wah...wah... HOT SELLING item sungguh GLA COMPLEX !!!

Apa hebat sangat GLA COMPLEX ini?? Jom kita lihat!!

KHASIAT DAN KEBAIKAN SHAKLEE GLA COMPLEX



  • Membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita
  • Melegakan Pre-Menstrual Syndrome (PMS)
  • Menstabilkan hormon didalam badan
  • Membantu dan mengawalatur kitaran haid
  • Membantu dan menangani dalam proses menopause/putus haid
  • Diperkaya dengan Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh badan secara semulajadi
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Membantu menangani masalah ekzema
  • Membantu mengawal kolestrol, kencing manis dan darah tinggi
  • Melegakan simptom akibat daripada reumatoid athritis

Melihat kelebihan dan khasiat GLA Complex ini sudah semestinya membuat setiap wanita tersenyum. GLA Complex inilah yang diperlukan untuk kesihatan luaran dan dalam setiap wanita. Jom kita lihat testimoni wanita yang sudah berjaya tersenyum dengan GLA Complex ini.....=)

TESTIMONI GLA COMPLEX


PERIOD KELUAR SENDIRI TANPA PERLU MAKAN UBAT


GLA BAGUS UTK KESUBURAN, CYST SEMAKIN MENGECIL

PERIOD TERATUR MACAM ANAK DARA

Free consultation untuk customer tersayang...=)


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf